21 November 2012

AES ! Pandu Perlahan Juga Boleh Jadi Mangsa !!!



 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.

Ini kerana kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.

Dakwaan tersebut dibuat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu semalam.

Ronnie berkata beliau mengetahuinya melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.

“Ia bukan macam kamera yang dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.

“Kalau anda pandu perlahan, tak lebih had laju pun, tetapi kalau ada orang lain yang (melebihi had laju) potong pada saat itu, ‘flash’ kamera itu akan tangkap gambar semua kenderaan yang berada di situ pada masa itu.

“Kalau ada tiga kenderaan pada masa itu, ketiga-tiga kenderaan pun akan kena termasuk pemandu yang melebihi had laju itu sekali,” kata Ronnie.



Ronnie juga memberitahu lokasi sebenar AES di Selangor terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan bukannya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti yang disebut sebelum ini.

Menurutnya lagi notis 14 hari arahan merobohkan kamera AES yang dikeluarkan oleh MPKj baru-baru ini juga ditarik semula.

“Maaf, sebelum ini ada sedikit kesilapan, hari ini notis 14 hari itu telah dikeluarkan semula oleh MPSp,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan bahawa pegawai MPSp telah bersedia untuk tampil menjadi saksi di mahkamah sekiranya dipanggil dalam perbicaraan yang melibatkan saman AES nanti.

HOT ! Jangan Heran 2017 Ada Ahli Parlimen Dari Burma...?



Projek Memburmakan negara oleh kerajaan BN

Burma dibawa masuk ke malaysia dengan alasan mereka ini adalah generasi survivor melayu yang dikerah oleh jepun untuk kerja di landasan keretapi maut.Jawapan standart [S.O.P] dibawah Majlis Keselamatan Malaysia ini digunakan oleh KDN untuk rekrut siapa saja yang mempunyai iras melayu untuk dibawa ke malaysia. 


Dikatakan sebelum in rekrut akan dibawa ke kem KDN di Besut, Terengganu utk diberi 'Crash Course' selama beberapa bulan supaya mereka ini boleh bertutur bahasa melayu mengikut loghat kawasan yang akan dihantar,mereka juga diajar 'basic knowledge' dan sejarah yang patut diketauhi oleh'average' org kampung.jika di soal oleh orang awam atau semasa beratur untuk mengundi nanti.

Rumah buat ikut suka di Bukit Malut, Langkawi

Ahli Parlimen Langkawi  dan Adun Air Hangat -Program Penduduk Burma Taman Nilam


PENDEDAHAN PANAS... BERFAKTA   SAMBUNG SINI

20 November 2012

Panas ! ICAC Hong Kong Sedia Buka Semula Kes, Jika Ada Bukti Baru !




Ketua pendakwaraya awam Hong Kong hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk membuka semula kes kontroversi yang melibatkan RM40 juta bahawa dakwaan kerajaan Malaysia adalah "derma politik" kepada Umno Sabah.

Kevin Zervos (gambar), Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, memberitahu bahawa pihaknya akan memerlukan bukti baru untuk membuka semula kes itu.

Beliau berkata bahawa pejabat beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) mengalu-alukan maklumat daripada sesiapa sahaja."Berhubung dengan kes ini, ia adalah lebih perkara bidang kuasa," katanya. "Bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah bahawa ia adalah derma politik. Jika apa-apa perkembangan terbaru yang membuktikan bahawa ini ada kes, perkara itu pasti akan disiasat secara mendalam."

Mana-mana maklumat atau keterangan tambahan perlu dibawa kepada perhatian ICAC, katanya. Merujuk kepada siasatan awal, beliau berkata wang "telah mendakwa menjadi derma politik. Kami tidak mempunyai bukti tambahan yang akan datang yang akan membolehkan kita untuk meneruskan siasatan. "

Beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihak Malaysia tidak bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan pihaknya.Terdahulu, menerusi kiriman emel, Zervos mengesahkan bahawa dana dalam akaun bank dalam nama negara Malaysia telah disyaki telah diadakan pada pihak rasmi kerajaan Malaysia.

Beliau berkata pihak berkuasa Hong Kong menahan dana menjelang akhir tahun 2008 manakala ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bersama.
Siasatan melihat ke dalam pelanggaran jenayah menurut Ordinan Pencegahan Rasuah Hong Kong.

"Kemudian dalam penyiasatan itu, maklumat yang dibekalkan dari Malaysia bahawa wang di bawah kekangan derma politik," Zervos katanya. "Oleh kerana tiada maklumat atau keterangan lanjut akan datang dengan sifat wang, terdapat bukti yang mencukupi pada peringkat itu untuk meneruskan kes itu lagi.

