12 Mac 2015

RAHSIA 31 KETUA BAHAGIAN TIDAK HADIR SOKONG NAJIB, APAKAH PUNCANYA?

Bagaimana dengan 31 Ketua Bahagian yang tidak hadir sokong Najib?




KOMEN: Umno memiliki 191 bahagian di seluruh Malaysia, kecuali Sarawak. Kawasan bahagian Umno selaras dengan 222 sempadan Parlimen di Malaysia, tidak termasuk 31 kawasan parlimen di Sarawak.

Kesemua ketua bahagian parti itu menjadi menteri kabinet, timbalan menteri, menteri besar atau ketua menteri, exco atau menteri negeri, Ahli Parlimen atau Adun, atau paling kurang, pengerusi agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri dan timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein – juga adalah Ketua Bahagian.

Maka, setiap ketua bahagian adalah “kingmaker”. Apabila mereka mempunyai bilangan yang cukup dan bersepakat, mereka boleh menaikkan, mempercepat atau menamatkan kerjaya mana-mana pemimpin.

Pada Ahad lalu, 160 “panglima” ini hadir untuk bertemu Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Sebuah laman berita melaporkan, tiada apa-apa yang mengejutkan berlaku ketika pertemuan tertutup itu, sementara akhbar arus perdana pro-Umno melaungkan “semua ketua bahagian Umno menyokong Najib”.

Seorang menteri kabinet yang bercakap bagi pihak yang hadir memaklumkan, semua ketua-ketua bahagian “berpuas hari dan gembira” dengan apa yang Najib katakan kepada mereka.

Selain itu, beliau juga menambah bahawa tiada seorang pun ketua bahagian yang bangun mempersoalkan Najib, sebaliknya semua “menerima” penjelasan yang diberikannya selama hampir 90 minit itu.

“Semua” ketua bahagian? “Kesemuanya”? Bagaimana dengan baki 31 panglima yang tidak hadir menyatakan sokongan mereka?

Menteri Kabinet yang menjadi jurucakap itu bersusah-payah menjelaskan bahawa pertemuan seumpama itu “bukanlah di luar kebiasaan”.

Beliau mendakwa, ketua bahagian bersetuju untuk bertemu Najib sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan pertemuan di PWTC itu adalah usaha ke arah itu. Ia adalah yang pertama untuk 2015, dan pertemuan kedua dijangka akan dibuat pada separuh kedua tahun ini.


Maka, persoalan jelas yang perlu ditanya adalah – mengapa 31 ketua bahagian tidak hadir?

Jika pertemuan itu memang sudah dijadualkan, mengapa ia tiada dalam diari mereka? Atau memang sudah ada, tetapi mereka memutuskan untuk ponteng?

Apa yang membuatkan 31 orang ini menonjol adalah tokoh-tokoh di kalangan mereka.

Paling menonjol adalah Muhyiddin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tidak kelihatan.

Menteri merangkap jurucakap itu memandang ringan perkara itu, dengan mengatakan mereka mempunyai komitmen lain.

Ya lah tu! Pertemuan itu bukannya diatur pada saat-saat akhir. Apatah lagi dengan 160 yang hadir lengkap memakai jaket merah khas yang pastinya mengambil masa untuk ditempah.

Jadi, apakah hanya kebetulan apabila yang tidak hadir adalah Muhyiddin dan Mukhriz, tokoh yang berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Tun Dr Mahathir Mohamad pastinya senang apabila melihat seorang daripada tiga naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal juga tiada di sana.

Malah, kebanyakan ketua bahagian dari Sabah juga tidak hadir. Mereka kononnya menghadiri “retreat” latihan pada hari tersebut.

‘”Retreat” latihan? Retreat (berundur) sahaja adalah lebih tepat. Bukankah salah seorang daripada mereka hadir, iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin hadir? Apa terjadi kepada mereka yang lain?

