30 September 2013

HOT! RAKAMAN CCTV BAGAIMANA POLIS PERONDA DILANGGAR MATI, TERSEBAR

Rakaman yang tersebar pagi ini di Laman sosial FB

Lapuran kemalangan maut melibatkan anggota polis URB Matsirat Langkawi. Kons Kalaichelvam dan Kons. Hafiz di rempuh oleh sebuah kenderaan yang di pandu oleh pelancung Iran yang di syaki mabuk di persimpangan Hotel Asenia. 


Kons. Hafiz sempat melompat dan mengalami kecederaan luar manakala Kons. Kalai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ucapan takziah buat keluarga Mendiang Konstabel Kalaichelvam dan semoga cepat sembuh kepada Konstabel Hafiz URB Matsirat Langkawi.



Seorang anggota polis mati bila motosikalnya dirempuh kereta yg dipandu oleh warga Iran di Jalan Cenang,Langkawi. Kejadian berlaku di persimpangan Hotel Asenia, dan telah mengorbankan Konstabel Kalaichelvam.

PANAS! Malaysia Akan Bankrap 5 Tahun Lagi???

5 Tahun akan datang, adakah Malaysia Akan BANKRAP..??

RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI

(Sempena desas desus minyak nak naik lagi)



Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.

Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk

RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.

Ramai juga saya lihat pakar ekonomi facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap "Kelakarlah muka ko macam monyet". (Ok cukup. Tarik nafas)

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham

Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti ;

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (pelbagai jenis cukai - Cukai pendapatan, kastam, dll)
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)
3. Lain-lain

Dan juga takungan besar negara kita antaranya ialah ;

(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)

1. Simpanan WANG ANDA dalam bank
2. KWSP
3. Tabung Haji
4. Segala wang-wang dalam bank
5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu.

Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi.

Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak MAKA...itulah analogi BENGKRAP (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru.

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham...AMANAH SAHAM. Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS.

Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai.

Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara berikut;

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang
5. Pengurangan subsidi etc

Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah.

Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah seluk kutang baju beri kat bapak selonggok duit. Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesaipun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF.

Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment).

Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF). TETAPI...dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?

Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia.

Siapakah PENYELAMAT ketika itu?

Itulah masa, PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN.

Mengapa?

Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B ). Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU.

BAPAK KENA TAUBAT, BAPAK KENA JADI BIJAK, Bapak kena berjimat, bapak kena pandai business, bapak kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Anak pula jangan ego sangat nak ajar bapak sampai nanti bapak pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah. Tak dapat bayar Cik Bedah, habis rumah kena tukarmilik habislah kita tak berumah lagi nanti. Dimana anak cucu kita nak merempat. Pak Menteri ramai boleh apply PR luar negara. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI.
Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA.
Itulah reformasi RAKYAT
Itulah Transformasi NEGARA

Semuanya ada pada tangan rakyat.
Pemimpin hanya mentadbir bukan untuk mengambil
Kita masih belum terlambat.
Ekonomi sudah parah TETAPI
masih belum terlambat.
Buangkan egomu pemimpinku
Bersatulah dengan seteru politikmu
Supaya tidak kamu belanja berboros untuk menunjuk siapa kamu.

Tak perlu capai 2020 jika poket tak mampu
Tak perlu buat projek mega untuk orang tahu kamu terbaik untuk diundi
Jangan boros belanjakan wang itu.
Rakyat pun mahu Malaysia maju
Tapi janganlah invest melulu

Malaysia sedang menjunam. Pemimpin, tolonglah berhenti bergaduh, kerana pesawat dah nak jatuh. Penumpang dah meraung, pilot-pilot masih sibuk bergaduh nak berebut kerusi. Gaduh pasal siapa nak jadi Kapten siapa nak jadi co-pilot.
Untuk renungan bersama.
Agar kita sama-sama berfikir.

SAIFUL NANG
Jahil Ekonomi

29 September 2013

HOT: 2 SYARIKAT JONGKANG EMAS & 6 PEGAWAINYA DIDAKWA DENGAN 926 TUDUHAN -SIAPA VVIP YANG TERLIBAT?




