03 Jun 2014

SUBSIDI BERPILIH MINYAK SISTEM BARU ...AKAN UJUDKAN LAMBAKAN PASARAN GELAP !!!


Peraturan baru mulai September dapat menghalang pemilik kenderaan mewah daripada menggunakan petrol bersubsidi. BACA LAGI BERITANYA DISINI


Subsidi baru minyak: Risiko penyelewengan, kenaikan harga barang berganda

Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.


Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:

1. Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);

2. Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran;

3. Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran.

Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat.

Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut:

1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini;

2. Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi;

3. Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah.

Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku:

1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap;

2. Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap.

Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan.

Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil.

Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

PANAS! MP LANGKAWI BAKAL DISAMAN KERANA FITNAH YAMMY SAMAT


Emak Dyana Sofya akan saman MP LANGKAWI kerana fitnah beliau di facebook

Nampaknya MP Langkawi buat hal lagi selepas mempermainkan mendiang Karpal Singh tempohari. Kali ini dengan EMAK DYANA SOFYA pula iaitu Yammy Samat...

Hari ini MP Langkawi postkan artikal berkenaan emak SOFYA dan semua itu dinafikan olehnya sebagai satu FITNAH...

Dan beliau menyatakan akan menyaman MP LANGKAWI berkenaan FITNAH tersebut...




Ini petikan artikal yang di postkan di facebook MP LANGKAWI...

 

Sumber dari fb MP LANGKAWI - KLIK SINI

02 Jun 2014

MAMPUIH DAH...MULAI SEPTEMBER HARGA MINYAK NAIK...RON95 = RM2.73 SELITER

Hanya pendapatan kurang RM5,000 nikmati subsidi mulai September


Peraturan baru mulai September dapat menghalang pemilik kenderaan mewah daripada menggunakan petrol bersubsidi.

Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini.

KES TEMBAK AHLI PERNIAGAAN...WARGA ASING DAN SEORANG 'DATUK' TERLIBAT !!!


Kes tembak: 'Datuk' antara empat ditahan

KUANTAN - Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh pada Jumaat malam.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi semalam.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.

"Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama malam semalam.

Beliau berkata suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga Indonesia yang berasal dari Jawa Timur, Surabaya.

Sharifuddin berkata, pemeriksaan di rumah suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong dan 45 butir peluru serta pakaian semasa menembak mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menerima arahan daripada seorang lelaki warga Thailand, yang sebenarnya datang daripada seorang lelaki bergelar Datuk.

Bertindak atas maklumat itu, seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar Datuk, yang dipercayai mengeluarkan arahan untuk menembak mangsa, ditahan di Taman Permai, Temerloh pukul 10 pagi semalam.

Sharifuddin berkata polis percaya motif kejadian ialah lelaki bergelar Datuk tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutangnya sebanyak RM350,000.

"Polis kini berusaha mengesan lelaki warga Thailand yang dipercayai memberi pistol kepada suspek untuk menembak mangsa dan kesemua suspek kini ditahan di IPD Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun parah selepas terkena tiga das tembakan di rusuk kiri yang dilepaskan oleh seorang lelaki di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab.

BN JANGAN SYOK SENDIRI KEMENANGAN DI T. INTAN - SINDIRAN DARI MACAI UMNO


KEPUTUSAN PRK TELUK INTAN, TOLONGLAH JANGAN SYOK SENDIRI DAN PERASAN LEBIH!!!


Sehari selepas kemenangan Barisan Nasional di PRK Teluk Intan, kita dapat membaca banyak cakap-cakap dan kenyataan-kenyataan syok sendiri sambil memuji-muji kehebatan sendiri. Malah ada yang sudah pun melanggar 'sempadan' apabila menyatakan DAP sudah sampai masa untuk dibungkuskan dengan kemenangan tipis 238 undi di PRK Teluk Intan. Kemenangan Mah Siew Keong dilukiskan sebagai seekor garuda besar yang menyerang perkampungan DAP dan menghancur leburkan perkampungan tersebut.

Dan yang paling menarik ialah apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji-muji Pemuda UMNO yang gerak kerja mereka kononnya telah membantu kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan.

