05 November 2013

TAHNIAH SG.LIMAU ANDA TOLAK BARANG NAIK, BN HANYA TAMBAH 465 UNDI

Pautan kekal imej terbenam

Ucapan sulung adun baru Sg. Limau

Kekecewaan Mukriz selepas kekalahan BN


Tahniah PAS!! Walaupun dikatakan majoriti turun dgn drastiknya..tetapi undi yang memihak calon BN kali ni cuma bertambah 465 undi berbanding calon BN PRU13..(undi BN PRU13 = 10,520; undi BN PRK = 10,985) ..

Cuba lihat betul-betul alasan PPK  Mahfuz..kata ramai pengundi luar tidak boleh balik apabila spr menentukan hari mengundi jatuh hari berkerja, ini menyebabkan undi majoriti Pas menurun....alasan ini boleh diambil kira. Apa yang penting rakyat tidak boleh dibeli.


Kenaikan harga minyak punca utama harga barangan lain naik yang menyebabkan rakyat masih panas kepada kerajaan. Juga kenaikan harga gula pada bajet 2014 dan cukai GST. Ini menjadi punca kegagalan BN untuk merampas Sg. Limau walaupun Pas menentang BN dengan jentera kerajaan negeri dan pusat.




Mukhriz: Pengundi luar berdaftar di Bkt Besar menangkan PAS

Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat.

"Kita tahu banyak pondok-pondok di situ tetapi takkanlah sampai ratusan penghuninya.

"Sejak dahulu lagi tempat yang sama beri kemenangan kepada PAS," katanya.

Menurut Mukhriz, pihaknya menerima keputusan pilihan raya ini namun persoalan timbul sama ada amalan sedemikian selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat.

"Bukan tempat kami untuk mempertikaikam kenapa tempat seperti itu mempunyai jumlah pengundi begitu ramai.

"Tindakan mereka mendaftar orang luar sebagai pengundi di situ, adakah ia boleh diterima sebagai satu amalan demokratik.

"Saya tak bermaksud mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil ini tetapi persoalan begitu tetapi timbul," kata Mukhriz dalam reaksi segeranya terhadap keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau.

Bukit Besar merupakan daerah mengundi yang dimenangi PAS dengan majoriti terbesar iaitu sebanyak 1,103 undi.
PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi

04 November 2013

TERKINI ! KEPUTUSAN RASMI PRK SG. LIMAU, PAS MENANG DENGAN MAJORITI 1,084 UNDI

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

MENYUSUL LAGI.....
9.10 MLM

KEPUTUSAN RASMI:

PAS pertahan kerusi DUN Sungai Limau

YAN: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini. 



BERNAMA.....8.10 PTG

KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG DUN SG. LIMAU. N 20: PAS 12,069 BN 10,985 MAJORITI 1,084 (PRU13 PAS MENANG 2,774 UNDI).


7.40 ptg

Malaysiakini (BM) ‏@mkini_bm1 minit

Tak rasmi: PAS menang di DUN Sg Limau.   Majoriti 1,083

Keputusan Tidak Rasmi
PAS 12,068 BN 10,985
Pas menang




TAK RASMI PAS MENANG MAJORITI 1201

PRK N20 Sungai Limau - Offcial Page


7.15 ptg.

Malaysiakini (BM) ‏@mkini_bm1 minit
Keputusan RASMI PRK N.20 Sungai Limau

Matang Buluh - 

PAS : 924 
BN: 709
Majoriti : 215
Rosak : 18

Bukit Besar -

PAS : 1556
BN : 443
Majoriti : 1113
Rosak : 13

Simpang 3 Luar :

PAS ; 738
BN ; 574
Majoriti : 164
Rosak : 8

Selengkoh

PAS ; 370
BN ; 503
Majoriti ; -133
Rosak; 3

Kabu 10

PAS : 768
BN : 874
Majoiriti : -106
Rosak : 6

Sedaka

PAS : 622
BN ; 638
Majoriti : -16
Rosak ; 3

Padang Lumat

PAS ; 339
BN ; 366
Majoriti ; -27

Batu 16

PAS : 484
BN ; 425
Majoriti : -193
Rosak ; 3

Simpang 3

PAS : 397
BN; 794
Majoriti ; -397
Rosak : 5





7.00 PTG.
PRK Sg Limau: Peti-peti undi mula dibawa ke pusat penjumlahan undi di SMK Agama Yan. #SHPolitik #PRK #Pas #BN

Tambah kapsyen
6.50ptg


MAKLUMAT SAHIH TAK RASMI PAS MENANG 2000 +

Tidak Rasmi : Pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,065 orang (51.05 peratus)

PRK Sg Limau: Undi pos dibawa ke pusat penjumlahan undi di SMK Agama Yan pada pukul 6.05 petang ini

SG LIMAU | Jumlah keluar mengundi 23,249 (85.4%) lbh rendah drp PRU13 24,406 (89.4). Beza kurang 1157.