Enam bekas pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 926 pertuduhan melibatkan urusniaga kira-kira RM5.5 bilion.

Mereka dari syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Dua syarikat pelaburan jongkong emas tersebut dan enam individu dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 913 pertuduhan penggubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga bernilai RM5.5 bilion.

Bagaimanapun, dua Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd Datuk Tan Liang Keat, 41, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Pengurus Besarnya Lim Kah Heng, 42, serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, Datuk Chin Wai Leng, 37 serta Genneva Malaysia dan Success Attitude Sdn Bhd mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka yang semuanya berjumlah RM1.5 bilion.

Tan didakwa dengan 226 pertuduhan, Lim (246), Kah Heng (16), Ng (155), Yee Seng (17), Chin (23), genneva (222) dan Success Attitude (8) pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Nombor 69, Tingkat Bawah, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini, antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Pertuduhan mengikut Sub Seksyen 4(1) (a) Akta pencegahan pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Genneva Malaysia, Lim, Tan, Kah Heng dan Ng masing-masing didakwa dengan dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) membabitkan transaksi emas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama membawa hukuman maksimum denda RM10 juta.

Bagi pertuduhan itu, Mat Ghani membenarkan semua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Di mahkamah berasingan, Lim, Genneva dan Tan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu melalui iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama membawa hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Hakim, Rihaida Rafie membenarkan mereka dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamad Kabir, Zulkifli Ahmad dan Aida Mastura Mohamed Aman.

Tan dan Chin diwakili peguam, J Kuldeep Kumar, manakala tertuduh lain diwakili peguam, Avtar Singh Dhaliwal. Semua tertuduh diperintahkan membayar wang jaminan masing-masing pada 30 September ini. Kes terhadap mereka akan dibicarakan secara bersama pada 7 April tahun depan

"Errr....Itu Bukan Saya. Saya Sudah Lupa. Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."






.................

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat, pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut.

 Ia mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum prosiding bermula pada jam 3.30 petang.

Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

................

Orang kata,
Pakcik Mahathir kita ni adalah seorang yang mempunyai
visi yang melangkaui masa.

Orang kata lah....
Betul atau tidak, Wallahuallam. 


PANAS ! ROKET BERI AMARAN TERAKHIR TERHADAP ROS

DAP beri amaran terakhir kepada RoS



Perwakilan DAP bersedia membuang undi melantik ahli CEC baru.

Sebaik sahaja pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermula pagi ini, pengerusinya, Karpal Singh memberi amaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya berhenti menyerang atau bersedia berdepan tindakan undang-undang.

Malah, Karpal berkata, ini adalah amaran terakhir DAP kepada RoS.

“Saya memerhatikan RoS sejak Disember tahun lalu dan memberi perhatian kepada apa yang dia cakap,” katanya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman.

“Dan saya tidak akan melepaskan dia jika dia bercakap sesuatu yang menjejaskan reputasi DAP. Jangan bermain dengan Roket. Ini adalah amaran terakhir,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan ketika parti mengadakan pengundian semula hari ini untuk memilih CEC seperti diarahkan RoS.

DAP mengadakan pemilihan CEC baru untuk mengelak pembatalan pendaftaran parti itu mengikut arahan RoS pada 30 Julai.


Karpal Singh ketika memberi ucapan pembukaan.RoS mengarakan pemilihan diadakan semula selepas beberapa ahli tidak berpuas hati mendakwa pemilihan pada Disember tahun lalu tidak dikendalikan engan sempurna selepas parti mengumumkan kesilapan dalam pengiraan undi mengakibatkan kesilapan calon terpilih ke CEC.

Ahli yang tidak berpuas hati itu juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai pengundian itu.

Setiausana Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke menafikan tuduhan bahawa parti tidak memaklumkan kepada 753 perwakilan mengenai pengundian parti dan menunjukkan bukti berhubung rekod kehadiran ahli, tanda tangan dan resit pos yang menunjukkan bahawa notis sudah dihantar.

Sebanyak 2,576 perwakilan daripada 985 cawangan akan memilih 20 calon CEC.