Ini adalah hakikat yang sering berlaku. Apabila menang, semuanya mendabik dada dan semuanya mengaku, merekalah yang menjadi faktor kemenangan. Tetapi apabila kalah, yang terang-terang salah mereka pun, boleh dituding kepada orang lain.

PRK Teluk Intan tiada bezanya. Kemenangan Mah Siew Keong bukanlah disebabkan faktor kekuatan UMNO, apatah lagi Barisan Nasional, mahupun kebangkitan GERAKAN. Barisan Nasional menang di Teluk Intan kerana ramai pengundi Cina yang tidak keluar mengundi sepertimana yang berlaku pada saat-saat akhir dalam PRK Kajang tempoh hari. Barisan Nasional menang di Teluk Intan kerana masyarakat India marah dengan DAP yang telah MEMPARIAHKAN mereka dari zaman Manogaran, kaum mereka sendiri menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan mewakili DAP, mahupun Seah Leong Peng yang menggantikan Manogaran dan kemudian meninggal dunia kerana kanser.

Bagi mereka yang berada di lapangan, pasti menepuk dahi apabila membaca kenyataan-kenyataan besar diri seperti yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin dan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional yang lain. Masalah Barisan Nasional dan UMNO di Teluk Intan adalah masalah yang sama di mana-mana.

Paling ketara ialah apabila Barisan Nasional gagal mengeluarkan sebahagian besar pengundi-pengundi putih mereka untuk memberikan undi kepada calon sendiri. Walaupun kempen menerusi ceramah dilihat berjaya menerusi pendekatan 'in personal touch' namun kesimpulan kerja seterusnya amat menyedihkan.

 Di sebalik berjayanya kempen-kempen secara mikro dengan sasaran paling tinggi hadirin adalah seramai 300 orang berbanding DAP yang bermegah-megah dengan ceramah mega, namun ceramah setakat berhenti pada ceramah. Hasil daripada ceramah tersebut tidak dapat dijelmakan dengan menarik keluar pengundi-pengundi untuk berbaris di pusat-pusat pengundian dan kemudian memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Barisan Nasional.

Beberapa masalah lain, termasuklah sabotaj turut dikesan sepanjang PRK Teluk Intan. Ia seperti mengulang semula apa yang berlaku dalam PRK Kajang di Teluk Intan apabila peruntukan sekali lagi menjadi punca untuk dijadikan bahan ugutan.

Terlalu banyak sebenarnya masalah yang berlaku di Teluk Intan. Dan mujurlah DAP turut bermasalah dan berpecah. Kalau tidak, memang berat untuk Barisan Nasional merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP. Dan perpecahan DAP pula bukannya disebabkan gerak kerja bersepadu daripada Barisan Nasional, sebaliknya kerana masalah lama yang membabitkan perebutan pengaruh di kalangan warlord-warlord DAP Perak khususnya Ngeh-Nga dan Kulasegaran selain Lim anak beranak.

Jangan kerana terlalu syok sendiri dan perasan berlebihan, masalah sebenar di dalam Barisan Nasional, tidak diatasi dan dipulihkan. Jangan kerana terlalu perasan dengan kemenangan tipis yang disebabkan faktor-faktor yang diwujudkan bukan oleh Barisan Nasional, menjadi tolok dan kayu pengukur kononnya UMNO dan Barisan Nasional sudah kembali pulih dan disokong oleh orang Cina.

Sebabnya mudah, kemerosotan jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi, tidak juga mengurangkan sokongan kepada DAP, sebaliknya jumlah PDM yang menang bagi DAP, masih juga sama walaupun pada masa yang sama, 5 PDM yang sebelum ini dimenangi oleh DAP dengan kemenangan tipis, berjaya dimenangi oleh BN.

Bayangkanlah kalau jumlah pengundi Cina tetap sama seperti semasa PRU-13... Barangkali sekarang ini para pemimpin Barisan Nasional yang sedang asyik-masyuk dan mabuk kepayang, sedang sibuk mencari jalan hendak menyalahkan orang lain!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...