26 Februari 2015

TOKEH LEMBU NFC GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA, KAT JAT KAT MANA?



Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar, kiri) hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 22 November 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui perbicaraan.

Salleh, 66, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dau pertuduhan itu, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertindak bagi pihak pendakwaan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-nfcorp-gagal-batal-dua-pertuduhan-pecah-amanah-rm49.7-juta#sthash.euhvmDqM.dpuf

25 Februari 2015

TERKINI: DSAI BOLEH KE PARLIMEN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG....


Anwar boleh ke Parlimen jika diberi kebenaran, kata pakar perundangan



Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat permohonan menghadiri persidangan Dewan Rakyat bulan depan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seharusnya ia diberi pertimbangan kerana beliau tidak mendatangkan sebarang risiko keselamatan.

Walaupun masih menjadi ketua pembangkang Parlimen sementara menunggu pengampunan Diraja, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan melainkan jika Menteri Dalam Negeri memberi kebenaran kepadanya, kata seorang profesor undang-undang.


Profesor Gurdial Singh Nijar (gambar, atas ) daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata, Anwar adalah banduan yang disabitkan oleh mahkamah dan perlu ditahan dalam penjara.

"Beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana semua penjara terletak di bawah kuasa beliau. Anwar tidak mempunyai hak mutlak untuk hadir di Parlimen tetapi boleh membuat permohonan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, beliau berkata permohonan ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh diberi perhatian kerana Anwar tidak mendatangkan risiko keselamatan.

Gurdial berkata demikian mengulas pengumuman Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang Anwar masih seorang ahli Parlimen sementara menunggu keputusan petisyen yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan pengampunan Diraja.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya menyampaikan petisyen itu ke Istana Negara petang semalam, sebelum tempoh 14 hari tamat.

Nurul Izzah Anwar yang juga naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen bagi pengampunan itu dibuat atas dasar sabitan itu gagal untuk mematuhi prinsip-prinsip keadilan.

Sebagai ketua pembangkang, Anwar diberi keutamaan menyampaikan ucapannya kepada raja dan belanjawan tahunan.

Yang di-Pertuan Agong pada masa sama akan merasmikan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 9 Mac akan datang. Prosiding Dewan Rakyat berlanjutan selama 20 hari.

Gurdial berkata sekiranya Anwar tidak hadir dalam persidangan itu, Speaker boleh menggunakan budi bicaranya meminta seorang wakil ahli Parlimen daripada pembangkang untuk melaksanakan fungsi ketua pembangkang.

"Pemimpin pembangkang baru tidak boleh dilantik sementara menunggu hasil keputusan (pengampunan) lembaga itu," kata Gurdial.

Beliau berkata Speaker sebagai ketua Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sendiri jika terdapat lompang dalam peraturan yang diperuntukkan kepada ahli dan prosiding Parlimen.

"Senario sekarang belum pernah berlaku. Di negara lain, kedudukan pemimpin pembangkang 'dikosongkan’ jika mereka dipenjarakan," katanya.

Pada 10 Februari, panel terdiri daripada lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di antara jam 3.10-4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar mula menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 15 hari lalu

SUMBER

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA, NAK TAHU BACALAH SENDIRI....

Keadaan harga minyak dunia terus jatuh begitu melegakan kebanyakan pengguna sebelum ini harga minyak yang diapungkan tanpa subsidi agak tinggi begitu membebankan juga menyebabkan kenaikan harga barangan.

Adakah keadaan ini hanya sementara kerana kedatangan GST agak merisaukan pengguna-pengguna kemungkinan besar harga barang dan pekhidmatan terus naik.......

Inventori AS masih tinggi, harga minyak jatuh lagi

OLEH AFP DI NEW YORK 




Harga minyak masih lagi jatuh selepas para pedagang menjangkakan berlaku pertambahan minyak mentah dalam inventori Amerika Syarikat, memburukkan lagi penawaran global.

West Texas Intermediate bagi bulan April susut 17 sen kepada AS$49.28 sen setong. Brent pula ditutup pada AS$58.66.

Kontrak hadapan bagi kedua-dua penanda aras menjunam pada Jumaat dan Isnin lepas berikutan bimbang bekalan global yang banyak di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan tetapi stok simpan minyak mentah Amerika Syarikat terus bertambah.

Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengeluarkan laporan mingguan minyak mentah berkata: "Kita mungkin akan 'membina lagi inventori' yang bakal meletakkan tekanan ke atas harga".

Bloomberg News yang membuat tinjauan berkata, inventori telah meningkat sebanyak 3.75 juta tong pada minggu lepas berbanding 425.6 juta tong pada minggu sebelumnya.

Bekalan minyak mentah dipacu dari medan minyak di timur Libya yang telah memulakan pengepaman ke pelabuhan Hariga selepas paip minyak dibaiki semula.

