07 Januari 2014

TRANFORMASI ! KERAJAAN TAMBAH PERMIT JUDI UNTUK TAMBAH DANA KERAJAAN..



APA PERLUNYA SEBUAH NEGARA ISLAM UNTUK MENAMBAH AKTIVITI PERJUDIAN...HANYA KERANA TERDESAK ATAU TIADA CARA LAIN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA.....

Beliau berkata, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Seremban itu turut mendedahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan 22 permit perjudian cabutan khas kepada tiga syarikat nombor ramalan iaitu Magnum, Damacai dan Sports Toto.

"Ia melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014 bermakna terdapat pertambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia pada tahun ini sahaja.

"Ini tidak termasuk hari cabutan tetap pada Rabu, Sabtu dan Ahad setiap minggu. Kalau dijumlahkan sepanjang 2014, jumlah perjudian cabutan nombor ekor ialah 178 hari," katanya.

Loke mempersoalkan pertambahan permit itu sebagai salah satu langkah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menambahkan hasil cukai negara.

Katanya, tahun demi tahun permit cabutan khas ini ditambah walaupun telah dibantah berkali-kali oleh beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat.

"Saya tetap membantah pertambahan permit cabutan khas sebanyak 23 hari pada tahun ini kerana tiga kali cabutan setiap minggu pada ketika ini sudah amat keterlaluan dan sepatutnya dikurangkan.

"Adakah kerajaan BN sudah ketandusan idea untuk memperkukuhkan ekonomi negara sehingga menggalakkan rakyat lebih banyak berjudi supaya dapat mengutip lebih banyak cukai perjudian?" katanya.

Beliau berkata tiada rasional kerajaan meluluskan lebih banyak permit perjudian kerana jumlah kutipan cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 berjumlah RM70.8 juta.

Katanya, berdasarkan jumlah itu, anggaran cukai pertaruhan pada tahun ini akan mencecah RM150 juta dan ia tidak harus dilihat sebagai peningkatan hasil sebaliknya lebih banyak wang rakyat akan mengalir ke kancah perjudian.

"Masalah sosial seperti peningkatan kes hutang Ah Long dan kesan buruknya amat besar kepada masyarakat kita. Secara puratanya, kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan.

"Najib perlu membuat pindaan terhadap tatacara kewangan kerajaan dengan mengasingkan semua hasil cukai perjudian dam satu akaun khas dan menyalurkan hasil tersebut untuk perbelanjaan tertentu sahaja," katanya.

Loke berkata sebahagian negara luar telah mengasingkan hasil cukai perjudian malah terdapat negara yang menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengurus cukai perjudian.

Katanya, dengan pelaksanaan itu, ia seakan serampang dua mata iaitu memelihara kepentingan umat Islam serta menyelesaikan masalah perjudian haram dalam negara.

"Lebih banyak cabutan khas, menggalakkan lebih banyak perjudian. Hari bekerja tidak perlu ada cabutan. Biar Sabtu dan Ahad sahaja. Tidak perlu pada hari bekerja," katanya.

GEMPAK ! MERC S300 KBV 8 ...MASIH JADI TANDA TANYA ? ADAKAH UJUD ATAU HANYA FITNAH....


MENURUT SUMBER KERETA INI DILARIKAN KE KUALA LUMPUR???



Helmi Khalid
Merc s320 Kbv8 yg di daftar pd 5 april 2006 skrg didftar dgn no KDQ 9900 slps proses retention dgn merc s300 yg baru..KDQ 9900 ada di wisma d.aman manakala KBV 8 telah dibawa ke KL mlm td


SUMBER BERITA


INI PENJELASAN  DARI :

MB Kedah jawab isu Mercedes Benz

Mukhriz menunjukkan kereta rasmi KCX8 yang digunakan.

ALOR SETAR - Kereta Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV 8 yang menjadi kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, kini menjadi bualan ramai, gara-gara dakwaan beberapa laman sosial dan blog pro pembangkang bahawa kereta itu bertukar ‘wajah’ namun menggunakan nombor plat sama.

Berdasarkan dakwaan itu, kerajaan negeri dikatakan membeli Mercedes Benz S300 sekitar penghujung tahun lalu, namun menggunakan plat lama, KBV 8 pada kereta baharu berikutan nombor plat itu didaftarkan bawah kerajaan negeri sebagai kereta rasmi Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, kereta yang dimaksudkan itu tidak kelihatan di pekarangan Wisma Darul Aman, dan difahamkan berada di sebuah bengkel kereta bagi tujuan pemeriksaan.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, bagaimanapun menafikan membuat pembelian kereta baharu bagi kegunaan rasmi menteri besar.

“Tidak ada kereta baharu dibeli, kereta yang saya gunakan dibeli ketika zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar. Saya guna kereta sama yang digunakan Allahyarham, iaitu Mercedes Benz S350, nombor plat KCX8,” katanya, kepada media, sejurus selesai majlis perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, Mercedes Benz S320 bernombor plat KBV8 yang dibeli pada tahun 2006 oleh menteri besar sebelum itu, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid masih digunakan sehingga kini.

