20 September 2012
Pendedahan Panas ! Skandal Noh Omar...Kroni Beliau Juga Kaya Raya -Bhg.2
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.
Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara..
1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu?
2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan ‘kroni boleh makan lama’?
3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini?
4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato’ Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato’ Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini?
5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD?
6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan ‘kroninya’ didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara?
7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok?
8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah?
9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya?
Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan.
Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini.
Jika berlaku situasi ini, apakah ‘bakal Menteri Besar selangor’ ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab.
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Kedahkini
SUMBER PENDEDAHAN : DISINI
Panas! Apa Macam Orang Sarawak ? Keluarga TAIB MAHMUD Dah Sapu RM64 BILION....
Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud sebanyak USD21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan peribadi Taib sahaja dianggarkan sebanyak USD15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi bilionair Robert Kuok yang bermastautin di Hong Kong dengan kekayaan hanya USD12.5 bilion (RM23 bilion).
Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels, Belgium hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.
Ia merupakan laporan pertama yang mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.
Keseluruhannya, kekayaan Taib dan 20 ahli keluarganya yang terdiri daripada empat anaknya, enam adik beradiknya, sepupunya yang berpengaruh dalam syarikat pembalakan yang disiasat di Australia, Hamid Sepawi dan dua orang menantu lelakinya termasuk adik ipar Robert Geneid berjumlah USD21 bilion setakat diaudit pada Julai tahun ini.
Sekiranya BMF menganggarkan ia hanyalah pendedahan kecil yang mana ia lebih besar dari jangkaan mereka (anggaran kasar antara USD36 bilion), Taib boleh mengatasi Lelaki Terkaya di Asia, Li Ka-shing dari China yang juga menetap di Hong Kong yang mempunyai kekayaan sebanyak USD25.5 bil (RM77.71 bilion) setakat Mac tahun ini.
Penjelasan Dato' Ngeh Noo Ham Tentang Isu Bantahan Hina Nabi SAW
Dari Akaun FB -Dr Raja Iskandar Al-Hiss
Sukai Halaman Ini · lebih kurang sejam yang lalu
Bersama rakan pemuda PAS Perak berbincang dgn Dato' Ngeh Noo Ham, Pengerusi Dap Perak tentang isu himpunan aman bantah hina Nabi SAW.
Dato' Ngeh bantah keras penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan sangat kesal dgn Umno yang memutar belitkan kenyataan beliau.
Tindakan yang betul dibuat oleh Pemuda Pas Perak kerana sedia berdepan dengan Dap, Pas berada dalam Pakatan Rakyat wajar mendapat penjelasan perkara yang sebenar bukan kita terperangkap dengan Fitnah dan spin media pro Umno.
Wfauzdin Ns
Dlm siri berbalas twitter di antara pengerusi dap perak, ngeh koo ham dgn ketua pemuda umno, khairy. Ngeh koo ham menyebut, " khary mahu org islam membantah Sam Bacile (isu filem hina nabi). Untuk islam atau kepentingan politiknya? Tidakkah org islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?".
Sinar hari ini, ngeh koo ham menerangkan bahawa ayatnya itu bkn bertujuan utk mrnghina islam, "saya tidak bantah jika mereka berhasrat untuk bergabung demi islam".
Ketua pemuda PAS, us nasruddin tantawi pula berkata, " tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin dap itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu muslim".
Aku secara peribadi pula melihat apa yg disebut oleh ngeh koo ham itu adalah berbentuk prrsoalan iaitu adakah ketua pemuda umno mahu menentang filem tersebut atas kepentingan politik, dan mmg membuang masa jika umat islam berhimpun dan membantah utk kpentingan politik umno. ayat " tidakkah org islam buang terlalu byk masa dan tenaga untuk ini" aku mentafsirkan adalah buang masa dan tenaga utk kpentingan politik ketua pemuda umno itu. Itu tafsiran aku.
Tindakan ketua pemuda pas amat tepat sekiranya ngeh koo ham menyatakan pendapatnya yang berbeza dari apa yg aku tafsirkan. Kesimpulannya, kenyataan ngeh koo ham dlm sinar hari ini yg menyokong umat islam bergabung demi islam (bkn kpentingan umno) rasanya sudah cukup utk kita fikirkan.-Pandangan Wfauzdin Ns
-Kedahkini
19 September 2012
Pendedahan Panas ! Skandal Noh Omar..Memiliki Kekayaan Luar Biasa ( 1 )
Skandal panas abad ini!! Benih siapakah ini wahai Noh Omar?
Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...
Oleh Warga MOA
(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)
Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.
Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).
MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.
Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.
Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).
Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.
Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).
Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.
Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.
Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak
melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.
Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.
Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)
TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.
Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.
KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR
Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.
Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.
Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.
Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!
Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.
Komen: Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo...Sambungan Siri 2 selepas ini. Kedahkini

Panas!!! Sultan Pahang miliki anak luar nikah: Bekas jururawat Filipina...?
