21 Oktober 2013

Tun Mahathir Sanggah Najib...TRANSFORMASI UMNO GAGAL


"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan,"

Mahathir kata sudah jangka Mukhriz tewas
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

20 Oktober 2013

BANJIR TERBURUK DI BALING..PASAI BALAK ATAU BALA? MUKRIZ TOLONG JAWAB SAT.....


Dulu banjir hangpa bising pasai balak tebang ikut suka.....sekarang banjir lagi besar pasai apa? kan haritu kata balak dah tak tebang dah semenjak UMNO menang.....Hangpa fikiaq sendiri puncanya....

20 penumpang panik, bas terperangkap banjir


BALING- "Arus terlalu deras saya tak boleh teruskan memandu, kalau tidak tak tahu la apa akan jadi pada penumpang dan diri saya," kata Jamaludin Jasin,52, pemandu bas yang terperangkap bersama 20 penumpang dalam kejadian banjir di Kampung Binjul Luar, tadi.

Menurutnya, paras air yang tinggi dan deras memaksanya untuk tidak mengambil sebarang tindakan tindakan melulu.

"Saya hanya mampu hubungi pasukan penyelamat untuk menyelamatkan kami. Ada penumpang yang menjerit, menangis. Saya hanya mampu suruh mereka sabar dan berdoa," katanya.

Katanya, dia tidak menyangka basnya itu akan terkandas kerana tidak pernah berhadapan situasi itu sebelum ini.

"Memang kawasan ini selalu banjir, tapi belum lagi la terkandas, disebabkan itu, saya tak buat keputusan melulu, takut jadi sebarang tidak dingini. Tambahan pulak, ada bahagian tayar yang terjerumus dalam lopak.

"Jadi, kedudukan bas sedikit menyenget, disebabkan itu, ramai yang cemas," katanya.

Salah seorang penumpang, Rubiah Mahmud,29, berkata, dua anaknya yang berusia setahun dan lima tahun asyik menangis berikutan takut dengan kejadian itu.

"Tambahan pula melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan air, mereka semakin takut. Tapi, bila dapat tahu pasukan penyelamat dalam perjalanan, suasana semakin tenang," katanya yang berasal dari Kampung Bendang Pecah.

Kaanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali dalam hidupnya dan sememangnya bimbang sekiranya bas itu dihanyutkan arus deras.

Seorang lagi penumpang, Norshahira Syamsudin,22 berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan berhadapan kejadian itu.

"Selalu tengok orang terkandas dalam banjir, tapi saya tak pernah rasa sendiri. Memang takut, tambahan air yang deras, siapa pun tak berani turun, hanya boleh lambai tangan minta tolong.

"Tapi penduduk tak ada bot, mereka hanya boleh tengok sahaja, bila bomba datang, baru rasa selamat," katanya pelajar Universti Teknologi Mara(UiTM) Merbok ini.

Kawasan Kampung Binjul merupakan kawasan yang sering dilanda banjir, bagaimanapun banjir kali ini merupakan yang terburuk.

Setakat ini, dilaporkan lebih kurang 15 buah rumah terlibat dalam kejadian ini yang turut melibatkan kerosakan harta benda.



TERKINI ! SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III MENINGGAL DUNIA



Jamalul Kiram III,75, yang arah pencerobohan Lahad Datu Febuari  lalu meninggal dunia di Filipina akibat kegagalan organ 4.42 pagi tadi

MANILA: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4.42 pagi tadi (waktu tempatan) selepas menghadapi masalah kegagalan pelbagai organnya berfungsi.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah.






Sulu Sultan Jamalul Kiram III dies

BY ANGELA CASAUAY
UPDATED 10/20/2013 10:06 AM

CONTINUE THE CLAIM. Sultan Jamalul Kiram III dies of organ failure Sunday October 20. Photo by Arcel Cometa

MANILA, Philippines (Updated) – Jamalul Kiram III, leader of the Sultanate of Sulu, died Sunday morning, October 20, of organ failure at the Philippine Heart Center in Quezon City, his spokesperson Abraham Idjirani said.

He was 75, his daughter Princess Jacel Kiram said in a DZBB radio interview.

Idjirani said relatives will still discuss the funeral arrangements Sunday morning but Kiram made a wish before he passed away to be buried in the traditional capital of the Sultanate of Sulu, in Maimbung, Sulu.

Kiram revived the Sultanate's claim to the Eastern Malaysian state of Sabah late February 2013 – a move that resulted in a standoff of Malaysian security troops and his "Royal Sultanate Forces." (READ:Sultan infuriates PH, Malaysia)

He asked his siblings to continue the Sultanate's fight to reclaim Sabah, Idjirani said, adding that Kiram spoke with his brother Raja Agbimuddin Kiram, who led the Sabah standoff, over the phone a day before he died.