Najib Razak, berhati-hati dengan Ides of March*


- See more at: sumber

11 Mac 2015

Tengku PUan Pahang Sindir Rosmah,Hanya Makan Nasi Bungkus Kerana Upah Dandan Rambut Mahal


Pautan kekal imej terbenam

Isteri Tengku Mahkota Pahang makan nasi bungkus kerana upah dandan rambut mahal




Kiriman yang memaparkan hidangan makanan tengah hari dalam bekas polisterin yang dimuat naik oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dalam Instagram miliknya menerima lebih 90 komen yang difahamkan sebagai sindiran kepada rungutan Datin Seri Rosmah Mansor. – Gambar Instagram, 11 Mac, 2015.

Selepas Datin Seri Rosmah Mansor merungut harga yang mahal jika pendandan rambut datang ke rumahnya, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini dilihat menyindir rungutan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Tunku Azizah dengan nada sinis hari ini menulis hanya mampu membeli nasi bungkus selepas pendandan rambut mengenakan harga yang mahal.

“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dalam laman sosial Instagram yang sudah disukai lebih 1,000 pengikutnya.

Kiriman yang memaparkan hidangan makanan tengah hari dalam bekas polisterin itu turut menerima lebih 90 komen yang rata-rata faham sindiran berkenaan.

Seorang pengguna Instagram Sapienshoduken yang mengulas gambar itu berkata: “Perghhh haha caption takde sipi sipi, makan dalam terus @tengkupuanpahang memang thorbaekkk!”

“Inilah bagaimana wanita sebenar berbicara. Halus lagi berkesan,” kata seorang lagi pengguna Instagram kemboja_putih mengulas gambar itu.

“Siapa makan cabai dia la terasa pedas. Kalau tak makan buat apa nak rasa pedas. Beginilah TPP (Tengku Puan Pahang,” kata wan_jaaa mengulas gambar yang sama.

Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram, Tunku Azizah mengubah kapsyen gambar itu menjadi lebih ringkas.

"There goes my diet." (Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram, Tunku Azizah mengubah kapsyen gambar itu menjadi lebih ringkas.

"There goes my diet." (Habislah diet saya).

Rosmah pada bulan lalu melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Katanya, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Kebimbangan itu diluahkan Rosmah dalam satu program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.

"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda harus teliti," katanya. – 11 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isteri-tengku-mahkota-pahang-makan-nasi-bungkus-kerana-upah-dandan-rambut-m#sthash.TVYWtlUW.dpuf

PUNCA RUMAH PUTIH BUAT SILAP GUGURKAN PETISYEN " BEBASKAN ANWAR ' TERSEBAR


Rumah Putih tersilap buang petisyen ‘Bebaskan Anwar’, kata kedutaan



Selepas penilaian susulan, Rumah Putih mendapati petisyen ‘Bebaskan Anwar’ yang ditarik keluar semalam tidak mengandungi tandatangan palsu dan dibenarkan dipaparkan semula. – Gambar whitehouse.gov, 11 Mac, 2015.

Rumah Putih hari ini mengaku tersilap menarik keluar petisyen yang disiarkan di laman webnya menggesa pentadbiran Barack Obama membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata semakan penipuan standard Rumah Putih pada 9 Mac mendapati banyak tandatangan yang janggal pada petisyen berhubung pemenjaraan Anwar dan pelbagai petisyen berkaitan isu sama.

"Terdapat banyak petisyen berkaitan isu ini, dan selepas penilaian susulan, Rumah Putih dapati petisyen yang ditarik keluar itu bukan yang mengandungi tandatangan palsu," menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu di laman Facebooknya.

"Bertanggungjawab atas kesilapan itu, Rumah Putih mengaktifkan semula petisyen yang bertajuk 'Make the Release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from Prison a Top Priority for U.S. Policy Toward Malaysia' (Jadikan Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Keutamaan Tertinggi bagi Dasar AS Terhadap Malaysia) itu.

"Ia juga memanjangkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu ditarik keluar. Tiada tandatangan yang dibuang," katanya.

