13 Januari 2014

MUFTI PERAK LEBIH PEKAK DARI FIRAUN



Penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.




PUTRAJAYA: Rakyat perlu membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus bertindak menaikkan harga barang kerana belum masanya untuk mereka membantah.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat, tidak ada keperluan untuk melawan isu kenaikan harga barang pada waktu ini sebaliknya perlu mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sehingga tiba pilihan raya.

“Bagi saya biarkan harga barang naik sampai rakyat benci kepada kerajaan.

“Buat masa sekarang ini takkan selesaikan masalah kerana penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.

“Potong gaji pegawai kerajan tapi kos beli jet lebih mahal dari gaji yang dia potong,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Beliau bimbang jika tiba musim piihan raya kerajaan akan bertindak mengumumkan penurunan beberapa harga barangan atas alasan ‘prihatin’ dan rakyat dengan mudah akan melupakan kesan beban yang ditanggung sebelum itu.

“Kena fikir secara ‘reverse psychology’. Kalau BN nak naikkan harga barang saya alu-alukan walaupun saya sedih bagi pihak rakyat tapi dari segi pendekatan ini jalan untuk kita beri kesedaran kepada rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Salor itu turut membidas tindakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang disifatkannya lebih pekak dari Firaun kerana melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember sebagai penderhaka dan ‘bughah’.


“Himpunan itu nak bagi kerajaan dengar suara rakyat bukan nak tumbangkan kerajaan.

“Adakah kerajaan terlalu lemah sehingga boleh ditumbangkan dengan hanya himpunan secara aman,” soalnya.

Katanya, kenyataan itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan mencalarkan kehormatan institusi mufti kerana terlalu tunduk dengan arahan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati Harussani supaya turut berani menegur pemimpin yang menyeleweng dan menegakkan kebenaran terhadap pemerintah.

PANAS ! BALA BANJIR BESAR DI KEMAMAN KERANA PAS....ROBIN HOOD DIMINTA BERTAUBAT

Hanafiah minta Ahmad Said bertaubat

Kenapa ketika PAS dan PKR menang pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?





KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat (gambar) minta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di sini semalam.

Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.


Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?

Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba’ ayat 16.

Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.

Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah.


Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja.

“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu,” kata mereka.

Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.

“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

PANAS! TIMBALAN MENTERI NAJIB DIGASAK PEMUDA UMNO...APA PUNCANYA....

 Pemuda UMNO tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran..

TIMBALAAN Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ni beritanya...

Free Malaysia Today


Samsengnya dia.. ha..ha..ha.. masa kempen pemimpin Pakatan Rakyat jadi sasaran.. sekarang pemimpin sendiri pulak jadi mangsa..

12 Januari 2014

TS KHALID DIIKTIRAF IKON REFORMASI SELANGOR


MB: Kerajaan PR komited laksana reformasi pentadbiran


Oleh: Lizawati Madfa

PETALING JAYA 12 JAN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin bahawa visinya untuk mereformasikan budaya pentadbiran selaras dengan kehendak rakyat.

Abdul Khalid berkata, sejak berlakunya tsunami politik Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terus bekerja keras bagi membuktikan kerajaan baru yang dipilih rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).


Atas dasar itu, katanya, pelbagai program kebajikan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat yang sebelum ini diabaikan termasuk pemulihan projek perumahan terbengkalai seperti di Bukit Botak, Selayang.

“PR dipilih rakyat atas dasar reformasi yang dibawanya untuk mengamalkan sistem pentadbiran lebih telus, berintegriti, adil dan bebas daripada amalan rasuah.

“Namun rakyat kini bukan mahu dengar sahaja, mereka mahu lihat reformasi itu dizahirkan dan itulah yang kita lakukan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Ulang Tahun ke 53 Rotary Club Petaling Jaya (RCPJ) yang diadakan di Hotel Empire di sini, malam tadi.

