15 Disember 2014

BEKAS BOS SPR BUKA LOBANG....INI KES MUDAH LUPA NIE.....


Benarkah SPR bebas, profesional dan telus?



Dr Ahmad Zahid (kanan) membidas dengan mendakwa gesaan yang dibuat oleh Abdul Rashid terhadap Najib adalah kerana ‘gagal dapatkan sesuatu'.

Tidak pasti sama ada tindak-tanduk dan kenyataan oleh pemimpin atau bekas pemimpin serta pegawai kanan atau bekas pegawai tinggi kerajaan dewasa ini dibuat setelah difikir dan dikaji secara mendalam.

Namun yang kelihatannya ia seolah dibuat secara spontan tanpa memikirkan natijah daripada tutur kata dan ayat yang dilafaz.

Terbaru hari ini apabila rakyat menyaksikan Mentari Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang boleh mengakibatkan orang ramai merasa ada sesuatu yang tidak kena, khususnya berhubung dakwaan selama ini bahawa SPR adalah sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Melihat kepada kenyataan antara menteri dan bekas pengerusi SPR itu, bukan sahaja penganalisis politik, malah rakyat biasa di jalanan sekalipun pasti akan bertanya benarkah SPR selama ini bebas, telus dan profesional?


Pertama sekali semua orang tahu selama ini bahawa pegawai dan seluruh warga SPR sememangnya kakitangan kerajaan yang makan gaji.

Sekarang timbul pula pertikaian antara bekas pengerusi SPR dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Dr Ahmad Zahid pula bingkas membidas dengan mendakwa gesaan yang dibuat oleh Abdul Rashid terhadap Najib adalah kerana ‘gagal dapatkan sesuatu.’

Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, selanjutnya berkata perkara itu sepatutnya dibangkitkan ketika Rashid masih lagi dalam kerajaan dan bukan selepas bersara.

“Semasa dalam kerajaan mengapa beliau tidak pernah menyebut mengenai perkara itu?

“Mesti ada yang dia minta tapi tidak dapat,” dakwa Dr Ahmad Zahid ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Sebelum itu semalam, Rashid pada Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ke-5 menggesa Najib agar berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat mengenai keadaan sebenar kedudukan negara.

Beliau berkata, Najib perlu membuat kerja serta berlaku jujur kepada pemimpin Melayu serta membantu orang Melayu.

“Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu),” katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan PERKASA, Ahad.

“Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan,” katanya.


Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

“Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat,” katanya, tanpa memaklumkan dengan jelas apa yang beliau maksudkan.

Rashid berkata lagi, apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

“Mereka (UMNO) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan PERKASA ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik yang memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang ‘betul’.

Apa lagi yang boleh ditafsirkan daripada kenyataan seorang menteri kanan yang sedang berkhidmat, dengan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara dalam jawatan pengerusi SPR?

Apakah jemaah menteri dan jentera kerajaan selama ini hidup dalam pembohongan?

Atau apakah petikan popular kata-kata bekas presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt bahawa “In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way,” (Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika ia berlaku, percayalah anda boleh pastikan ia sebenarnya dirancang begitu) kini sedang diamalkan di negara ini?

Read more: Sumber

KES REPORT ISU 1MDB, RUPANYA KERJA ANUAR JUGAK???


Orang UMNO sendiri dah pandai report pasal 1MDB. Tak payah kerah geng2 'NGO Cermin Mata Hitam' lagi dah, depa sendiri skrg duk lodged report.. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!!

 Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khalid x ketinggalan tunjuk 'terer'.. BEKAP BESAR BEB!! X BESAR XDE MAKNANYA DIA NAK TUNJUK TERER..

Blogger UMNO akan cari buruk dan tembak individu dan bukan jawab isu. Tugas mereka sekarang ampu dan jolok punggung Najib Razak.. Boss dah bising sbb bayar mahal, tapi x sudah bangang. Seperti biasa, Najib akan terus dan terus mengelak dari menjawab isu 1MDB yg jelas mengkedarah duit rakyat dan rugi beratus juta ringgit.

La ni PEMUDA UMNO pulak duk meroyan.. Now they say ini semua conpiracy since this fella kononnya DSAnwar Ibrahim punya nephew.. Tersedak aku menahan ketawa.. Dari info dalaman parti tu, mereka kononnya nak wat Press Conference pulak Isnin ni..Teringat aku masa PAU ari tu, dia hampir ditumbuk seoang perwakilan berstatus Ketua Pemuda Bahagian gara2 ucapan yg berbunyi "orang2 UMNO now should not tunduk, kipas buntut pemimpin atasan..."

Sejak bila lak laki Umie Aida ni jd anak sedara Anwar?? Even Nurul Izzah Anwar nyaris2 gelak guling2 bila dapat tahu ada blogger dan caitper BANGANG (yg Najib sebut hari tu) kata mamat tu anak sedara Anwar.. Aku dah confirmkan, dengan jelas Izzah cakap " NOT THAT I KNOW OFF" dalam wassap malam semalam.. Lagipun setakat Wikipedia tu, semua orang bleh update dan ejas sesuka hati... Kalau nak tulis Rosmah tu mak tiri korang pun bleh.. Kih kih kiiiiihh..

PEMUDA UMNO nak buat Press Conference nak umum mamat tu sedara Anwar.. Kah kah kaaaaaaahh!! Apa je kat dunia ni kalau boleh semua UMNO nak dikaitkan ngan Anwar.. Agaknya kalau yg buat report polis ari tu Pak Lah, tu pun mesti depa kata#SemuaSalahAnwar.. Kasi umum seluruh Malaysia, jemput semua wartawan dan siarkan di setiap slot berita tv esok.. Biar nampak keBANGANGan korang.. Kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!! Erk... Sejak bila puak ni cerdik?? Ye la kan..??? Simpan sikit bangang ko tu, Ok?

