12 Mei 2014

MAS BAKAL GULUNG TIKAR, GLC ZAMAN NAJIB KIAN PARAH


Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan


Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online, sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.

Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. -12/5/14

PRK BUKIT GELUGOR, TIADA CALON DARI BN - SEKITAR PENAMAAN CALON

PRK Bukit Gelugor saksikan saingan empat penjuru



Barisan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor (dari kiri) Cheng Guan, Mohamed Nabi Bux, Ramkarpal Singh dan Abu Backer Sidek

GEORGETOWN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Pegawai Pengurus PRKecil Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan bahawa Ramkarpal Singh, 38, sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan, 53, mewakili parti itu manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, sebagai calon Bebas.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek simbol kuda.

BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding.
Pengumuman itu dibuat pada 10.15 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini.

Terdahulu, Cheng Guan menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 9.01 pagi, manakala Mohamed Nabi Bux berbuat demikian pada pukul 9.02 pagi diikuti Ramkarpal Singh pada pukul 9.13 pagi dan Abu Backer Sidek pada pukul 9.41 pagi.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pada PRU13 lalu, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor .



Calon-calon berkumpul di Dewan Sri Pinang, sekitar Light Street, Pulau Pinang.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pilihan raya umum lalu, tokoh DAP itu menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Setakat ini, lima individu menunjukkan minat bertanding, termasuk anak Karpal, Ramkarpal daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malasia (PCM) Huan Cheng Guan.

Manakala di pihak bebas pula Mohamed Nabi Bux, Yacoob Mohd Noor dan Abdul Bakar Sidek.

MCA tidak akan bertanding. Bagaimanapun, Pengerusi BN membayangkan akan terdapat calon mesra BN.

Siapakah calon misteri itu?




Pautan kekal imej terbenam
LAPORAN LANGSUNG

9.10am: Dewan Sri Pinang – Calon bebas Mohamed Nabi Bux dan Huan Cheng Guan daripada PCM memasuki pusat penamaan calon bagi menghantar borang masing-masing.


Mohamed Nabi Bux ditemani bekas pemimpin parti KITA yang juga pernah aktif bersama PKR sebelum ini, Zamil Ibrahim.

“Saya datang untuk sokong mana-mana calon yang bukan daripada DAP,” kata Zamil.

Mohamed Nabi Bux sebelum itu diiringi kira-kira 100 penyokong yang hadir bersama kain rentang prohudud (atas) yang mahu hukuman itu dijalankan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

8:50am: Esplanade – Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan, termasuk Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail (PKR) bergerak ke Dewan Seri Pinang.

Mereka diiringi paluan kompang dan gendang Cina.

8.40am: Huan dari PCM tiba bersama kira-kira 30 orang penyokongnya (bawah).


Lima minit sebelum itu, Ramkarpal tiba dengan kereta pacuan empat roda, diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan saudaranya Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh.

Mereka akan berkumpul ke pusat penamaan dengan kira-kira 500 penyokong.

8:15am: Speaker's Corner – Penyokong Pakatan mula berkumpul. Antara kelihatan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (bawah, berkipas), timbalannya Azmin Ali dan pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa.

Kuil Goddess of Mercy, Pitt Street – Huan berdoa untuk sebuah pilihan raya yang aman.

“Saya juga berdoa supaya tidak hilang deposit,” katanya berseloroh.


Ditanya sama ada beliau akan menjadi calon mesra BN, beliau membalas dengan berkata setiausaha agung DAP lebih mesra dengan parti itu berbanding dirinya.

“Lim Guan Eng lebih mesra BN daripada saya, ambil gambar selfie dan berpeluk dengan pemimpin BN,” katanya.

8.10am: Dewan Sri Pinang – Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan memeriksa persediaan untuk proses penamaan calon.

Beliau sempat tunjukkan sekeping kertas dengan pilihan logo-logo berbeza kepada media.

“Saya tunjukkan ini kerana mungkin akan ada banyak calon bebas,” katanya.

7.30am: Cuaca cerah pagi ini dijangka lebih melicinkan proses penamaan calon.

11 Mei 2014

HABIS JAHANAM KALAU TS KHALID BERI RASUAH.....

Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN. Aduan & tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa KEADILAN ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan. ‪#‎SidangMedia‬


Khalid Ibrahim Amal Rasuah Untuk Dapat Undi Kata Calon PKR.

RM30 dan RM20 = RM50 secara total bagi pemilih yang layak.



Ada bukti video. Akan disebarkan tak berapa lama lagi.

Pula dahhhhhhhh..

Aku cadangkan ;

1. Sila report kepada SPRM.

2. Buat laporan polis juga.

3. Bukti berkenaan beri kepada JPP.

4. Sebarkan di internet.

Jangan sembang kencang aje cakap ada bukti. Nak dedahkan apa bagai konon. Satgi kita semua tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu last2 hanya dapat KRIK KRIK KRIK KRIK KRIK KRIK KRIKKK..

Boring weyyyy

Kalau nak tahu, imej Khalid Ibrahim bersih dari segala unsur2 rasuah. Segala dakwaan ataupun tuduhan yang membabitkan salah laku Khalid Ibrahim hanya akan dipandang sebagai ;

1. Serangan dari kem Azmin Ali untuk memburukkan imej Khalid Ibrahim.

2. Serangan dari kem Saifuddin yang mana baru2 ini tercetus kontroversi yang mengatakan kumpulan ini telah mendesak Khalid Ibrahim agar tarik diri dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR.

So, kalau betul ada bukti. Jangan simpan2. Jangan ugut2. Jangan sembang kencang. Jangan cakap banyak. Jangan setakat pongpang depan media. Bak mai sini aku dan semua orang nak tengok.

Dan sudah tentu, penyokong2 Khalid Ibrahim tidak dapat lari dari memikirkan bahawa jangan2 ada sesiapa berlakon sebagai wakil kepada Khalid Ibrahim untuk merasuah.. habisla PKR. Baru pemilihan dah bergaduh bagai. Itu baru dapat negeri je pula tue. Belum lagi pegang PUTRAJAYA.

HABIS JAHANAM.

KAH KAH KAH

Baca ;


KUALA SELANGOR: Seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai politik wang di Jeram membabitkan pesaingnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

S Manikavasagam berkata, beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi.
Beliau berkata, pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.

"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya kepada pemberita di tempat pengundian di Bestari Jaya di sini, hari ini.

Manikavasagam, yang merupakan penyelaras kawasan negeri Bukit Melawati, juga menggesa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera terhadap dakwaan wujudnya amalan politik wang itu kerana ia boleh mencemarkan imej PKR.

Manikavasagam berkata, beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Khalid bagi jawatan itu.

- BERNAMA

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/05/khalid-ibrahim-amal-rasuah-untuk-dapat.html#ixzz31ORNGFhm

AZMIN TEWAS DI LEMBAH KELANG, UNDI SELANGOR JADI PENENTU !!


Pemilihan PKR: Abdul Khalid ungguli KL, Putrajaya dan NS, undi Selangor penentu

Pautan kekal imej terbenam
Ribuan di pusat pengundian selayang tp pusat mengundi masih belum dibuka 11pg, 11 MEI

SHAH ALAM 11 MEI: Minggu ke-3 Pemilihan PKR 2014 menyaksikan calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setakat ini memperolehi undi tidak rasmi di Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Negeri Sembilan sebanyak 934 undi mengatasi saingannya, Datuk Saifuddin Nasution (551) dan penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali (544).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Abdul Khalid turut menang di semua cabang di Kuala Lumpur dan Putra Jaya kecuali Lembah Pantai dan Batu yang dimenangi Saifuddin.

Faktor kemenangan Saifuddin di dua cabang itu dipercayai disebabkan cabang-cabang itu merupakan kubu kepada Tian Chua dan Nurul Izzah yang merupakan rakan sepasukkan Saifuddin dalam regu ‘Masa Depan Bersama’.

Keputusan tidak rasmi di Lembah Pantai menyaksikan Saifuddin memperolehi 304 undi diikuti Abdul Khalid (72 undi) dan penyandang jawatan, Mohammed Azmin Ali (36 undi).

Manakala di Batu pula menyaksikan Saifuddin memperolehi 150 undi, Abdul Khalid (90 undi) dan Azmin (37 undi).