Terdahulu, Abdul Khalid menerima dua anugerah khas RCPJ iaitu President’s Award for Humanitarian Service dan Paul Harris Fellow.

Presiden RCPJ, Kapten H.S Dharan, berkata pemilihan Menteri Besar dibuat berdasarkan kejayaannya menjadi ikon reformasi di Selangor.

“Menteri Besar membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang mampu melakukan perubahan reformasi, evolusi dan inovasi dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat kepada tahap lebih baik.

“Bukan sahaja negeri semakin maju malah rakyat juga tidak dipinggirkan dalam arus kemajuan,” kata Dharan dalam ucapannya.

Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut serta anggota Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah Alwi.

Isu kalimah Allah agenda politik BN

Isu kalimah Allah agenda politik - Aziz Bari



KUALA LUMPUR - Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.

"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.

"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Beliau yang turut mempertikaikan pandangan sesetengah pihak mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian.

Katanya, masyarakat Islam merupakan golongan majoriti di negara ini dan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu yang mustahil jika golongan Kristian yang minoriti mampu mengancam keamanan negara ini.

"Wujud ancaman, saya tidak nampak langsung ancaman kepada umat Islam di negara ini. Kita berada dalam kelompok majoriti dan bagaimana golongan minoriti dapat mengancam kita.

"Semua kenyataan tersebut tidak boleh diterima akal, negara mempunyai undang-undang dan kita berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi, jadi bagaimana Kristian boleh timbulkan ancaman.

"Saya tegaskan Perlembagaan yang ada tidak pernah gagal dalam pelaksanaannya, tetapi yang gagal adalah kita yang tidak dapat memahami roh dalam Perlembagaan tersebut termasuk juga gagalnya kita memahami apa Islam sebenarnya," sambung beliau.

Menurut beliau, isu yang telah ditimbulkan ini telah memberikan publisiti negatif kepada negara di peringkat antarabangsa kerana gagal mewujudkan suasana hormat menghormati antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Malah jelasnya lagi, isu tersebut sengaja disebarkan bagi tujuan keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.

"Negara ini telah mendapat publisiti negatif secara percuma kerana kita gagal mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara pelbagai kaum dan agama.

"Agenda ini hanya untuk keuntungan kepada pihak tertentu sahaja, yang bertujuan untuk kepentingan politik serta mengalihkan isu yang lebih penting seperti bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.

"Sebelum ini isu 13 Mei dihangatkan bagi menakutkan orang Melayu terhadap kaum Cina, kemudiaan Syiah pula diperluaskan dengan menuju kepada pimpinan PAS sebagai menarik undi Melayu dan sekarang cuba menakutkan Melayu dengan Kristian, jadi agenda-agenda sedemikian kita perlu berhati-hati agar tidak termasuk dalam perangkap," jelasnya.

Beliau yang meminta agar semua pihak membuat tindakan susulan untuk merungkaikan kekeliruan dan salah faham yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

"Isu seperti ini memang diberi perhatian oleh masyarakat Melayu dan saya berharap usaha yang bersungguh-sungguh perlu dibuatkan bagi memberi penjelasan kepada orang Melayu agar mereka lebih faham dan tidak termakan dengan komen atau pandangan sempit serta negatif yang tidak selaras dengan masyarakat majmuk negara ini.

"Sebagai umat Islam yang sepatutnya menegakkan yang makruf dan menegahkan yang mungkar, sepatutnya mereka perlu hayati konsep Islam itu yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum ini untuk kesejahteraan seluruh masyarakat dunia dan bukan untuk golongan tertentu sahaja," sambung beliau.

Beliau yang pada masa yang sama turut memberitahu apa yang diperkatakan bukan bermaksud menentang keputusan istana tetapi bagi meredakan kekeliruan yang wujud dalam masyarakat negara ini terutamanya golongan Melayu.

Turut menjadi panel pada wacana semalam adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (MECF), Eugene Yapp. - Harakahdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...