Oleh: Malaysiacrisis
Sultan Pahang, HRH Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah merupakan Yang Dipertuan Agong Ke 7 Malaysia sejak 26 April 1979 sehingga 25April 1984. Baginda merupakan Sultan Pahang yang menaungi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang atau lebih dikenali sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang. Disebalik peranan beliau sebagai seorang Sultan yang menerajui Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, seharusnya beliau memiliki nilai keperibadian yang tinggi mulianya bagi mewakili Agama Islam dan Masyarakat Melayu Negeri Pahang.
Carla Brizuela Shah & Dina Brizuela nama yang pernah menggegarkan Malaysia sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong ke 7. Kisah ini dibongkar oleh malaysiakini pada tahun 2001 dan sudah hampir 11 tahun usia cerita ini.
Renungkanlah wajah mereka.
Dimanakah Carla Brizuela Shah yang berusia 19 tahun pada tahun 2001. Adakah hilang atau dihilangkan dari peta dunia agar sejarah yang tidak dibongkar dan diadili ini dipadam terus dari minda rakyat Malaysia? Nantikan kisah selanjutnya.
Persoalannya, bagaimana seorang yang pernah melakukan zina dan memiliki anak luar nikah bersama seorang wanita bukan Islam menjadi Ketua Agama Islam Negeri? Terpeliharakah Islam dibwah naungan mereka? Fikirkanlah..
Artikel Malaysiakini, 3hb Mac 2001
Sultan Pahang miliki anak luar nikah: Bekas jururawat Filipina
Sultan Pahang dituduh meninggalkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulitnya yang didakwa dengan seorang jururawat berbangsa Filipina pada awal 1980-an.
Gadis itu, Carla Brizuela Shah, 19, dan ibunya Dina Brizuela Cooper, 47, kini tinggal di California, Amerika Syarikat.
Dina mendakwa beliau dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan Sultan Ahmad Shah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984. Kata wanita itu, hasil hubungan itu beliau hamil tetapi baginda tidak mempedulikannya dan anaknya itu.
Sebagai menerima tanggungjawab bapa, baginda sebelum ini bersedia berunding dengan Dina untuk memberikan wang sebanyak RM10 juta sejak 1997 bagi menyelesaikannya.
Bagaimanapun, apabila rundingan dengan baginda, yang diwakili peguam Michael Chong, gagal, Dina membina satu [#1]laman web[/#] bagi mendedahkan ceritanya dan beberapa percubaannya yang gagal mendapatkan penerimaan baginda dan keluarga diraja.
Apabila dihubungi malaysiakini, Chong tidak bersedia mengulas hal ini.
"Saya tidak mahu mengulas perkara yang diterbitkan dalam sebuah laman web peribadi," katanya.
Dina memberitahu malaysiakini, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca rundingan itu gagal.
"Saya mahu sebarang perbincangan harus memasukkan tiga syarat," jawabnya dalam satu mesej yang dihantar melalui faksimili.
Syarat itu ialah pengiktirafan secara bertulis bahawa baginda sebagai bapa Carla, gadis itu dibenarkan melawat bapanya setiap tahun dan Carla diterima sebagai seorang anak sultan. Dina menegaskan wang bukanlah faktor yang mendorongnya berunding dengan baginda.
Bagaimanapun satu sumber yang rapat dengan Sultan menafikannya, dan menyebutkan rundingan itu gagal kerana Dina tidak bersetuju dengan jumlah yang ditawarkan oleh baginda.
"Jumlah terakhir yang ditawarkan kepada Dina dan Carla kira-kira RM10 juta. Dina, bagaimanapun, mahu Carla diterima sebagai sebahagian pewaris harta baginda," kata satu sumber yang sangat dipercayai.
Sumber itu menyebutkan baginda telah bersetuju memindahkan satu hartanah di Los Angeles kepada Dina bagi pihak anaknya.
Tempoh berahsia 10 kepada 20 tahun
Siasatan malaysiakini mendedahkan hartanah itu, sebuah rumah dengan enam bilik tidur di pinggir bandar yang hampir dengan kawasan mewah Beverly Hills, bernilai AS$1.1 juta (RM4.1 juta).
"Sultan juga menawarkan untuk membayar kira-kira AS$100,000 (RM380,000) kepada Dina dan juga AS$50,000 (RM190,000) setiap tahun dalam tempoh enam tahun bagi pelajaran Carla," kata sumber itu lagi.
Jumlah-jum lah ini disahkan dalam beberapa pucuk surat - semuanya didedahkan di laman web Dina - yang dihantar oleh Chong kepada peguam wanita itu di Amerika Syarikat.
Sumber itu turut menyebutkan sejak awal rundingan pada 1997, baginda telah membayar AS$130,000 (RM494,000) kepada Carla dan emaknya sebagai perbelanjaan mereka.
"Apa lagi yang mereka mahu? Baginda telah bermurah hati memberikan bantuan kewangan dan malah menerima Carla sebagai anaknya," kata sumber.
Dina berkata rundingan itu akhirnya putus hujung tahun lalu selepas baginda dan peguam-peguamnya menarik semula butir-butiran perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.