BERITA-BERITA TIDAK RASMI:


Sir.Zapa ‏@Zapa__9 minit

Berdasarkan Keputusan Tak Rasmi yg dpt dari Agent, BN Menang tipis #PRKSgLimau


Berita belum RASMI..DUN SG.LIMAU...Alhamdulillah PAS telah diisytiharkan menang dalam pilihanraya Kecil DUN Sg Limau dengan mejoriti 3245 ribu..

TAKBIR!!!Mudah mudahan inilah berita yang akan kita terima selepas selesai pengiraan petang nanti.. Aminnnnnn Ya Rob... apa2 pun tk ble caya sgt..mcm2 beyen ble buat..takut BLCKOUT plak nti.....


Azrinizam ‏@Azrinizam

Bacaan Polling Agent #PRKSgLimau 10713 BN 8768 PAS
 Majoriti 1,945 undi 87% keluar undi. (Belum rasmi)

INI TANDA APA?

Polis belum siasat dan tak kenal siapa tertuduh tiba tiba mukhriz dah bercakap di media..knp tak cakap esok? Mukhriz dakwa petugas Pemuda PAS tumbuk ahli wanita Umno
www.kinitv.com
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kekesalanya berhubung kejadian yang mencemarka...

nampak tak taktik umno?


TERKINI! DRAMA HINDUSTAN DAH NAK HABIS...WANITA UMNO DAKWA DITUMBUK OLEH PETUGAS PAS...( VIDEO INSIDE)


updated : Penafian Dari KP Pas

Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria berkata, pihaknya tidak tahu menahu berhubung dakwaan seorang aktivis dewan itu yang didakwa menumbuk seorang pemimpin wanita Umno bahagian, seperti dilaporkan.

Katanya, beliau sendiri hanya mendengar perkara itu melalui laporan di portal berita.
Justeru, anggota Parlimen Padang Terap itu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.


Kesiannnnnnn .. sedih melelih air mat Omak Kau menangis tersedu sedu apabila melihat rakaman gambar diatas... sob.. sob .. sob .. sob.

Betapa teruk seorang wanita UMNO bertaraf AJK Wanita UMNO bahagian dikatakan teruk kena belasah oleh petugas PAS semasa proses merayu undi disalah satu Pusat membuang Undi PRK DUN N20 Sg Limau pagi tadi.

Mana tak teruknya .. sampai pengsan beb!!!! .. habis muka lebam-lebam dan berdarah mengalir tanpa henti hingga terpaksa di angkut dengan ambulan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kesiaaaannnn sungguh ... Oppss .. Tapi mengapa tiada seorang pun kakitangan paramedic yang menjaga beliau jika benarlah kena belasah sampai kena angkut dengan ambulan.

Pesakit yang kena angkut dengan ambulan ini pesakit mendapat kecederaan teruk dan perlukan rawatan segera.

Tapi dilihat beliau sekadar baring atas katil jer macam rehat kepeningan nak pitam kepala.

Sebab apa? .. sebab juak-juak UMNO kata minah ni teruk di belasah dengan batu bata sedang agensi lidah biawak rasmi UMNO/BN BERNAMA kata sekadar kena tumbuk.

Woit!!! lain kali kalau nak menipu dan memfitnah kena selaraskan dulu sebelum keluar kenyataan.~omak
kau

Pautan kekal imej terbenam
Kantoi lagi..Nie pakcik yg menangis smbil memeluk Jamil Khir dlm berita TV3 tgahari tdi ialah Sobri Wahab,ahli UMNO


GEMPAR! PRK SG.LIMAU, PETUGAS TANGKAP 280 PENGUNDI HANTU.......?



TERBAIK DARI BERSIH.......




Penipuan terbesar BN & SPR di Parlimen Jerai !!! Dalam pru13...hati-hati pengundi yang sama akan sampai....mungkin naik gerek,bot atau van....




Keadaan tegang di Pusat Daerah mengundi Sg.Limau

PRK SG. LIMAU : 17 PUSAT UNDI MULA DIBUKA 8 PAGI



PRK Sungai Limau: Semua 17 pusat undi mula dibuka 8 pagi

YAN: Pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini untuk membuang undi pada jam 8 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Proses membuang undi itu berjalan lancar dalam cuaca baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun peraih undi setiap parti yang bertanding dilihat cuba meraih undi orang ramai pada saat-saat akhir di luar pusat mengundi.

Keadaan trafik di pekan Yan juga dilihat lancar dan terkawal namun sedikit perlahan di beberapa jalan utama di sepanjang pusat mengundi di sini.

Bagaimanapun keadaan itu dijangka kembali reda apabila pengundi yang bekerja selesai membuang undi dan masuk bekerja selepas jam 9 pagi.

Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 58 saluran dan 17 tempat mengundi.

Terdahulu, SPR menjangkakan keputusan PRK DUN Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam ini dan pusat penjumlahan undi adalah di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain. 

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS.



Pengundi tak sabar tunai tanggungjawab

Ustaz Azam seru pengundi keluar awal



JERAI: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru para pengundi keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan nama-nama pengundi disalah guna.

Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan.

"Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...