APABILA SDR SHAMSUL `BERTIKAM' DENGAN CHEGU BARD
Oleh: Mandor
NAMPAKNYA kemaraan Chegu Bard untuk duduk dikerusi Ketua AMK seperti tidak dapat dihalang lagi. Di mana-mana terdengar cerita betapa anak muda dari Rembau ini memang wajar diangkat menjadi pemimpin golongan muda di dalam PKR. Bukan kerana Sdr Shamsul Iskandar tidak baik, tetapi zaman beliau sudah ke penghujungnya dan beliau sebenarnya lebih layak untuk naik setingkat lagi menduduki kerusi Naib Presiden PKR.
Buktinya, pencalonan yang diterima oleh Sdr Shamsul untuk kerusi Naib Presiden adalah tinggi di belakang YB Fuziah Salleh. Namun, Sdr Shamsul tidak `menghormati' kepercayaan yang telah diberikan oleh Cabang-Cabang yang mencalonkannya. Beliau mengambil langkah undur ke belakang disaat tenaga beliau diperlukan di barisan hadapan. Tindakan ini sedikit sebanyak `menganggu' mood ahli-ahli yang mahu melihat Sdr Shamsul membimbing Chegu Bard di barisan hadapan dan bukannya ingin melihat Sdr Shamsul `menghunus keris' terhadap Chegu Bard.
Buat Chegu Bard pula, selangkah kaki memasuki gelanggang, pantang pendekar berundur. Misi memperjuangkan reformasi samada di jalanan atau tidak mesti diteruskan. Saya yakin, meskipun jika Nurul Izzah yang memasuki gelanggang untuk berdepan dengan Chegu Bard, anak muda Rembau ini tidak akan berganjak walau setapak. Kita cukup kenal dengan Chegu Bard./mandor.blogspot.com
23 Oktober 2010
22 Oktober 2010
MAMPUKAH MALAYSIA MEMBAYAR HUTANG??
RM101.65 bilion?
KERAjaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.
Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.
Di samping itu, menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP menjadi "khazanah" terbesar untuk kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan). Badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.
Seandainya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.
Hutang RM101.6 bilion perlu dijelaskan
Perhitungan kasar MerdekaReview mendapati hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri. Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009.
Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, hutang Bil Perbendaharaan yang bernilai RM10 bilion akan tiba tarikh tebusannya pada tahun ini, namun kerajaan persekutuan masih belum menjelaskan RM4.32 bilion daripadanya. Selain itu, hutang sukuk yang bernilai RM5.0 bilion yang harus dijelaskan pada tahun 2012, masih dihutang RM4.9 sehingga kini.
Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM92.4 bilion yang belum dijelaskan akan sampai ke tarikh tebusannya, mulai tahun ini hinggalah tahun 2012. Apa yang menarik, bon yang bakal sampai tarikh tebusan ini diterbit oleh kerajaan Malaysia antara tahun 2001 hingga 2009, dan melibatkan angka yang besar.
Akibat daripada pembaziran 10 tahun lalu
Ia sebenarnya mencerminkan pembaziran dan kekurangan disiplin ketika kerajaan mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi pada tahun 1997. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, menjurus kepada akibat hari ini, di mana kita berada pada saat genting untuk membayar hutang dalam tiga tahun ini.
Kerajaan Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mencapai keseimbangan belanjawannya dalam tempoh 10 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan melonjak secara mendadak selepas kemelut ekonomi Asia, dari RM90 bilion (atau 32% berbanding KDNK) pada tahun 1997, kepada RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008.
Pada ketika angka defisit dan jumlah hutang semakin melambung, kerajaan mengemukakan pakej ransangan ekonominya dengan RM67.0 bilion. Defisit kewangan terus melonjak dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7.4% pada tahun 2009. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan berkembang dari RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008, kepada RM362.5 bilion (atau 52.4% berbanding KDNK) pada tahun 2009.
Menurut seorang juruaudit, kerajaan Malaysia agak bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.
Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
Wartawan Kita
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.
Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.
Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.
Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.
Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.
Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.
Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.
Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.
Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.
Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.
Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.
Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.
Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.
“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.
“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.
Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.
KES LIWAT MENYEBABKAN EKONOMI KITA TIDAK BERKEMBANG
Gugur kes liwat Anwar jika mahu tarik pelabur
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.
"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.
"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.
Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.
"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.
"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."
Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.
"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).
"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.
Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.
"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya.

