24 Januari 2013

Panas! MTUC Kecam Presiden MCA Pertikai Gaji Minimum...!!!


Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

Chua berkata MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan. 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.
“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.
“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,” kata Abdul Halim.
Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya itu.

“MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.
“Dr Chua wajar bertemu dengan Perdana Menteri memandangkan Rang Gaji Minimum telah diluluskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet yang juga diwakili oleh MCA,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini MCA memberi amaran kepada Subramaniam supaya menyelesaikan segera isu dasar gaji minimum sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini bagi mengelak kekeliruan dan kerugian ke atas majikan.
Chua berkata, jika Subramaniam gagal mengemukakan penyelesaian terbaik terhadap isu berkaitan dasar itu sehingga tarikh tersebut, MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan.
Menurutnya, sokongan itu turut diberi kepada majikan dan pengusaha terbabit sekiranya ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah kelewatan tersebut.

Pelaksanaan gaji minimum, yang berkuat kuasa pada 1 Januari, menetapkan gaji perlu dibayar secara minimum kepada pekerja sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak.

Panas ! 5 Ketua Cawangan Umno Mengamuk, Tutup Bilik Gerakan..!!!



Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup


SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Kali ini rakyat kena cerdik jangan percaya lagi janji-janji BN yang puluhan tahun yang mengarut, mereka lebih mementingkan kroni dan perut dari rakyat.


Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya.

23 Januari 2013

EDISI KANTOI ! BN & PERKASA Tersilap Berdemo dalam Hutan...Dah Terbongkar Ada Resort Jadi Rumah Hantu..!!!


Tudia heehh....tak pasai-pasai  Isu Resort dah Bocok....mengkalu Perkasa tak buat kalut isu nie dah sunyi.  Mana tau zaman BN dulu ada buat resort di Pedu,  dengark kata pelancung-pelancung dari Langkawi depa boleh bawak dengan helikopter main Golf dekat tasik Pedu tu... masa depa nak buat resort dululah....lepastu bungkus pasai apa taktau dengak kata Elaun pengarah bayak ribu-ribu sorang tapi haram tak reti buat keja......





Isu PEDU : BN dan PERKASA jangan pejam mata..cuba tengok sejarah zaman BN
    BN tebang balak Tasik Pedu, bina padang golf dan resort…pastu tutup, rugi juta-juta... awat tak bising??



Pembangunan Charok Genting Bunga, Pedu yang melibatkan seluas kira-kira 1000 ekar dengan projek ladang buah-buahan tiba-tiba penarik perhatian pembangkang di Kedah untuk dijadikan isu menyerang Kerajaan Negeri.

Isu yang dimainkan, kononnya pembangunan berkenaan melibatkan penggondolan tanah pembalakan yang mengakibatkan air di Tasik Pedu tercemar. Projek Ladang Buah-buahan itu juga dikatakan hanya sekadar berselindung untuk mengkaburi mata rakyat. Kerajaan Kedah diserang kononnya tidak peka kepada alam sekitar dan rakus untuk mendapatkan hasil balak tanpa memikirkan kesan-kesan mendatang.

Amat tidak wajar, isu murahan seperti itu digembar-gemburkan, apatah lagi media-media arus perdana juga cuba ‘tumpang toi’agar isu berkenaan ‘hidup’di samping menggunakan peranan pelakon-pelakon upahan yang langsung tidak professional.

Projek Ladang Buah-Buahan di Charok Genting Bunga tersebut merupakan cadangan Jabatan Perhutanan dan kedudukannya bersesuaian untuk dijadikan projek berkenaan. Masalah alam sekitar tidak wujud kerana bukit yang digondolkan itu akan hijau semula dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Malahan pencemaran Tasik Pedu juga mustahil akan terjadi kerana kedudukan Tasik Pedu lebih tinggi dari kawasan projek.



Tetapi seperti kata bidalan, “pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk”, pembangkang Kedah lupa bahawa suatu ketika dahulu, sewaktu mereka menerajui Kerajaan Kedah, mereka telah melakukan penebangan pokok di kawasan yang sama yang melibatkan hampir 1000 ekar semata-mata untuk membuat padang golf dan resort. Sedangkan kerajaan sekarang, menebang pokok untuk ditanam semula tetapi kerajaan dahulu menebang pokok untuk padang golf.


Resort yang terdapat di Tasik Pedu itu, semuanya sudah ditutup kini. Tasik Pedu mendapat suntikan kerajaan sebanyak RM8.5 juta untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pada 1994, Holiday Inn Pedu Lake Resort beroperasi dan selepas itu dikenali sebagai Pedu Golf and Lake Resort pada 1999. Pada 2001 ditukar kepada Mutiara Pedu Lake Resort. Desa Utara Resort pula beroperasi pada 1995, namun ditutup pada Januari tahun ini. Resort yang begitu cantik dan lengkap dengan pra sarana kini terbiar macam tongkang pecah. Tiada kawalan keselamatan menyebabkan barang-barang yang tinggal lesap entah ke mana. Kedua-dua resort itu dikatakan mengalami kerugian RM1 juta setahun akibat kehilangan pelanggan


Sementara itu semasa pemerintahan Syed Razak, demi menyelamatkan padang golf dari ditenggelami banjir, kerajaan mahu melepaskan air dari Empangan Pedu dan secara tidak langsung mengakibatkan kerosakan penanaman padi yang sedang dituai.