"Sehubungan itu, kekangan wang yang telah dikuat kuasa terpaksa dilepaskan akhir tahun 2011."
Ditanya jika dia akan menganggap kes ini ditutup, Zervos berkata soalan ICAC untuk menjawab.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika dia fikir penyiasatan adalah mencukupi, atau jika ada apa-apa untuk menyokong tuntutan bahawa dana tersebut benar-benar derma politik.
Mengenai sama ada jawatannya mempunyai kuasa untuk memanggil untuk keterangan lanjut, Zervos menjelaskan bahawa di Hong Kong pendakwa akan membimbing pihak berkuasa penguatkuasaan tetapi tidak akan menyelia penyiasatan.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau terbuka untuk disoal lagi, sambil menambah: "Saya percaya dalam menjadi bertanggungjawab. Itu polisi kita di Hong Kong. Apabila kita membuat keputusan tentang sesuatu perkara, kita terangkan. "

Rafizi Melawat Hong Kong

Ditanya pandangan beliau tentang rancangan lawatan pengarah strategi KEADILAN Rafizi Ramli ke Hong Kong esok, Zervos berkata: "Saya telah membuat ia sangat jelas bahawa jika ada apa-apa maklumat lanjut atau bukti yang akan membantu kami, sudah tentu pihak berkuasa di sini akan menerima dan menilai dan berurusan dengan sewajarnya. "
Rafizi hari ini berkata bahawa beliau akan bertemu dengan Jawatankuasa Tinjauan Operasi ICAC serta ahli politik Hong Kong.

Beliau akan bersama dengan Ahli Parlimen KEADILAN, William Leong (Selayang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) dan ADUN Chang Lih Kang (Teja) akan berlepas esok.

Maksud perjalanan mereka adalah untuk mengetahui sama ada kerajaan Malaysia menyembunyikan penyiasatan ICAC terhadap hartawan kayu balak Michael Chia, yang telah membawa RM40 juta, dan mendapatkan semula kebenaran untuk membuka kes 2008 itu.



Pada tahun 2008, laporan berita berkata Chia, seorang ahli perniagaan Sabah, ditahan di lapangan terbang di Hong Kong kerana disyaki cuba menyeludup keluar dalam bentuk matawang Dolar Singapura bernilai RM40 juta.

Dia dilaporkan memberitahu ICAC bahawa wang itu adalah milik Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Pada Oktober tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa wang adalah dana politik bagi Umno Sabah.

Beliau mengumumkan bahawa kedua-dua pihak berkuasa Hong Kong dan SPRM telah menutup kes itu. Laporan berita yang dipertikaikan mengenai kes tersebut, berkata Chia tidak pernah ditangkap oleh ICAC.

Beliau juga berkata RM40 juta yang disita daripada beliau telah dihantar melalui akaun dalam talian ke dalam akaun dan tidak berada dalam milikan peniaga. Sebelum ini, ia juga didakwa bahawa siasatan ICAC itu telah digugurkan selepas tiga tahun kerana kekurangan kerjasama oleh kerajaan Malaysia.

Ia juga melaporkan bahawa fail bocor SPRM mendedahkan bahawa Peguam Negara Gani Patail mempunyai fail tertunggak pada siasatan dan enggan untuk mendakwa Musa.

Panas ! Mampuih Dah Ostaz Azizan..Adun-Adun BN Nak Mengamuk Hari Nie...!!!


BN Kedah dijangka masuk Sidang DUN sebagai singa tetapi keluar macam kucing Siam





Semua rakan-rakan admin Kedah La nampaknya keletihan baru balik dari Muktamar terpaksa pula menyambung tugasan untuk Sidang Bajet 2013 esok di DUN Kedah. Ada yang jadi perwakilan dan yang jadi petugas ICT, semuanya terpaksa menyumbang bakti untuk perjuangan Islam. Kerja menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan ini tidak akan terhenti hingga qiamat. Ditakdirkan kita kembali mengadap Ilahi ada pula mata rantai yang akan menyambung kerja Islam.

Kita adalah pejuang Islam yang sangat kerdil dan lemah dari aspek kekuatan fizikal, material atau logistik berbanding musuh yang memiliki segala-galanya. Itu adalah sunnah perjuangan Islam di sepanjang zaman. Tentera Islam hanya seramai 313 berbading lebih 1000 tentera musuh di medan Badar. Tetapi pejuang kebenaran memiliki satu perkara yang tidak dimiliki oleh musuh iaitu 'senjata rahsia'. Apakah senjata itu? Rasulullah SAW mengajar bahawa 'Doa adalah senjata orang Mukmin.' Itulah senjata yang mampu dimiliki dan digunakan oleh PAS dalam menghadapi Pakatan Ahzab MCA, UMNO, MIC serta lain-lain parti komponen mereka yang berjumlah 13 kesemuanya. Doa adalah sebesar-besar senjata!