UNTUKMU MALAYSIA

Memperkukuhkan Keadilan
Keadilan perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik. Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara. Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara. Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti. Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita. Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili. Kita bukan sahaja sebuah parti “Reformasi”, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri. Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan. Pemilihan kali ini bukan soal jawatan, kedudukan atau permainan kuasa. Ia bukan soal siapakah yang bakal memegang tampuk kuasa selepas ini. Ia adalah soal apakah yang hendak dan boleh dilakukan selepas ini.
Pemilihan 2010 merupakan julung kalinya untuk negara dan juga untuk parti kita. Setiap anggota mempunyai satu undi, dan setiap undi diambil kira. Untuk julung kalinya dalam sejarah, parti boleh memilih para pemimpin kerana prinsip yang dipegang dan diperjuangkannya dan bukan kerana kesetiaan membabi-buta. Parti bukan membuat keputusan mengenai seseorang calon hanya kerana sumbangan dan komitmen calon berkenaan.
Saya percaya anggota-anggota parti kita sudah cukup matang untuk menilai sendiri para pemimpin mereka yang sedia ada. Saya serahkan kepada kebijaksanaan anggota-anggota parti untuk memutuskan tentang cadangan dan wawasan yang saya ketengahkan kerana saya yakin bahawa inilah cara yang dapat membawa perubahan sebenar kepada Kerajaan kita.
Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kerana keyakinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota dan cabang-cabang parti menerusi pencalonan yang mereka berikan kepada saya. Lagipun, apa yang saya pertahankan dan suarakan adalah untuk mereka. Saya bertanding jawatan ini bukan untuk berseronok-seronok, bermegah-megah dan membangga diri. Saya bertanding jawatan ini kerana jawatan ini banyak cabarannya. Saya bertanding kerana banyak kerja berat yang masih perlu dilaksanakan. Dalam pada calon-calon lain tidak habis-habis bercakap tentang kemampuan mereka untuk melindungi Anwar, saya pula percaya bahawa beliau telah membariskan pasukan peguam yang terbaik untuk membelanya. Saya juga prihatin tentang beliau dan keluarganya, tetapi perjuangan dan kepentingan rakyatlah yang paling mustahak. Dan saya tahu anggota-anggota parti dapat membezakannya.
Kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa masa depan Malaysia adalah saling berkait dengan masa depan parti kita. Kita mesti terus bergerak pada landasan yang betul. Rakyat telah memilih untuk memberikan kepercayaan kepada kita. Jadi, dengan penuh takzim dan rendah hati saya meminta agar anda memberikan keyakinan dan kepercayaan untuk kita sama-sama berusaha mendapatkan kembali cita-cita dan idaman parti kita pada saat yang bersejarah ini.
Sembilan Perkara Bagaimana Hendak Menggiatkan Semula Parti dan Negara
1.Kita perlu mencergaskan semula akar umbi kita. Ini kerana kejayaan sesebuah parti politik perlu diukur melalui aktiviti-aktiviti di peringkat akar umbi. Cabang-cabang kita terdiri daripada individu-individu yang bersemangat tinggi dan komited tetapi sedihnya tidak mempunyai tenaga dan dinamik yang cukup kerana ketiadaan pembiayaan. Saya mampu mencari penyelesaian bagi membolehkan jentera politik yang lebih cekap dan berkesan untuk memberikan sokongan kepada para pemimpin ini dan kerja-kerja murni mereka. Adalah penting agar cabang-cabang menjadi lebih bertenaga dan membabitkan diri dalam proses parti. Adalah penting bagi aktiviti parti mencerminkan keinginan yang tinggi dan dorongan pemimpin-pemimpin cabang. Saya akan galakkan pengambilan anggota-anggota baru sambil menitikberatkan pertambahan anggota yang bermutu dan komited, bukan hanya bilangan yang banyak tanpa mutu. Kita mesti buang mereka yang nama mereka yang masih di daftar keahlian sedangkan hati mereka telah sama-sekali meninggalkan parti. Kita akan secara aktif menggariskan perjuangan parti untuk mengekalkan tumpuan dan bukan cuma banyak memperkatakan isu-isu lama.