Amat malang sekali, ketika itu tiada demontrasi, tiada laungan kononnya berlaku pencemaran alam sekitar dan tiada pula bantahan kononnya hak-hak anak cucu rakyat Kedah tergadai. Pembangkang cuba menjadi “hero”dan hasilnya umpan makan tuan.

Kesannya sekarang, pokok-pokok di kiri kanan jalan di Tasik Pedu semuanya masih rendah akibat penebangan dahulu dan padang golf yang dibuat, terbiar begitu sahaja. Akhirnya, kerajaan sekarang terpaksa melakukan pemilihan tasik. Selain itu, semasa kerajaan dahulu membina laluan Tekih juga tiada sembarang bantahan dibuat, sedangkan kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai kawasan tadahan hujan. Nampaknya sekali lagi pembangkang Kedah cuba bermain api tetapi terbakar jarinya sendiri.



Dalam mereka meraih simpati murahan, mencipta isu mengikut andaian mereka sendiri, pembangkang hampir terlupa apa yang terjadi dengan projek balak laluan TEKIH dari Durian Burung ke Baling yang mengakibatkan kehilangan RM3 juta.

Laluan berkenaan melibatkan beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Semua kawasan yang nilainya berjuta-juta itu diserahkan kepada KCB di bawah Tajul Urus Md Zain berserta menantunya oleh Menteri Besar BN ketika itu.

Tetapi amat malang sekali KCB tidak menerima sebarang keuntungan dari hasil balak berkenaan. Di penghujung episode apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kedah maka sebuah ‘site office’kontraktor jalan dilaporkan telah dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan. Sehingga kini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.

BN.... KAMI SUDAH BERUBAH...TIADA LAGI IMEJ ELIT ...?



BN Muar tiada bilik gerakan?


MUAR: Beberapa minggu terakhir menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, hampir semua parti-parti politik yang bakal bertanding kini memperkemas jentera pada tahap tertinggi.

Antara aspek paling penting dalam proses kesiapsiagaan ini ialah membuka bilik gerakan di setiap pusat daerah mengundi di kawasan parlimen.

Bagi jentera Barisan Nasional, BN Parlimen Muar P.146, proses perubahan yang dialami pasca tsunami politik 2008 dijelmakan dalam gerak kerja menuju PRU-13.

BN Muar tidak membuka bilik gerakan sebaliknya mendirikan khemah gerakan di semua 33 pusat daerah mengundi dalam kawasan P.146.


Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, ada dua falsafah tersirat di sebalik pendekatan itu.

"Pertama, langkah ini bertujuan mewujudkan keseragaman gerak kerja kami menuju PRU-13," kata Razali kepada Astro AWANI.

Beliau antara lain mengakui, jentera pilihan raya BN lazimnya tidak beroperasi seawal ini dalam proses demokrasi sebelum ini.

"Falsafah kedua di sebalik pendekatan khemah gerakan ini ialah wujudnya semangat bekerja dan ada rasa tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan anggota parti," ujar anak jati Muar itu.


Pada masa yang sama, ia cerminan perubahan yang ditekankan oleh BN agar tidak lagi dibayangi citra atau imej elit di tengah-tengah medan politik tanahair yang sedang berubah.
BN Muar antara yang terawal menggerakkan jentera untuk medan tempur politik yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

P.146 mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Balang melibatkan keseluruhan lebih 41,000 pengundi berdaftar.

Pada PRU 2008, Razali yang merupakan penyandang sejak 2004 mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,661 undi.

Salahlaku Sultan, Apa komen.. Mufti, Jabatan Agama, dah jadi bisu!

Salahlaku Sultan. Mufti, Jabatan Agama, UMNO dah jadi bisu! Ni la manusia2 yang dok pongpang2 nak mempertahankan agama Islam!


Perbuatan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur amat memalukan



Dalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya.

Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan saya di sini
.







Persoalan:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

- Apakah Mufti Selangor tidak berasa malu dan bersalah kerana gagal menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor?

- Apakah orang yang berkelakuan sepertimana yang dilakukan olih Sharafuddin Idris Shah layak diangkat sebagai Ketua Agama Islam negeri?

Perakuan: Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab terhadap titipan dan gambar-gambar yang dipaparkan di sini kerana rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama Islam dan saya juga rasa bertanggungjawab terhadap kesucian agama junjungan saya, ISLAM. Saya merasa malu, sedih dan tercabar apabila orang yang diangkat menjadi ketua agama Islam negeri berkelakuan amat bertentangan dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.

Pada hemat saya, Sultan Sharafuddin Idris Shah seharusnya menjadikan ikon dalam membudayakan keagongan dan kesucian Islam sepertimana yang telah dilakukan olih sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Salaam Persaudaraan Islam,
Mohd Sofi Yassin
- Kerajaan Rakyat

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2013/01/23/sultan-selangor-berlaga-pipi-dengan-kavita-kaur-jom-tunggu-stetmen-mufti2/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...