Cabang-cabang yang dikuasai Abdul Khalid pula, Bandar Tun Razak dengan memperolehui 118 undian, Azmin (28) dan Saifuddin (8).

Cabang lain yang turut dimenangi Abdul Khalid, Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju, Seputeh dan Putra Jaya.

Manakala Azmin sehingga kini masih belum menang mana-mana cabang di Lembah Klang.

Kutipan undi terkumpul tidak rasmi bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat ini, Saifuddin mendahului dengan 524 undi, diikuti Abdul Khalid (471) dan Azmin 131.

Mengikut Perlembagaan PKR, pengiraan undi dikira berdasarkan satu ahli, satu undi, bukan berdasarkan jumlah cabang yang dimenangi.

Di Selangor, Abdul Khalid mempunyai reputasi cemerlang sebagai pentadbir di kalangan rakyat dan ahli akar umbi PKR negeri itu.

Sementara itu di Negeri Sembilan, Azmin dan Abdul Khalid bersaing rapat dengan Azmin menang di tiga cabang dan Abdul Khalid dua cabang.

Azmin beroleh kemenangan di Teluk Kemang, Tampin dan Jempol, manakala Abdul Khalid menguasai di Seremban dan Rembau.

Jumlah undi terkumpul tidak rasmi bagi Negeri Sembilan setakat berita ini ditulis, Abdul Khalid mengatasi Azmin dengan Abdul Khalid, 463 undi, Azmin (413) dan Saifuddin (27).

Bagaimanapun sekiranya jumlah undi tidak rasmi ini diambil kira dijangka masih belum mengatasi jumlah keseluruhan undi yang diperolehi Azmin.

POLIS TERPAKSA MOHON MAAF KEPADA PENUNJUK PERASAAN - ELAK TUDUHAN MEMBUNUH

?กปปส.รุกปิดล้อม สตช.?

?ศอ.รส. ขอขมา 'หลวงปู่ฯ' เหตุยิงแก๊สน้ำตา?

Pemprotes anti-kerajaan menunggu pihak polis meminta maaf kerana melepaskan gas pemedih mata sebelum ini di kawasan polis yang menempatkan kumpulan keselamatan kerajaan, utara Bangkok semalam. 

Polis mohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan

Penyokong anti-kerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka semalam dan sejurus kemudian menerima permohonan maaf.

Langkah pantas polis itu berjaya mengelakkan konflik keganasan daripada menjadi bertambah buruk.

Di pinggir ibu negara, lebih 50,000 penyokong pro-kerajaan berkumpul dalam usaha mendapatkan sokongan lebih besar berikutan penyingkiran bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.


Buddha Issara, seorang sami kanan yang juga ketua protes anti-kerajaan membawa penyokongnya ke pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman (CAPO).

Beliau ke balai polis itu pada sebelah pagi untuk memfail tuduhan bunuh terhadap polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap pemprotes di hadapan pejabat CAPO semalam mengakibatkan enam cedera.

"Kami ke sini hari ini kerana mahu kamu (polis) meminta maaf kepada kami kerana melepas gas pemedih mata.

"Jika anda datang dan minta maaf pada kami, kami akan tarik balik semua tuduhan," katanya kepada polis.

Akhirnya, seorang wakil polis muncul dan memohon maaf.



?ศอ.รส. ขอขมา 'หลวงปู่ฯ' เหตุยิงแก๊สน้ำตา?

Pemprotes yang berkumpul di hadapan pejabat CAPO sejak tengah hari bersurai empat jam kemudian.

Semasa protes itu, kumpulan berkenaan menghalang trafik ke dan dari Lapangan Terbang Don Muang, hingga melumpuhkan lalu lintas dan menjejas orang ramai yang melakukan perjalanan.

Sementara itu, di Aksa Road di pinggir ibu negara, penyokong baju merah pro-kerajaan mula berkumpul dengan membawa fasiliti dan bekalan untuk para penyokong yang mengadakan tunjuk perasaan dijadualkan berlangsung beberapa hari.

Lautan manusia berjumlah kira-kira 50,000 tengah hari ini mendengar ucapan para pemimpin mereka yang mengutuk Suthep Thaugsuban, pemimpin kumpulan anti-kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC). – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...