2. Kita mesti memperkasa penyokong setia parti kita menerusi pendemokrasian selanjutnya, tidak kira jawatan dan kedudukan mereka. Kita perlu keluar dari politik feudal, kita perlu memberikan kebebasan kepada cabang-cabang parti daripada kongkongan pusat dan memperkasa jawatankuasa-jawatankuasa peringkat cabang dan negeri. Merekalah yang paling hampir dengan isu-isu berkaitan dan yang paling maklum dan mempunyai keupayaan untuk menanganinya. Kita tidak lagi boleh beranggapan bahawa kepimpinan pusat tahu tentang segala-galanya. Saya akan bekerjasama dengan anggota-anggota parti di setiap peringkat untuk membangunkan dasar-dasar yang adil dan yang mampu bertahan untuk pengurusan yang lebih baik.
3. Kita perlu memperluaskan keanggotaan kita kepada mereka yang berupaya dan sanggup menyumbang, tanpa diskriminasi. Parti perlu lebih inklusif. Ramai bekas anggota yang telah dipinggirkan, atau yang hampa, atau yang hilang minat, perlu dialu-alukan kembali ke pangkuan parti. Kita perlu mengenal pasti anggota-anggota yang mempunyai kemampuan, memberikan mereka peluang memegang jawatan dan peranan lebih besar. Kerana kewibawaan kita adalah tergantung kepada kewibawaan pemimpin-pemimpin yang kita pilih. Mereka perlu dipilih menggunakan piawaian paling ketat. Mereka perlu mencerminkan masyarakat yang mereka wakili. Warga Sabah umpamanya sepatutnya dibenarkan memilih ketua-ketua mereka sendiri. Begitu juga halnya dengan warga Sarawak.
4. Kita perlu berusaha menjadi pari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan negara ini. Inilah yang akan menjadi kekuatan kita. Kita perlu menyatukan anggota-anggota daripada setiap kaum dan agama dalam negara ini. Inilah yang akan jauh membezakan kita dengan barisan parti pemerintah yang gagal untuk menyatukan bangsa Malaysia setelah 53 tahun berkuasa. Kita perlu merebut peluang ini, perlu membuktikan bahawa kita mampu untuk menyatukan rakyat di seluruh negara. Saya akan bekerja tanpa henti untuk memadamkan prasangka dan curiga kekelompokan, perkauman dan keagamaan.
5. Kita perlu mengenepikan dasar pecah dan perintah yang dipakai selama ini oleh barisan parti pemerintah yang sedang berkuasa. Dasar ini memudaratkan dan memundurkan. Sebagai sebuah parti politik progresif, Keadilan mampu melangkah melampaui sempadan kaum, agama, dan kebudayaan dalam konteks Perlembagaan yang sedia ada. Kepelbagaian inilah kekuatan kita. Saya akan mengedepankan model untuk sebuah parti politik yang lebih telus dan demokratik. Kita tidak boleh menghabiskan tenaga kita bermain politik dalam kubu kelompok — Malaysia Timur lawan Malaysia Barat, reformis lawan Islamis, Anwaris dan Sosialis lawan setiap yang lain.
6. Kita perlu konsisten dalam percakapan dan perbuatan. Pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan-kepentingan lain. Perlu ada kesepakatan tentang apa yang kita perjuangkan sebagai sebuah kumpulan. Sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, saya mampu melaksanakan agenda ini dengan baik.
7. Pendirian kita dalam soal-soal hak dan kebebasan rakyat wajib jelas. Kita perlu memperjuangkan nasib semua warga Malaysia. Saya percaya parti ini harus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan keadilan untuk setiap kaum tanpa takut dituduh mengabaikan kaum kita sendiri.
8. Saya akan memastikan aset kita paling berharga, iaitu Selangor, akan terus kuat dan bebas dari sengketa dalaman. Saya akan memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk menjamin kejayaan dalam pilhanraya dan memacu kegiatan pembangunan agar rakyat mengekalkan PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor.
9. Kita wajib, sebagai pembangkang, memenuhi peranan utama kita menegur dan mengimbangi pemerintah yang ada. Peranan utama kita ialah untuk memastikan kerajaan yang ada ini menjalankan tugas secara yang dapat dipertanggungjawabkan. Kita hanya dapat menjalankan peranan ini jika kita dapat meyakinkan rakyat bahawa kita memiliki barisan pemimpin yang berkemampuan dalam parti. Untuk mencapai perkara tersebut, saya akan memilih hanya mereka yang terbaik untuk membantu kita dan Ahli-ahli Parlimen kita — mereka yang terdiri dari orang awam, para cendekiawan, teknokrat dan mereka yang ahli dalam bidang masing-masing. Saya akan membentuk saluran rasmi untuk berhubungan dengan orang ramai dan untuk mentadbir secara perundingan dengan orang ramai.
Langgan:
Catatan (Atom)