Sebuah firma audit antarabangsa turut Dilantik untuk memantau proses pengiraan undi bagi mengelak kesilapan mengira undi berulang.

Cubaan seorang bekas pemimpin akar umbi untuk memfailkan tuntutan menghentikan pemilihan hari ini dibuang oleh mahkamah pada Jumaat lalu.

Ahli akan mula mengundi jam 1 petang dengan keputusan dijangka diperolehi menjelang jam 7 malam.

Karpal memberi amaran bahawa RoS sepatutnya tahu kesabaran DAP ada hadnya dan menekankan selepas prosiding hari ini, parti itu mahu RoS tidak lagi mengganggu bagi membolehkan mereka terus melaksanakan tugas.

Beliau berkata, parti itu tidak seharusnya dihukum kerana berlaku jujur dan mengakui kesilapan itu.

“Kami boleh sahaja mendiamkan diri dan membiarkan penipuan itu. Kami tidak berbuat demikian kerana kami adalah parti berprinsip yang tidak membenarkan kesilapan dibiarkan tanpa diperbetulkan,” katanya.

Menggambarkan pemilihan semula hari ini sebagai “luar biasa”, Karpal berkata penghargaan diberikan kepada ahli yang hadir membuang undi iaitu hampir 85 peratus kehadiran berbanding pemilihan sebelum ini sebanyak 71 peratus ahli hadir.

“Ini akan menunjukkan kepada RoS bahawa DAP kuat, jangan main-main dengan DAP,” katanya yang menerima tepukan gemuruh hadirin.

Beliau berkata, nasihat daripada pakar undang-undang Shad Saleem Faruqi untuk mengadakan dialog dengan RoS “patut dipertimbangkan” akan diteliti secara berhati-hati.

Sementara itu, Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, berkata di sebalik segala kesukaran dilalui dengan RoS berhubung pemilihan baru dalam tempoh beberapa bulan lalu, parti akan tetap teguh berdiri.

“Kita akan tunjuk kepada RoS bahawa kita akan menewaskan usaha terakhir mereka. DAP akan terus kuat dan kita tidak akan dibuli lagi,” katanya.

Beliau percaya parti itu akan berkembang menjadi lebih kuat selepas krisis itu dan terus berjuang untuk rakyat.

FAS PERLU BERDIKARI, ORANG POLITIK PATUT GUNA OTAK SILA SEMAK FAKTA DULU......

FAS Usah terlalu manja 

Polemik berhubung bola sepak Selangor tiba-tiba menjadi hangat apabila berlaku 'perang mulut' di media massa antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan PAS Selangor, Sany Hamzan dan Khalid Samad. Mungkin ada hikmahnya jika rakan Pemuda PAS semak dahulu fakta dan statistik yang berkaitan sebelum membuat sebarang kenyataan yang dikhuatiri akan memberikan persepsi yang salah mengenai situasi sebenar di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Persoalan pokok yang ditimbulkan ialah FAS kekurangan dana tajaan kerajaan negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI). Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya jumlah tajaan kerajaan negeri yang disalurkan melalui MBI sehingga didakwa 'tidak cukup', lantas menyebabkan kemungkinan pemain-pemain bertaraf bintang ini berpindah ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT)?

Semakan sepintas lalu yang dibuat, pihak MBI dilaporkan menyalurkan dana tajaan kepada FAS berjumlah RM8 juta setiap tahun. Demi berlaku adil, penulis juga perlu menyemak jumlah yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada pasukan bola yang terbaik prestasinya setakat ini iaitu pasukan negeri Kelantan. Dalam Berita Harian Online bertarikh 13 Julai 2010, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Rosmadi Ismail mendakwa bahawa KAFA tidak pernah memperolehi sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak beliau memegang jawatan tersebut iaitu sejak tahun 2000 lagi.

Namun demikian, sumber dalaman kerajaan negeri Kelantan menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak memberikan dana kepada persatuan bolasepak iaitu KAFA, sebaliknya menyalurkan secara terus peruntukan dan imbuhan kepada pemain dan pegawai. Dilaporkan juga jumlah yang diberi setakat ini dalam bentuk kewangan adalah sebanyak RM85,000. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak termasuk insentif tanah dan rumah, yang pernah ditawarkan kerajaan negeri sebelum ini.