Apabila PAS bermunajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT meminta supaya pihak musuh dilemahkan, dijahanamkan atau dikalahkan maka PAS sedang menggunakan senjata yang diajar oleh Rasulullah SAW. PAS berdoa supaya parti UMNO itu hancur lebur, bukan berdoa supaya orang-orang UMNO pecah perut, berkecai daging dan tulang.... tak kisah sebab Allah Maha Mengetahui apa yang orang PAS maksudkan.
Hanya beberapa jam selepas ribuan umat Islam menadah tangan berdoa di stadium di Kota Bharu, UMNO sudah menggelepar kesakitan. Ia tergambar secara jelas dalam media-media propaganda mereka. Kononnya berdoa untuk kemusnahan UMNO tidak Islamik tetapi adakah zalim dalam berkuasa, rasuah, menyeleweng, rompak wang rakyat, anjur maksiat, hedonisme, mengambil yahudi APCO sebagai penasihat, mempersenda hukum Allah, mempertahankan pula Chua Soi Lek yang menghina Islam, memfitnah, menyemai kebencian, berbohong, memutarbelit, menghina, menyebar dakyah lucah dan 1001 lagi kebejatan itu adalah Islamik??? UMNO terkapa-kapa tidak mampu menjawab soalan tersebut.

Besok adalah hari pertama Sidang DUN yang dijangka berlangsung selama tiga hari. Kalau lebih sebulan yang lalu ramai menjangkakan Sidang kali ini panas kerana pihak pembangkang buat pertama kali akan tunjuk taring berhubung isu penyelewengan yang didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Tetapi selepas jentera penerangan PAS membalas balik serangan dengan 10 projek biawak hidup tinggalan BN kepada Pakatan yang melibatkan kerugian lebih dari RM350 juta, pihak pembangkang nampaknya tidak mampu menjadi 'singa' dalam DUN mungkin sekadar jadi kucing Siam.


Isu yang dijangka dibawa oleh BN ialah kisah kerugian balak di Papua dan isu Insaniah iaitu kegagalan Insaniah keluarkan sijil untuk beberapa orang graduan, kegagalan beri kenaikan gaji 13 peratus... itu sajalah kot. Selain itu nampaknya pihak BN belum menemui senjata besar untuk menyerang kerajaan. Media-media maya BN pun nampaknya tak bermaya, asyik2 main isu lucah... tak lalulah TS nak baca, rasanya dah dua bulan tak jenguk media maya lucah BN. Selain melucah... maki hamun, menghina dan mengutuk peribadi adalah cara hidup mereka. Bagi mereka semua orang bodoh belaka (mengata pihak lawan mereka 'bodoh' menjadi zikir wajib), mereka sajalah manusia yang paling pandai di dunia ini... sekalipun mungkin tak pernah menggenggam segulung ijazah. Selain tak mampu berhujah tak mampu juga mengemukakan fakta... walau sekadar sebaris angka atau sehelai dokumen.

Bila TS benci akan golongan yang berakhlak begitu maka TS juga tak mahu blog Kedah La terikut style macam tu, sebab tu ada artikel yang TS tarik balik sehingga mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tarik balik? Sebab persoalan yang dibangkitkan bersifat peribadi yang melampau (sekalipun mungkin ada kebenaran), tak salah untuk jatuhkan musuh tapi tumpukan kepada isu dasar atau sekurang-kurangnya isu yang lebih besar.

Khabarnya pre council YB2 Pakatan untuk Sidang DUN bermula esok sedang menyediakan 'jawapan' yang paling jitu terhadap serangan yang sudah boleh dijangka akan dibuat oleh pihak pembangkang iaitu BN.


Mesyuarat Pre-Council Adun PR

Bagi TS sebaik-baik pertahanan ialah dengan menyerang! TS sudah dapat menjangka kehebatan YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berpencak nanti khususnya yang berkaitan penyelewengan di zaman BN yang berpuluh kali ganda jauh lebih besar.Selamat Bersidang para YB....

HOT ! Adun BN Kedah..Hangpa Jangan Nak Buat Perangai PELAQ....


[Gempar] Petang ini ada ADUN BN yang di istihar BANKRAP cuba nak masuk DUN KEDAH petang nanti..!!





berita dari SINAR HARIAN:


Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya. -SH 16/4/2012

Adun-Adun Pembangkang Dari BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...