“Kereta itu masih digunakan tetapi kereta itu sudah lama, namun kita tidak membeli kereta baharu untuk kegunaan rasmi,” katanya.

Mengulas dakwaan pembelian kereta Mercedes Benz S300 yang dikatakan berlaku beberapa bulan lalu, Mukhriz menegaskan, ia tidak berlaku seperti heboh diperkatakan.

“Kereta Mercedes Benz S300 yang saya gunakan di Kuala Lumpur untuk urusan rasmi adalah milik saya, bukan kerajaan negeri. Saya gunakan kereta peribadi untuk kurangkan beban kewangan kerajaan negeri, cuma diletakkan plat tertulis menteri besar bagi memudahkan urusan terutama jika memasuki perkarangan Istana,” katanya.

Mukhriz turut memperjelaskan kereta miliknya itu dibeli dua tahun lalu.

“Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikecam kerana beli kereta baharu, sekarang nampaknya ada pihak cuba alihkan perhatian supaya isu itu dilupakan, dan tumpu pada saya pula. Mungkin pembangkang tidak ada isu untuk diketengahkan dan kaitkan isu peribadi seperti ini yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak terkejut sekiranya isu pembelian kereta rasmi akan dibawa hingga ke parlimen kerana pembangkang mahu menegakkan kebenaran, sedangkan parlimen adalah sebuah dewan yang mulia untuk menggubal undang-undang.

“Banyak lagi hal penting perlu diberi tumpuan, bukan hal remeh seperti ini,” katanya.

Pada September 2011, Allahyarham Azizan dikecam apabila membeli KCX 8 sebagai kereta rasmi tambahan milik kerajaan negeri untuk kegunaan kenamaan, manakala Allahyarham selesa menggunakan Mercedes Benz KBV 8, yang diwarisi daripada Mahdzir.

KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011 manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. ~ SINAR HARIAN

PESERTA PROGRAM " WALK FOR MALAYSIA" DIPUKUL SAMPAI KOMA



Pakcik Yang Bernazar Dari Besut Ke Putrajaya Dipukul Sampai Koma.

Angkara dipukul objek keras. Dan punca kejadian dikatakan ada kaitan dengan program nazar = Walk For Malaysia, yang dia buat pada tahun lepas 2013 selepas BN berjaya memenangi PRU ke 2013 pada bulan Mei 2013.

Perghhhhhh.

Marah betul orang yang pukul dia tue. Sampai mengamok2 dan mengambil objek keras hantuk kat kepala pakcik tue. Tak pasal2 jadi buruan polis dan jejaskan masa depan sendiri. 

Adakah salah faham tentang pembahagian wang imbuhan?

HOT ! RASUAH DI MALAYSIA DITAHAP KRITIKAL, 60 POLIS KL DISIASAT TERIMA RM10K -RM50K SEBULAN LINDUNGI KEGIATAN JENAYAH...


60 polis KL disiasat dalam ops anti-rasuah terbesar


Aduan yang dibuat oleh anggota polis yang tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam bulan lalu menghasilkan penyiasatan ke atas kira-kira 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri,

 

Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali menyumbang antara RM10,000 dan RM50,000 sebulan kepada anggota polis untuk mengelakkan pusat kegiatan mereka dirampas dan diganggu, katanya.

Pergerakan anggota polis penyangak ini juga sangat tersusun di mana setiap yang terlibat mempunyai kawasan tersendiri untuk mengutip bayaran bulanan.

"Setelah semua yuran dikutip, ia akan diagihkan berdasarkan ahli kanan dan polis berpangkat tertinggi mendapat bahagian terbesar," kata pegawai SPRM itu.

Beliau mendedahkan bahawa anggota polis yang tidak puas hati menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menerima rasuah bulanan sebelum ini dan mereka berada di bawah seorang pegawai polis berpangkat 'Datuk'.

Pegawai polis berpangkat 'Datuk' ini dipindahkan ke urusetia polis di Bukit Aman bagi membolehkan siasatan ke atas aktivitinya selama ini.

Katanya lagi, anggota polis itu mendedahkan lingkaran kegiatan ini apabila dia tidak berpuas hati dengan ganjaran bulanannya.

"Dia mahu lebih dan apabila dia tidak menerimanya, dia mendedahkan kegiatan ini," kata pegawai SPRM itu.

Datuk ini pada mulanya dipanggil oleh SPRM, yang kemudiannya menemui lebih daripada RM6 juta dalam pelbagai akaun.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat 'datuk' itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu.

"Serbuan serentak telah dijalankan di rumah semua suspek. Pemeriksaan latar belakang yang menyeluruh telah dijalankan ke atas setiap anggota polis yang rumahnya diserbu," kata pegawai SPRM itu.