Ia berkata Rumah Putih kemudiannya mendapati, tandatangan palsu itu wujud pada petisyen “Respecting the Sovereign Nation of Malaysia” (Menghormati Kedaulatan Negara Malaysia), dan ia dihentikan buat sementara waktu daripada laman web itu.

Petisyen yang dikatakan itu merupakan jawapan daripada rakyat Malaysia yang "marah" dengan kenyataan Rumah Putih yang menyatakan kekecewaannya terhadap sabitan kes liwat Anwar.

Petisyen itu mendesak Amerika Syarikat "berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia".

"Pada 9 Mac, semakan penipuan standard Rumah Putih menunjukkan sejumlah besar tandatangan yang janggal pada petisyen bertajuk 'Respecting the Sovereign Nation of Malaysia'.

"Selepas diteliti semula, Rumah Putih menghentikan petisyen itu sambil ia membuang beberapa tandatangan yang melanggar terma penyertaan 'We the People' (Kami Rakyat) itu," kata kedutaan itu.

Ia berkata, sebaik sahaja tandatangan yang tidak sah dibuang, Rumah Putih akan mengembalikan semula petisyen itu dan melanjutkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu dimatikan.

Petisyen itu sudah pun dikembalikan ke laman web itu pagi ini, tetapi hanya dengan 12,070 tandatangan.

"Rumah Putih dari semasa ke semasa menyemak beberapa faktor bagi mengenal pasti sebarang tanda kemungkinan wujud penipuan. Tetapi bagi memastikan ia tidak membuang tandatangan yang sah, ia harus melakukan siasatan yang menyeluruh, dan proses ini akan mengambil masa," kata kedutaan itu.

"Rumah Putih akan terus menyemak tandatangan pada semua petisyen bagi mengesan sebarang aktiviti penipuan."

Petisyen “Bebaskan Anwar” itu setakat pagi ini menerima 108,291 tandatangan.

Petisyen itu, yang diserahkan kepada Rumah Putih pada 10 Februari, perlu mencapai 100,000 paling lewat pada esok hari, untuk berjaya dan mendapat sambutan daripada pentadbiran Obama.

Petisyen itu dimulakan bekas duta AS ke Malaysia, John R Malott, yang mengemukakannya kepada laman web itu sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya. – 11 Mac, 2015 ~tmi


Petisyen ‘Bebaskan Anwar’ di laman web Rumah Putih kini kembali dipaparkan dengan 106,472 tandatangan sudah dikumpulkan setakat ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2015.

Sehingga jam 8 pagi ini, jumlah tandatangan yang diperolehi untuk petisyen ( klik untuk join)  tersebut ialah 106,419 - sehari menjelang tarikh akhir pada 12 Mac.

Petisyen Pro-Anwar itu diusahakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott, dikeluar dari lamanweb White House semalam kerana "melanggar terma peserta".

Ia telah digantung selama 14 jam ketika ia memerlukan kira-kira 4,000 lagi tandatangan untuk mencapai sasarannya.
 

RINGGIT MERUDUM RM3.72 : 1USD , RINGGIT JATUH BAGUS BANTU PULIH EKONOMI





MENTERI-MENTERI BN BANGANG?, PATUTLAH HUTANG BERTAMBAH-TAMBAH DAN RINGGIT MERUDUM TERUK?



GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot.

Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat! : Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1 April 2015 ini.

Ketika rakyat marhaen mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan harga rumah naik dek kerana GST Malaysia 2015 ini ditambah dengan nilai ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah dan lemah iiatu RM3.65 untuk setipa Dolar Amerika, namun Timbalan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan dan suasana.

BACA SINI LAGI : Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10% Selepas Pelaksanaan GST Kelak!

Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia 2015 kerana ia mampu ekonomi merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.
Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GSt Malaysia 2015

Syarikat yang telah melakukan pendaftaran GST kastam telah meningkat daripada 140,000 kepada 317,000 sekaligus memberikan kutipan sejumlah RM1,000,000,000 (RM1 bilion)
Kantung kerajaan Malaysia akan bertambah sejumlah RM24 bilion dengan pelaksanaan GST malaysia 2015 ini.