"Mereka tidak bersedia meneruskan sokongan kewangan seperti dipersetujui. Mereka juga mahu tempoh menyimpan rahsia (tentang hal ini) digandakan daripada 10 kepada 20 tahun selepas kemangkatan baginda," katanya.
Beliau berkata alasan menggandakan tempoh berahsia itu bertujuan menyembunyikan berita bahawa baginda adalah bapa sebenar Carla, sambil menambah rundingan itu juga gagal akibat mereka tidak bersetuju hak pusaka untuk anaknya.
"Kami telah jelaskan dari awal bahawa kami tidak akan bersetuju terhadap sebarang penyelesaian yang menafikan hak Carla untuk mendapatkan warisan selepas kematian ayahnya," kata Dina.
"Carla sedia menerima syarat pusaka ketika hayat baginda. Bagaimanapun sebarang tuntutan untuk menggugurkan hak, yang wajar dia dapat, sebagai prasyarat kepada penyelesaian tidak akan diterima."
Dina berkata pada rundingan terakhir, peguam baginda cuba "mengugut dan membuli" beliau dan Carla dengan cara menerima penyelesaian umum tetapi dengan menggugurkan semua hak Carla pada masa depan.
"Kami tidak bersetuju dan mereka pun meninggalkan mesyuarat itu."
Sumber itu menafikan hal itu dengan menjelaskan daripada awal, Carla dinafikan hak harta pusaka menurut hukum Islam.
Pertemuan dengan Carla
"Perkara ini jelas dari sudut undang-undang Islam. Seorang anak luar nikah tidak mempunyai hak mempusakai harta bapanya," kata sumber itu lagi, sambil menambah gadis itu tidak boleh dianggap anak yang sah pada pandangan agama.
Sumber itu menambah, baginda telah melawat Carla sebanyak dua kali dan ketika itu jika Dina ingin meneruskannya, rundingan itu mungkin berhasil.
Bagaimanapun Dina, yang mengesahkan baginda pernah bertemu Carla, berkata baginda tidak pernah menandatangani sebarang surat yang mengiktiraf Carla sebagai anaknya. Dina juga berkata beliau fikir baginda keberatan untuk memulakan atau meneruskan hubungan dengan Carla.
"Tidak pernah baginda atau anggota keluarganya menjawab surat-surat yang dihantar Carla atau saya. Mereka tidak pernah peduli untuk menerima panggilan telefon, menjawab kiriman faksimili atau apa sahaja," kata Dina.
Beliau berkata pada peringkat awal rundingan, satu tawaran dibuat kepadanya melalui surat bertarikh 18 Mac 1999.
Satu salinan surat itu, yang boleh diperolehi daripada laman itu, menyebutkan baginda akan memindahkan hartanah di Los Angeles kepada Dina sebagai pemegang amanah bagi pihak anaknya. Surat itu menyebutkan baginda bersedia membiayai pendidikan dan perbelanjaan dalam tempoh enam tahun mulai 1999.
Surat itu menghendaki Dina agar tidak membuat sebarang tuntutan pada masa depan berkaitan perhubungan silam antara baginda dengan gadis itu.
Sumber itu, yang rapat dengan keluarga diraja, berkata tawaran baginda yang disebutkan dalam surat itu sudah mencukupi untuk keselesaan ibu dan anak itu.
Bagaimanapun, sumber itu mendakwa surat yang diterbitkan dalam laman web itu tidak lengkap seperti salinan asal.
"Dalam surat asal, Dina telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima penyelesaian yang ditawarkan oleh baginda. Beliau bersetuju anak itu adalah hasil hubungan antaranya dengan baginda. Tetapi beliau kini mendakwa dirogol pula," kata sumber.
Sumber itu menambah, Dina hanya berminat mendapatkan wang dan ingin mendapat lebih daripada yang baginda tawarkan.
"Dina tidak berminat dengan kesejahteraan anaknya. Jika berminat, beliau tentunya sudah menerima wang dan hartanah itu. Wang itu mungkin boleh digunakan untuk pelajaran Carla. Beliau mahu kekayaan baginda dengan menjadikan Carla sebagai sebahagian pewaris pusaka. Beliau telah diberikan nasihat yang salah tentang hal ini. Undang-undang syariah tidak membenarkannya," tegas sumber itu.
Hak sebagai anak
Menjawab hal ini, Dina berkata Carla hanya ingin peluang mencari kemungkinan sama ada gadis itu mempunyai hak sebagai anak baginda di bawah undang-undang Islam atau peruntukan undang-undang lain.
"Ini tidak boleh dianggap dia (Carla) ingin menjadi anggota keluarga diraja atau tinggal di Malaysia, kerana dia sendiri tahu itu tidak akan mungkin dan tidak pula bersesuaian dengan pandangannya yang sederhana," kata Dina.
Sumber istana juga berkata Dina mahu semuanya disebut dalam perjanjian, bermula hak melawat hingga penerimaan Carla dalam keluarga diraja.
Sumber: http://malaysiacrisis.blogspot.com/2012/09/sultan-berzina.html
Langgan:
Catatan (Atom)