"Akaun bank mereka telah diteliti, termasuk urus niaga di tahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat."

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai jenis hartanah yang dibeli oleh polis ini dengan menggunakan syarikat palsu ini, pegawai itu berkata majoriti hartanah terletak di Lembah Klang dengan nilai berjumlah berpuluh-puluh juta ringgit.
"Anggota polis dari Kuala Lumpur yang dipindahkan ke tempat lain akan terus menerima bahagian mereka daripada rasuah itu untuk memastikan mereka menjaga kepentingan bersama. Bahagian mereka akan dimasukkan ke dalam 'gaji' bulanan dengan baik."

Pegawai itu mendedahkan, SPRM sedang mempersiapkan kes terhadap anggota polis ini dan siasatan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, Bukit Aman dijangka mengumumkan perpindahan besar-besaran anggotanya yang melibatkan pegawai kanan polis. Ianya tidak jelas sama ada berkaitan dengan siasatan ini atau salah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian awam daripada operasi anti-rasuah

06 Januari 2014

KISAH ADIK NUR DAMIA BERTEMU PAKAR MOTIVASI NICK VUJICIC ...DAPAT 181K LIKES & 36K KONGSIAN DI LAMAN FB, BACALAH KISAH DRAMATIK INI...




Masih ingat lagi adik Nur Damia yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang baru mendaftar masuk ke sekolah awal tahun ini? Ini kisah bulan Ogos lepas yang buat ramai orang tersentuh. Selepas 6 tahun ibunya menunggu untuk bertemu penceramah motivasi, Nick Vujicic, akhirnya Allah menemukan mereka untuk mendapatkan suntikan semangat. Itu pun berjumpa selepas mengikuti kenderaan yang membawa Nick Vujicic selepas gagal bertemu Nick di tempat beliau berceramah. Sengaja saya kongsikan cerita ini semula bagi yang belum membaca. Semoga adik Nur Damia beroleh kejayaan yang cemerlang.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Nick Vujicic di laman FB beliau yang mendapat lebih 181,000 likes dan 36,000 perkongsian.


Friends, I have an incredible story to share about a family I met in Kuala Lumpur.

When they heard I would be speaking in Kuala Lumpur, they drove seven hours to come try and meet me, only to arrive and find the speaking event was already filled. After patiently waiting more than 4 hours for us to leave the venue, they managed to track down which van I was in. That in itself was no easy task, as there was quite a bit of commotion exiting the event, and our convoy was made up of three different vans which carry the team and our gear.

They followed behind us, planning on saying hello whenever we reached our destination. When we stopped for fuel, they came running out of their car. Our host, Joshua, saw them coming up to the van and said to me, "Wow, you'll never believe what I'm seeing. There's a family with a girl who has no arms and no legs, and they're coming to see you."

We all immediately recognized that moment as a divine appointment.

Her mother was crying, her father's face face shining with joy. My heart was so drawn to them, even after chatting for just a short while. After a few hugs and kisses, and praying together, I invited them back to our hotel for a meal and some fellowship. There I learned that her nickname is actually Nik, her father is a doctor, and her mother is nurse. Like my own family, they had no idea Nik would be without limbs until she was born. We had a great discussion over dinner, and I look forward to keeping in touch and encouraging them as much as possible in the future.

It's meetings like these that remind me how love can bring together some of the most diverse people. I love that love knows no bounds.

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153195638750573&set=a.10150288127460573.562924.369613900572&type=1&relevant_count=1





Keperluan Nur Damia Dikenal Pasti



HULU TERENGGANU – Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan dalam media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Hari ini, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohd Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Kita lihat ada keperluan untuk mereka cipta meja khas yang boleh diletakkan buku secara menegak agar Nur Damia boleh melukis dan mewarna tanpa perlu berbaring lagi…begitu juga dengan meja makan.

“Apabila penilaian sudah siap, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai bantuan yang akan disalurkan kepada Nur Damia secara berterusan mengikut keperluan semasanya,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi murid itu di sekolahnya hari ini.

Nur Damia, anak ketiga pasangan Dr Daeng Malis Ab Kahar, 43, dan Rosnaini Mohamad, 36, dilahirkan tanpa tangan dan kaki namun menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar di sekolah aliran perdana.

Ibunya, Rosnaini yang merupakan jururawat berkata sepanjang empat hari bersekolah, Damia menunjukkan perkembangan yang semakin positif malah dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

“Setiap hari dia bangun awal pagi dan teruja ke sekolah, guru-guru serta kawan-kawan juga banyak membantu Damia dan ini menaikkan lagi semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya juga bersyukur dengan kemudahan khas yang disediakan pihak sekolah serta keprihatinan banyak pihak untuk membantu Damia agar dia lebih selesa…terima kasih banyak-banyak kepada semua,” katanya yang mengambil cuti enam bulan tanpa gaji untuk membantu pergerakan Damia ke kantin dan tandas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...