Apa dia? Ekonomi Malaysia jatuh disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia? Itu kata Ahmad Maslan.


Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia :

menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah
sekaligus meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara


SUMBER

10 Mac 2015

SKANDAL 1MDB: SIAPA DIBELAKANG TAIKUN JHO LOW?


Jho Low ambil alih syarikat Taib Mahmud guna duit siapa?



KUALA LUMPUR, 10 MAC: DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taek Jho Low yang mengambilalih syarikat bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud menggunakan dana 1MDB.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua syarikat Utama Banking Berhad (UBG) sebelum ini dimiliki Taib Mahmud kini menjadi milik Jho Low setelah membeli semua saham UBG melalui anak syarikat PetroSaudi International, Javace Sdn Bhd.

Kata Tony, pembelian semua saham oleh Javace Sdn Bhd yang bernilai RM 1.4 bilion dibuat pada 2010.

“Semua saham yang dibeli Javace menggunakan wang yang disediakan oleh AmInvestment Bank Bhd sebanyak RM 700 juta.

“Manakala bakinya diambil dari syarikat PetroSaudi International (PSI)l sebanyak RM 850 juta.

“Sebenarnya, duit yang diambil dari PSI itu adalah berasal dari 1MDB PetroSaudi Limited pada 8 September 2010, dua minggu sebelum itu melalui pinjaman Murabahah,”ujar Tony.

Katanya, pinjaman itu diubah 1MDB dari syarikat “1MDB PetroSaudi Limited” kepada pinjaman murabahah bernilai USD1.2 bilion, dan 1MDB PetroSaudi akhirnya menjadi hak milik PetroSaudi Cayman yang memberikan jaminan kepada pinjaman tersebut.

“Walaubagaimanapun, sejumlah USD160 juta dari USD500 juta dipindahkan ke dalam satu akaun di Switzerland dimiliki Good Star Limited, syarikat permodalan yang dikawal Jho Low dan rakan-rakan.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah pendedahan dokumen oleh Sarawak Report yang mengatakan dana di bawah PSI itu sebenarnya dikawal oleh Jho Low.

“Ini jelas, kerana setelah diselidiki, PSI Seychelles mempunyai alamat yang sama dengan Good Star Limited,”ujar Tony kepada pemberita di Parlimen.

Tambahnya, terdapat misteri ‘perjanjian pengurusan pelaburan’ yang muncul berasingan antara PSI Seychelles dengan pengurus Pelaburan Panama, seorang individu bernama Seet Li Lin, Naib Presiden syarikat Jynwel Capital Limited yang dimiliki Jho Low.

“Email dan dokumen didedahkan Sarawak Report menunjukkan, jelas mempunyai niat di belakang perancangan perompakan 1MDB.

“Jho Low dan rakan-rakannya mempunyai kawalan penuh terhadap dana itu walaupun ia kononnya dibelanjakan melalui PSI, sedangkan sebenarnya PSI hanya jadi topeng kepada Jho Low.

“Keseluruhan struktur kompleks ini sengaja direka untuk sembunyikan perancangan mereka untuk ambil alih UBG,” kata Tony.

Justeru itu, Tony menyeru pihak berkuasa memulakan siasatan yang teliti terhadap Jho Low atas perkembangan terbaru mengatakan taikun muda itu terlibat dalam pengubahan wang haram, yang mengakibatkan 1MDB menanggung hutang sebanyak RM 42 bilion.

“Ini cukup memberikan syak wasangka terhadap pihak berkuasa untuk memulakan siasatan terhadap Jho Low atas dakwaan pengubahan wang haram yang dilindungi di bawah akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan(pindaan) 2013 (AMLA).

“Bank Negara Malaysia dengan kerjasama polis dan SPRM perlu mengarahkan siasatan terhadap transaksi mencurigakan oleh Jho Low dan rakan-rakan di bawah AMLA,” tegas Tony lagi.  ~  SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...