13 November 2013

PANAS ! SANDIWARA NOH UDANG TERBONGKAR.....

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti


Rafizi

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.

"Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.

"Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.

"Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja," dakwanya lagi.

Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.

"Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.

"Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud," katanya lagi.


Malam tadi di Pandan, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar dengan bangga dan megah sekali memberitahu satu dunia bahawa, seramai 70 anggota PKR Cabang Pandan dah melompat masuk UMNO.

Dari rakaman gambar yang di sedut dari dinding laman sosial FB Noh Omar sendiri jelas sekali menunjukkan yang masuk lompat pun bukannya pemimpin kanan PKR Cabang Pandan tetapi sekadar budak suruhan atau lebih tepat macai jer yang bernama Aziz .. dan jumlahnya pun bukannya 70 orang tetapi dia seorang saja.

GEMPAK ! BUAYA BESAR TAK MAKAN RASUAH TAPI MAKAN ORANG ( VIDEO INSIDE )


His name is Brutus. And this massive 16.5 foot, or 5.5 meter, giant one armed crocodile is who people hope to see when they take one of the popular jumping crocodile tours on the Adelaide river in 




Buaya besar makan orang tapi tidak makan rasuah......


12 November 2013

THE STAR MENGHINA YANG DIPERTUAN AGUNG... APA MCA MAU LAGI?


PAS anggap akhbar hina Agong isu Ibrahim Libya

Pemuda PAS Kedah menyifatkan laporan The Star yang mengaitkan guru agama Ibrahim Libya dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali sebagai "provokasi, jahat dan tidak beretika" sekalipun pihak berkuasa mengisytiharkan demikian.


Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria (kanan) berkata dakwaan itu seolah-olah menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli menziarahi kubur Ibrahim - yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - selepas insiden itu.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. Media cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama dengan menyiarkan petikan basi itu.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika. Justeru itu Pemuda PAS Kedah menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali," kata Nasir dalam satu kenyataan.

Isu Ibrahim Libya muncul semula ekoran gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada 31 penganut ajaran sesat "Tuhan Harun" menyerah diri susulan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek baru-baru ini.

Laporan akhbar itu turut melaporkan empat kes utama melibatkan keganasan kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan Imam Mahdi dan Al-Ma'unah.


Dianggap syahid ahli majlis fatwa

Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada tindakan dari The Star dan akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan.

Manakala, pemimpin Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat pula menyifatkan tuduhan itu biadap memandangkan peristiwa di Memali masih gagal disabitkan dengan aktiviti pengganas.

Suhaizan (kiri) yang juga bekas ketua Pemuda Johor berkata tokoh agama itu dianggap pemimpin masyarakat dan kematiannya dianggap syahid seperti disahkan ahli Majlis Fatwa Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak ketika itu.

"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.

"Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah amat tidak bertanggungjaawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali almarhum," katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata beliau tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat untuk menyatakan bantahan ini sekiranya akhbar itu tidak tarik balik dan permohonan maaf dibuat. ~ MK

Gambar: Bergambar bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS  di hadapan IPD Kota Setar seusai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

Gambar oleh Harakah Kedah

Laporan Polis telah dibuat hari ini,  Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS di hadapan IPD Kota Setar selesai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

SUSPEK KEDUA ROMPAK AMBANK, ADA AKAUN BANK ISLAM WALAUPUN GUNA IC PALSU...APA NAK JADI DAH JADI?

BETUL KE SUSPEK KEDUA PEMBUNUH PEGAWAI BANK MELAYU, BEKERJA DI SAPURA HOLDINGS?


Penjenayah warga Indonesia yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lagi warga Indonesia dengan harga RM200 dan telah membunuh seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pegawai bank, telah pun ditangkap. Bagaimanapun, wang rompakan berjumlah lebih RM400,000 tidak berjaya ditemui.

Maklumat daripada penjenayah itu sendiri, membawa kepada penemuan senjata api yang digunakan untuk membunuh Allahyarhamah Norazita Abu Talib di dalam sebatang longkang tidak jauh dari bank tempat kejadian. Empat kelongsong peluru masih terdapat di dalam pump gun tersebut sewaktu senjata berkenaan ditemui.

Semalam juga, PDRM telah mengeluarkan satu lagi pemberitahuan tentang suspek kedua yang menjadi dalang dan rakan sekongkol Laode Ardina dalam kes rompakan dan pembunuhan tersebut. Suspek kedua itu dikenali dengan nama JOEMAR OMAR,berasal dari Denpasar, Bali.

Seperti Laode Ardina yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan nama Ardi Hamza yang berasal dari Sabah, Joemar Omar juga turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama OSMAN BIN SALLEH dengan kod 12 iaitu negeri Sabah. Nombor kad pengenalan palsunya 840713-12-5207.






Hasil semakan mendapati nombor kad pengenalan tersebut tidak wujud dalam sistem! (BACA DI SINI)

JOEMAR OMAR atau nama samarannya, Osman bin Salleh bertugas di premis syarikat Sapura Holdings. Bagaimanapun, khidmat pengawal keselamatan berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

Menariknya, penjenayah ini sekalipun menggunakan kad pengenalan palsu, boleh membuka akaun bank, sedangkan bank-bank di Malaysia khabarnya mempunyai prosedur dan pemeriksaan yang ketat, selain menggunakan pemeriksaan biometrik. (BACA JUGA SELANGORCHRONICLE)

Banyak sangat perkara menarik yang sedang berlaku terutama membabitkan agensi-agensi kerajaan yang sangat penting seperti JABATAN PENDAFTARAN NEGARAdan IMIGRESEN.

ASTRO TIDAK WAJAR NAIK CAJ PAKEJ....



ASTRO tidak wajar naik caj pakej sedia ada

SHAH ALAM 12 NOV : Kenaikan caj yang dikenakan ASTRO adalah tidak wajar ekoran perkhidmatan yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga yang perlu dibayar pelanggan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata syarikat terbabit juga dlihat perlu menaiktaraf perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sebelum caj dinaikkan.

Katanya, siaran berulang dan gangguan perkhidmatan ketika hujan juga perlu diberi penambahbaikan kerana harga bayaran tidak setimpal dengan apa yang ditawarkan ASTRO.

“Kita anggap tindakan itu tidak wajar kerana menindas pengguna secara terus. Kebanyakan pengguna merungut kerana tidak mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan tidak sepadan dengan caj yang dikenakan,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, kerajaan pusat juga perlu menamatkan monopoli ASTRO dan meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.

Katanya, pelaksanaan itu bagi mewujudkan persaingan sihat di kalangan penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku antara pembekal perkhidmatan komunikasi bagi membolehkan pengguna membuat pilihan.

“ASTRO sudah untung besar dan memonopoli pasaran. Jadi, tidak wajar caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas bagi menghalang kenaikan itu dan pengguna juga diminta untuk tidak melanggan ASTRO sebagai tanda protes kepada syarikat terbabit.

Sebelum ini, ASTRO memaklumkan bakal mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan, bermula 24 November ini.

-NFN-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...