Ternyata, jika dibandingkan jumlah bantuan kewangan daripada kerajaan negeri yang diterima oleh KAFA dengan yang diterima oleh FAS hakikatnya ibarat langit dan bumi. Namun, isu kekurangan dana tersebut langsung tidak pernah dijadikan alasan oleh KAFA untuk gagal melakar kejuaraan.

Dalam tempoh di antara 2010 hingga 2012 sahaja, pasukan negeri Kelantan atau lebih sinonim dengan jolokan 'Red Warrior' memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali iatu pada 2010 dan 2012. Selain Piala Malaysia, pasukan ini memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak dua kali iaitu bagi 2011 dan 2012.

Persoalannya, di mana pasukan ini memperolehi dana untuk menampung kos operasi persatuan? Jawapannya adalah melalui tajaan korporat. Untuk musim 2012 sahaja, pasukan Red Warrior memperoleh tajaan korporat daripada lapan firma yang berlainan iaitu Syarikat Telekomunikasi Happy, Syarikat Al - Hamra, Universiti Masterskill, minuman bertenaga RW Energy, Sinar Harian,Warriors (Produk Bawah KAFA), Yusmira Trading dan Umbro.

Seterusnya, mari kita bandingkan pula dengan dana yang diperolehi oleh FAS yang mengendalikan pasukan Selangor. Seperti yang tertera pada lawan web persatuan, pasukan yang gah dengan jolokan 'Red Giant' ini hanya memperolehi dana tajaan daripada kerajaan negeri iaitu melalui MBI dan Kappa, yang menaja jersi pasukan.

Dengan hanya dua penaja utama sahaja, jumlah RM8 juta yang diperuntukkan adalah jauh lebih besar berbanding bantuan yang diberi oleh kerajaan negeri lain kepada pasukan bola sepak negeri masing-masing. Ini belum lagi dibincangkan dana tajaan yang diterima oleh pasukan PKNS FC yang pastinya juga diperolehi daripada GLC yang sama.

Justeru, penulis merasakan FAS perlu segera keluar daripada zon selesa. Sebagai satu persatuan yang sudah lama bertapak dan teguh kewangannya, FAS perlu lebih kreatif dalam menjana dana bagi membiayai segala kos operasinya agar tidak terlalu bergantung kepada dana kerajaan negeri sahaja yang sudah tentu ada banyak kekangan lebih-lebih lagi jika disorot dari perspektif keutamaan perbelanjaan.

Jika diamati lebih dekat, FAS adalah antara persatuan bola sepak di Malaysia yang memiliki banyak aset yang berpotensi besar menjana pendapatan. Justeru, manfaatkanlah sepenuhnya aset-aset tersebut sebagai salah satu sumber utama menjana pendapatan.

Penulis juga ingin menyeru agar FAS belajar daripada pengalaman, usaha dan keupayaan KAFA untuk mendapatkan tajaan korporat. Jika KAFA boleh, mustahil FAS yang jauh lebih banyak pengalaman dan bersandarkan rekod cemerlang ini tidak boleh. Sememangnya, FAS dan Red Giant bukan nama kecil dalam arena bola sepak nasional. Dengan rekod 32 kali kejuaraan Piala Malaysia, Red Giant berada di kelas yang tersendiri dalam persada sukan tanah air.

Dengan memberi alasan tidak cukup suntikan kewangan negeri lantas mewajarkan kegagalan demi kegagalan bukanlah sikap sang juara. Malah kadang kala kedengaran seperti anak yang merengek-rengek kepada si bapa pula. Cukuplah, usah terlalu manja.

Sedarlah bahawa rakyat negeri Selangor belum hilang keyakinan terhadap Red Giant dan masih setia menanti 'gergasi merah' yang sedang tidur ini segera bangkit untuk menakluki semula arena bola sepak negara! Bertindaklah segera sebelum terlambat wahai FAS! Jangan sampai peminat Red Giant hilang kepercayaan dan muak dengan alasan demi alasan yang tidak munasabah.


Oleh : Haris Abdillah -TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...