18 April 2011

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis


Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.

Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.

- Keadilan Daily

Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5


WikiLeaks: Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan ‘banyak kenyataan menyeleweng dan silap’ mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.

Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan denga Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Pasaran ramal PRU13 akhir tahun ini

TERKINI
KUALA LUMPUR, 18 April — Penganalisis bisnes meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan akhir tahun ini ekoran kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) Sarawak kelmarin.

OSK Research juga mengekalkan pendiriannya bahawa BN akan mencatatkan prestasi baik di kawasan-kawasan yang ia tewas di Semenanjung pada pilihan raya umum 2008, yang akan memberikan sentimen kepada pelabur-pelabur pasaran saham.

“Dengan BN kekal kuat dalam kuasa di Sarawak, kami terus menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan akhir 2011,” kata OSK dalam laporan strateginya hari ini.

“Kami juga terus mempertahankan pandangan kami bahawa pilihan raya umum harus menyaksikan pergerakan sentimen di Semenanjung Malaysia kembali kepada BN,” kata laporan itu lagi.

HwangDBS Vickers Research dalam laporan pasaran hari ini berkata ia menjangkakan pilihan raya umum paling awal akan diadakan akhir tahun ini.

Bagaimanapun kedua-dua firma penyelidikan itu menekankan bahawa BN telah kehilangan keseluruhan asas di Sarawak dengan Pakatan Rakyat menambah kerusi Dewan Undangan Negeri hampir dua kali ganda.

“BN perlu menilai sebab-sebab mengapa DAP berjaya untuk melakukan tembusan agak besar di kawasan-kawasan bandar,” kata HwangDBS Vickers.

Pasaran saham syarikat dijangka akan memperoleh manfaat ekoran kemenangan BN kelmarin.

“Dengan kemenangan BN, kami menjangkakan kesinambungan dalam pelan pembangunan negeri perikatan itu,” kata HwangDBS Vickers.

Pasaran saham syarikat-syarikat yang ada hubung kaitan dengan BN mengalami peningkatan pagi ini dengan Cahya Mata Sarawak, yang dikuasai keluarga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud naik enam peratus untuk mencecah RM2.39 pada pukul 10 pagi.

Naim Holding naik 4.5 peratus sehingga ke paras RM3.05 dan Dayang Enterprise pula mengalami kenaikan 3.6 peratus untuk mencecah RM2. -TMI

SPR palsu tandatangan Borang 14, KEADILAN protes di DUN Tebedu

Isnin, 18 April

KUCHING: KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.

Justeru, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini.

“Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).

“Apabila diperiksa, satu borang itu wujud pemalsuan dua tandatangan (pada Borang 14) disyaki (oleh) SPR.

“Bilangan undi pada Borang 14 turut diubah pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

DUN itu dimenangi calon BN, Michael Manyin Anak Jawong yang memperoleh 6,196 undi berbanding Christopher 2,130 undi. Undi majoriti ialah 4,066 undi.

Turut bertanding ialah Anthony Anak Nais dari SNAP yang hanya mendapat 468 undi sahaja. Calon Bebas, Kikpli bin Ale pula mendapat 260 undi.

Sebelum ini, KEADILAN memutuskan untuk mencabar keputusan di N.65 Senadin berikuyan keengganan SPR membuat kiraan semula walaupun undi majoriti yang diterima calon BN cuma 58 sahaja.

- Suara Keadilan Online

Video: Anwar bakal didakwa walaupun siasatan polis tunjuk sebaliknya

Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu.

Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

- Keadilan Daily Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...