Several followers of the Sultanate of Sulu are presently facing terrorism-related charges in Malaysia over the incident.

In 2007, Kiram ran for senator under then president Gloria Macapagal-Arroyo's Team Unity slate.

Prior to his senatorial, Kiram was a member of the Legislative and Executive Advisory Council (LEDAC) on the Sabah Claim. He was also Arroyo's Presidential Adviser on Muslim Royalties' Concern. -Rappler.com

PUTRA JAYA BUAT KERJA BANGANG...MEDIA ASING SERANG KERAJAAN MALAYSIA


Lawatan Anwar Ibrahim ke Australia: Lagi media serang kerajaan Malaysia




Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pelajar Malaysia di Adelaide, Australia.

Semakin banyak media mempertikaikan tindakan wakil Jabatan Pelajar Malaysia yang mengugut pelajar supaya jangan menyertai majlis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Adelaide, Australia semalam dan hari ini, dengan terbaru laman smh.com.au pula menyerang kerajaan Malaysia.

Dengan tajuk "Anwar Ibrahim blasts government's 'weak' response to student threats" (Anwar serang kerajaan kerana lambat selesai ugutan terhadap pelajar), SMH melaporkan, Anwar mendapat sokongan penuh daripada penonton di dewan Universiti Adelaide yang menyaksikan beliau bersama pengantara ABC, Waleed Aly.

Anwar dan Senator Nick Xenophon meminta kerajaan pusat membantah ugutan terhadap pelajar Malaysia di Australia itu dan menyifatkan kerajaan lemah apabila gagal berbuat demikian.

Penasihat Jabatan Penuntut Malaysia, Shahrezan Md Sheriff menerusi emelnya kepada semua pelajar Malaysia di sana khasnya kepada pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memberi amaran supaya mereka tidak turut serta program Festival Perbezaan Pendapat, Idea dan Demokrasi di Universiti Adelaide, yang menampilkan Anwar sebagai salah seorang pemidato.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa JPA yang terlibat.

"Anda tahu dengan baik apa yang anda tandatangan (perjanjian biasiswa)," kata Shahrezan dalam emelnya kepada pelajar Malaysia di sana.




TV Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC) melalui laman webnya juga melaporkan bantahan terhadap kenyataan wakil kerajaan ini.


Sekumpulan pelajar Malaysia di Adelaide, Australia turut mengadakan bantahan ke atas arahan Putrajaya yang melarang mereka menghadiri program Anwar di sana.

Menurut agensi berita ABC, hampir sedozen pelajar mengadakan demonstrasi sambil memakai topeng dan memegang sepanduk sebagai tanda tidak akan tunduk kepada arahan oleh Putrajaya itu.

SMH melaporkan, Anwar berkata, kerajaan gagal untuk menguruskan isu dan gangguan ini tidak boleh diterima dan kerajaan harus bersuara.

Ramalan Tepat Mukriz Tewas Jugak.....

Tewas di medan perang Naib Presiden, Mukhriz tetap gembira



Datuk Mukhriz Mahathir tersenyum meskipun tewas ketika tiba di PWTC malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Oktober, 2013.

Meskipun kalah tipis dengan perbezaan sembilan undi untuk menduduki tangga ketiga dalam merebut kedudukan Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir tetap gembira dengan keputusan berkenaan kerana tidak menjangkakan keputusan itu.

Mukhriz terpaksa berpuas hati dengan 91 undi, sekali gus berada di tangga keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang memperolehi 100 undi.

"Saya bermula agak lewat. Saya melawan penyandang. Walaupun ada pihak yang skeptis terhadap peluang saya. Saya gembira dengan keputusan. Ia beri keyakinan terhadap karier politik saya," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), awal pagi tadi.

Keputusan penuh yang diumumkan sekitar jam 1.40 pagi menyaksikan trio Naib Presiden mengekalkan status quo mereka dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperolehi 185 undi dan Datuk Seri Shafie Apdal menerima 174 undi.

"Saya terkejut. Saya tidak jangka akan dapat sedemikian. Saya gembira. Saya rasa saya ada tempat untuk menyumbang dalam transformasi parti. Saya masih boleh buat. Saya masih Menteri Besar Kedah.

"Saya memang dari awal bertawakal dan percaya pada hikmah dan ketentuan Allah. Bila keputusan dimuktamadkan saya terima dengan baik, anggap itu satu lagi sejarah dalam karier politik saya," katanya.

Mukhriz berkata, meskipun tewas menggugat kedudukan status quo, secara peribadi beliau gembira dengan keputusan berkenaan.

"Ia kemenangan bagi saya. Saya masuk lewat, dan bukan daripada kalangan menteri persekutuan. Andaian ramai ialah saya tidak akan ke mana dengan cubaan saya.

"Tetapi hendak capai ke tahap ini adalah satu kejayaan bagi diri saya. Saya sangat puas hati," katanya.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bulan depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...