Harga minyak mentah telah jatuh lebih daripada 50 peratus sejak bulan Jun. Harga telah meningkat dari paras terendah pada Januari berikutan akibat kelembapan dalam aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat tetapi penganalisis berkata ketidaktentuan mungkin berterusan untuk beberapa waktu.

Aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat diperlahan, pertumbuhan pengeluaran global diramal jatuh dan permintaan sekurang-kurangnya di Amerika bertindak balas secara positif kepada harga rendah, menurut British Barclays.

Pasaran diramal kekal mempunyai lebihan bekalan pada tahun ini tetapi mempunyai asas lebih seimbang pada masa depan. - MG

PUNCA SEBENAR KELUARGA DSAI MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA TERSEBAR

Dengan penyerahan dokumen pengampunan diraja, maka implikasinya adalah:

a) Anwar Ibrahim kekal ahli parlimen dan Ketua Pembangkang walaupun tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat sepanjang proses pengampunan

b) Tiada pilihanraya kecil boleh diadakan sehingga keputusan rayuan diketahui dan dimaklumkan tanpa had masa atau campurtangan politik


c) Kedudukan Anwar kini terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong selaku kuasa pemutus, malah tidak perlu dinasihatkan PM kerana ia tertakluk kepda budi bicara baginda selaku ketua negara

d) Pakatan Rakyat kekal diketuai Anwar dan pemilihan penggantinya tidak berbangkit sekaligus mematikan hasrat puak tertentu yang kebulur jawatan ketua tapi masih 'berpeluk' dengan Umno

e) Umno melihat proses ini sebagai satu strategi serampang dua mata Anwar bagi menyelamatkan Pakatan dan terus menghantui BN, tidak kira Anwar masih di dalam atau sudah keluar

f) Musuh politik Anwar dalam Pakatan sendiri sudah pasti tidak senang duduk malah mula mencatur strategi baru (Plan A dan B) tidak kira sama ada Anwar bebas atau sebaliknya

g) Umno gagal meyakinkan rakyat perihal keputusan mahkamah yang sudah dibuat hingga terpaksa melakukan roadshow dan kemuncaknya adalah sistem kehakiman kini tidak lagi dihormati malah dipertikaikan

h) Imej BN terus merudum seluruh dunia kerana negara luar melihat proses keadilan sebenar hanyalah dengan pengampunan diraja dan bukannya mahkamah biasa

i) Pelabur luar tidak lagi mahu menanam modal kerana merasakan keadilan buat mereka hanya satu jalan iaitu menghantar memorandum/rayuan kepada ketua negara

j) Kerjasama politik Umno-PAS (baca: UG) mungkin ditangguhkan kerana mahu menunggu keputusan rayuan tetapi tetap terus menyerang Anwar konon sebagai ejen pemecah orang Melayu


Keluarga Anwar mohon pengampunan Diraja pada saat akhir‎



Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar permohonan untuk pengampunan Diraja hari ini ke Istana Negara. – Gambar ihsan Nurul Izzah Anwar, 24 Februari, 2015.Keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya, kata jurucakap PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu The Malaysian Insider inisiatif permohonan tersebut dilakukan kerana Anwar berisiko kehilangan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya.

Fahmi berkata inisiatif pengampunan itu dilakukan keluarga Anwar dan bukannya PKR.

The Malaysian Insider difahamkan, permohonan tersebut sudah pun dihantar ke Istana Negara sebentar tadi.

Sementara itu anak sulung kepada Anwar Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider, petisyen memohon ampun itu sudah selamat dihantar ke Istana Negara.

‎"Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke Istana," kata ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR itu.

Tarikh akhir 14-hari bagi Anwar untuk memfailkan permohonan tersebut akan tamat hari ini dan tanpanya, beliau secara automatik akan tersingkir sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.‎

Awal hari ini, peguam Anwar N Surendran berkata ketua pembangkang itu membuat keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja.

"Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada 10 Februari, panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah melakukan liwat dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan tersebut di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10pm - 4.30pm pada 26 Jun, 2008.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerusi tidak akan diumumkan sebagai kosong sehinggalah Lembaga Pengampunan mempertimbangkannya dan membuat keputusan.

Surendran juga berkata pasukan peguam Anwar akan terus meneliti kehakiman 116-mukasurat itu sebelum membuat keputusan untuk memfailkan semakan semula terhadap penghakiman tersebut.

"Tiada jadual masa untuk memfailkan semakan semula itu, tetapi ia perlu dilakukan secepat mungkin," katanya.~TMI

24 Februari 2015

BETULKE SIRUL MENGARUT?......




Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia

Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia


Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Talian telefon termasuk beberapa orang pemberita yang berada di ibu pejabat PAS turut terganggu ketika sidang media itu diadakan.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian mendapat panggilan telefon daripada Sirul yang mengatakan bahawa bekas anggota polis itu sedang menantikan panggilan daripada Mahfuz.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney dan tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

Sirul boleh dibawa pulang sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati terhadap Sirul.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...