X pasti la sape nak game sape kat sini.. Skandal 1MDB ni umpama cancer yg semakin mencapai peringkat ke4.. Yg aku tau dia ni dari pro anak Madey yg lantang duk bedal pro Najib.. So padan lah PEMUDA UMNO pro Najib meroyan x sudah..


BERHENTI TIPU RAKYAT, TEMBELANG UMNO BOCOR LAGI....PERKASA BARU NAK SEDAR



Kembalikan hak biasiswa kepada orang Melayu

Tidak guna UMNO hanya bercakap soal Melayu di Persidangn Agung UMNO, tetapi hak dan biasiswa anak Melayu semakin lama semakin terhakis.




Presiden PERKASA mendesak supaya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengembalikan semua biasiswa pendidikan kepada orang Melayu.

Katanya, tidak guna UMNO hanya bercakap soal Melayu di Persidangan Agung UMNO, tetapi hak dan biasiswa anak Melayu semakin lama semakin terhakis.

“Begitu ramai pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia, Mesir yang tidak mendapat biasiswa hatta mereka juga tidak mendapat pinjaman daripada pihak institusi kerajaan,” katanya pada sidang media di Persidangan Agung Tahunan PERKASA, di Pusat Islam, di sini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menuntut biasiswa tersebut dikembalikan kerana ia merupakan hak orang Melayu yang sudah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini tidak dipulihkan, kita akan bawa sokongan dan kepercayaan rakyat bahawa UMNO sebagai pembela Melayu akan terus terhakis.

“Saya nak beritahu, saya didatangi ibu bapa pelajar yang belajar di Mesir. Ada pelajar tahun dua, dan akhir, menangis tidak boleh teruskan pengajian kerana tidak dapat pinjaman.


“Ada yang beritahu saya bahawa mereka hanya makan nasi sehari sekali sebab tidak cukup duit hendak bayar sewa dan yuran. Janji untuk mempertahankan hal Melayu hanyalah retorik,” katanya ~fmt


BACA INI PULAK......

Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib



Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul
"

14 Disember 2014

PUNCA MP UMNO UMUM MASUK PKR TERSEBAR!!!




Nur Jazlan Umum Masuk PKR Isnin Depan?

Difahamkan bahawa perbicangan masih berjalan tapi besar kemungkinan Isnin depan, Pakatan Rakyat akan menambah satu lagi kerusi parlimen bila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad Rahmat akan membuat keputusan terbesar dalam hidupnya dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR.

Bagi meraikan ‘pengorbanan’ besarnya itu, Nur Jazlan disebut-sebut akan dilantik menjadi Naib Presiden PKR, kerana satu dari lima kerusi jawatan tersebut masih kosong berikutan tindakan Datuk Ghafur Salleh membatalkan hasrat untuk melompat parti beberapa bulan lepas, walaupun telah menyatakan persetujuan secara dasar.



Mana mungkin totok umno akan masuk ke parti lain.....

Blog negrapakatan.com tu blog troll macai je......bukan boleh pakai.....


Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO


Nur Jazlan Mohamed

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum 'Freedom of Expression Under Treat' semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

"Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

"Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR. - MalaysiaGazette

TERKINI! BETULKE 1MDB BERADA DALAM KEADAAN TENAT?

'1MDB mohon lanjutkan tempoh NPL'

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dakwa syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memohon kepada Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tak berbayarnya (NPL).

A Kadir yang memetik kenyataan sumber mendakwa Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam satu pertemuan bersetuju dengan permohonan itu walau tidak bersetuju dengan pinjaman besar yang dibuat oleh 1MDB.

Beliau mendakwa, Zeti tidak bersetuju kerana pinjaman tersebut boleh memberi kesan yang serius kepada sistem perbankan.

"Jika (lanjutan) itu tidak diberikan, akan berlaku kegagalan besar dalam membuat bayaran dan bank Tier 1 yang memberi lanjutan pinjaman itu perlu membuat peruntukan besar.


“Ini boleh menyebabkan sistem perbankan tempatan diturunkan taraf,” kata Kadir dalam tulisan di blognya, kadirjasin.blogspot.com.

Kadir juga mendakwa, “kata-kata kesat” turut dihamburkan semasa pertemuan di antara pegawai tinggi 1MDB dan Bank Negara.

Pinjaman tidak berbayar merupakan hutang lapuk atau pinjaman yang hampir menjadi hutang lapuk.

1MDB setakat ini menanggung hutang RM49 bilion berbanding asetnya bernilai RM51.4 bilion.

Kadir turut mendakwa pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin juga menawarkan untuk meletak jawatan.

“Satu sumber berkata, dalam pertemuan dengan Bank Negara, Lodin menawarkan untuk meletak jawatan serta mereta. Tapi ini tidak membimbangkan Bank Negara.

"Lodin dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Sekiranya benar dia menawarkan untuk meletak jawatan, dia sepatutnya memberitahu perkara itu kepada Najib,” kata Kadir.

Katanya lagi, 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh NPL itu daripada tiga kepada enam bulan.

1MDB boleh mengekalkan tempoh lanjutan itu sekiranya ia mampu membawa pulang dana RM7 bilion yang dilaburkan di bank luar pesisir Cayman Islands
. ~ Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...