25 Februari 2014

BETUL KE BERITA NIE...MUSIM PRK SELALUNYA AHLI PKR KELUAR PARTI INI AHLI UMNO MASUK PKR !!!

174 individu serah borang jadi ahli PKR



Majlis penyerahan borang keahlian PKR pada perasmian Pejabat PKR Cabang Maran. di sini.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.

Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

“Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

“Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

“Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?,” katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

“Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

“Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

“Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah,” katanya.

PANAS! UNTUNGNYA RAKYAT SABAH -RANCANGAN MAKAN TAMBAHAN KPM BERLAUK TARAF HOTEL 5 * !!!


TAK ADIL KALAU TAK PUJI KERAJAAN .....BN PERHATIN BAGI BR1M....PAKATAN APA ADA HANYA JANJI DICAPATI?

Selamat pagi. Nilaikan sendiri.

Ni program RMT (Rancangan makanan tambahan)

Untk murid sekolah yang tak berkemampuan. Berlaku di Sabah. Nasi ngan half sosej.

Apa kederat nak sihat kalau begini yang disajikan pada murid sekolah?

Dapat gmbr ni dari page Suara 1 Sabah.

Sabah anaktiri tapi masih puja Barang Naik.

#SarapanNasiLaukSosej?

24 Februari 2014

HARGA BERAS DUNIA MERUDUM, BERNAS & KERAJAAN PERLU TURUNKAN HARGA BERAS SEGERA!!!



Harga beras wajar turun


Gooi Hsiao Leung

ALOR SETAR - Harga runcit beras di pasaran wajar diturunkan bagi membantu meringankan beban rakyat memandangkan harga beras di pasaran antarabangsa mengalami penurunan ketara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, berdasarkan laporan agensi berita Reuters 19 Februari lalu, berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi kerajaan Thailand, akhir bulan ini.

“Bawah skim subsidi padi Thailand, petani dibayar sebanyak 15,000 baht bagi setiap tan. Apabila skim subsidi ini dihapuskan, petani dijangka terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8,000 hingga 9,000 baht iaitu 47 peratus lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, petani Thailand juga terpaksa menjual padi pada harga rendah kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga kembali pulih.

“Pengeksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5 peratus daripada USD375/tan (RM1,238/tan) kepada USD350/tan (RM1,155/tan), harga terendah dalam tempoh tujuh tahun,” katanya.

Hsiao Leung berkata, pada masa sama India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi.

“Saya yakin Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang lebih murah. Saya juga meramalkan keuntungan Bernas akan meningkat 40 peratus kepada RM165 juta berikutan penurunan harga beras antarabangsa, akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya harga beras di pasaran tempatan tetap kekal pada paras lama, Bernas beroleh keuntungan besar yang akan memanfaatkan pemiliknya, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.


“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam sidang Parlimen awal Mac ini, agar rakyat dapat memanfaatkan penurunan harga ini. Rakyat juga berhak mendapat harga istimewa ini, bukan hanya pengimport beras,” katanya.

Hsiao Leung berkata, walaupun harga runcit beras berbeza mengikut gred ditetapkan, namun jika pengimport memperoleh harga rendah dan dapat mengurangkan kos, pembeli juga wajar memperoleh manfaat itu.

“Saya harap kerajaan ambil perhatian perkara ini. Jika harga barangan lain dinaikkan, apa salahnya harga beras diturunkan,” katanya.

PANAS! PENERIMA BR1M DIROMPAK & DIBUNUH - MALAYSIA NEGARA AMAN?

Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah

Malang sekali mungkin ajal sudah sampai, pokoknya jenayah begitu teruk walaupun ditempat awam....



Penerima BR1M maut ditikam

Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.

Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.

Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.

Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.

Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.

Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.

Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Tikaman kena jantung

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.

Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.

Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.

Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.

Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.

23 Februari 2014

SYABAS GAGAL URUS AIR CUBAAN UNTUK BANGKITKAN KEMARAHAN PENDUDUK PADA KERAJAAN PR GAGAL


Gangguan Bekalan Air Di Balakong, Selangor
Cubaan utk bangkitkan kemarahan penduduk pada kjaan PR Selangor.. gagal.. kerana penduduk Selangor tahu siapa punya angkara....


Rafizi: Syabas, Puncak Niaga wajar belanja wang selesai masalah air, bukan saman

 Syarikat pengurusan air di Selangor (Syabas) dinasihatkan agar menukar sistem penapisan di semua loji yang gagal berfungsi dengan baik daripada menggunakan wang guamannya menyaman pengkritiknya.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Syabas dan Puncak Niaga (serta pemiliknya) nampak dangkal apabila sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti beliau.

Katanya beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak difikirkan tidak meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan nombor satu dalam memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk.
“Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu berkepentingan awam.

“Cuma SYABAS dan Puncak Niaga sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media.

Syabas bertindak mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan Rafizi pada Isnin lepas mengenai masalah bekalan air yang terganggu melibatkan lebih 100,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Mengulas tindakan saman itu, Rafizi berkata sudah menjadi kebiasaan Syabas atau Puncak Niaga mengambil pendekatan saman setiap kali ada kritikan mengenai prestasinya sebagai syarikat yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengetengah rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

“Ini termasuklah, mengumpul tanda tangan bantahan, membawa kes kegagalan Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, membawa isu untuk dibahaskan di Parlimen.

“Termasuk juga mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya menyediakan bekalan air kecemasan apabila berlaku gangguan dan berbincang dengan kakitangan Syabas sendiri untuk membantu penduduk,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rafizi, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya terus mengkritik prestasi Syabas kerana kelemahan perancangan dan operasinya.

Dalam gangguan terbaru, kata Rafizi, beliau tidak dapat menerima alasan bahawa dua loji iaitu Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di dua loji itu.

Sedangkan sekiranya loji berkenaan dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Melalui semakan awam, beliau mendapati bahawa kedua-dua loji hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 mg/liter.

Pada masa yang sama, sisa air rawatan daripada sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

Ini bermakna pengendali loji penapisan air seperti Puncak Niaga sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutama apabila musim panas kerana kekurangan hujan.

Dalam keadaan ramalan cuaca boleh dirujuk, pengendali LPA seperti Puncak Niaga sepatutnya boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

“Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini di pihak Puncak Niaga (dan Syabas kerana kedua-duanya dikawal oleh kepentingan yang sama) untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar semua LPA ini boleh mengambil air sungai berkandungan ammonia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter kerana perkara ini boleh dibuat,” tanya Rafizi.

Beliau difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis (filtering system) yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang.

“Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?” soal Rafizi.

“Sebab itu saya mengkritik kelemahan perancangan Syabas dan Puncak Niaga yang tidak menduga lebih awal keperluan menggantikan sistem penapis kepada Sodium Aluminosilicate yang jika dibuat lebih awal dapat mengelakkan masalah bekalan air sekarang,” katanya.

Katanya, tindakan jangka pendek iaitu menggunakan kolam-kolam air berdekatan dengan hilir Sungai Langat untuk mencairkan air sungai yang digunakan oleh LPA Bukit Tampoi perlulah dilaksanakan segera kerana kosnya hanyalah sekitar RM360,000 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...