19 Mac 2013

HOT ! ANTARA TAIB MAHMUD DAN NAJIB SIAPA AKAN KANTOI DULU...!!! [ + VIDEO PANAS ]



Najib Altantuya DALANG Video Taib Mahmud Kantoi?

Pagi tadi heboh disiarkan di beberapa laman sesawang mengenai pendedahan eksklusif bagaimana sebuah video berdurasi 15 minit menceritakan segala-galanya aktiviti curang Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Cukup serius hingga Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Najib Altantuya supaya bertindak ke atas Pek Moh dengan kadar segera atau berdepan dengan dakwaan jenayah antarabangsa.

Tetapi apa yang kita semua tidak tahu, ia sebenarnya berpunca dari kalangan yang ada kaitan dengan Najib Altantuya sendiri.

Mengapa?

Kerana semasa pilihanraya negeri April tahun lalu, Najib Altantuya berjanji akan menggantikan Taib dengan pemimpin baru yang boleh selari dengan aspirasi transformasinya, kebetulan Taib sudah terlalu lama memerintah, 31 tahun dan masih bernafsu di puncak kuasa.

Bagaimanapun Taib dengan tergesa-gesa mengangkat sumpah jawatan buat penggal kelima berturut-turut menyebabkan Najib Altantuya marah dalam diam.

Hematnya, Taib sudah membuatkan Najib Altantuya malu besar kerana memungkiri janjinya sendiri.

Pendedahan berterusan kekayaan keluarga Taib Mahmud yang dipaparkan dalam beberapa portal seperti Sarawak Report dan sebagainya jelas menunjukkan lagi tembelang Taib yang selama ini tersimpan kemas dalam genggaman.

Namun ia tidak disertakan bukti kukuh termasuk video bagi menunjukkan betapa Taib dan ahli keluarganya merompak terang-terangan seperti apa yang dibuktikan oleh NGO yang berpangkalan di London, Global Witness.


Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga Taib, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Penyamaran yang dijalankan mereka menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Ahli keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – juga diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah sepupu-sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'akub.

Individu berkenaan termasuk ahli parlimen Tanjung Manis, Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Najib Altantuya.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd.

Hematnya, dengan membiarkan seluruh dunia melihat bagaimana gelagat Taib anak beranak mengaut kekayaan negeri, Najib Altantuya dapatlah bernafas seketika daripada pendedahan terbaru peguam mendiang PI Bala, Americk Singh Sidhu yang mendedahkan bahawa SD2 diarahkan oleh Najib Altantuya sendiri.

Beberapa sumber turut mengakui bahawa Najib Altantuya sudah tidak mampu bersabar lagi dengan Taib lalu terhasillah apa yang kita saksikan hari ini. ~JP




GEMPAR ! 47,000 WARGA PAKISTAN TULIN JADI AHLI UMNO DAN DAPAT IC PROJEK MAHATHIR..!!!

WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN UMNO?



Oleh : MUTALIB M.D

KEPUTUSAN UMNO Malaysia meluluskan Cawangan Pakistan Sabah Bersatu secara tergopoh-gopoh di Bahagian Silam pada 1991 menyebabkan parti terbesar di Malaysia itu menghadapi dilema kerana kemungkinan besar Presiden UMNO boleh diheret ke Panel RCI yang akan menyambung sidangnya pada 15 hingga 20 April 2013.

Sejak tertubuhnya cawangan Pakistan Sabah Bersatu, Pakistan sudah menjadi komuniti elit dalam UMNO kerana mereka mendapat kad pengenalan projek, menjadi pemilih berdaftar dan mendapat semua kemudahan yang dimiliki Orang Melayu dan Bumiputera Sabah kerana mereka dijenamakan sebagai Melayu atau Bumiputera.

Berikut adalah semakan rambang yang dilakukan terhadap cawangan berkenaan dan mendapati ahli berikut menggunakan Kad Pengenalan Palsu Yang Dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi masih menjadi ahli UMNO sehingga ke hari ini.



01 GUL BIN WALI H0492445 Nombor Ahli : 2651446
02 SAKANDAR BIN HAMBALI H0492846 Nombor Ahli : 1599166
03 RAZAK BIN SHARI H0493836 Nombor Ahli : 2651445
04 SAHI BIN WAZIR H0493843 Nombor Ahli : 2651441
05 AMIR BIN MOHAMMAD H0494269 Nombor Ahli : 2651452
06 HALID BIN RAHMAT H0543382 Nombor Ahli : 2651426
07 TAHIR BIN MIRAHMAD SHAH H0547413 Nombor Ahli : 2651433
08 USMAN BIN ABDUL SHAKOR H0547544 Nombor Ahli : 2286128
09 RASIK BIN SUAIDI H0550087 Nombor Ahli : 1599193
10 ABDULLAH BIN MUHAMMAD H0551027 Nombor Ahli : 1599191

Agak menakjubkan juga kerana saya menemui ramai ahli Cawangan Pakistan Sabah Bersatu bukan sahaja memegang kad pengenalan palsu yang tiadak dalam rekod JPN; malah turut memegang kad pengenalan yang ada dalam rekod JPN tetapi tidak merujuk kepada mereka kerana dimiliki penama lain.


Berikut adalah beberapa contoh yang ditemui;



KES PERTAMA

Rekod Umno Malaysia

Nama: ABD RAHMAN JAAFAR
N0. KP: H0577614
No. Ahli: 228613
Alamat: Taman Pertama 1, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 6/10/1995
Tarikh Lahir: 5/8/1955

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara

Nama: WONG WEE CHOON @ PETER
N0. KP: H0577614 (541015-12-5175)
Alamat: Kg. Takis, Kelanahan, Pantai Manis, Papar.
Tarikh Lahir: 15/10/1954




KES KEDUA  
Rekod Umno Malaysia

Nama: ABDUL KARIM BIN BAKAZEH
N0. KP: H0328016
No. Ahli: 1547464
Alamat: Peti Surat 152, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 5/25/1991
Tarikh Lahir: 4/9/1955

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara

Nama: ABD AZIZ BIN SHER AZIZ KHAN
N0. KP: H0328016 (560503-12-5303)
Alamat: Bandar Lahad Datu.
Tarikh Lahir: 03/05/1956




KES KETIGA
Rekod Umno Malaysia

Nama: ALI BIN PARIN
N0. KP: H0465630
No. Ahli: 2009133
Alamat: Peti Surat 159, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 4/5/1994
Tarikh Lahir: 8/6/1965

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara

Nama: AHAD BIN OMAR
N0. KP: H0465630 (600323-12-5545)
Alamat: Kampung Lajau, Labuan.
Tarikh Lahir: 23/03/1960

KES KEEMPAT


Rekod Umno Malaysia
Nama: AMAN BIN SALIM
N0. KP: H0463712
No. Ahli: 2286145
Alamat: Peti Surat 60694, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 6/10/1995
Tarikh Lahir: 6/10/1995 (Mungkin mereka silap masuk data)

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara

Nama: CHAW KIANG POH
N0. KP: H0463712 (601129-12-5167)
Alamat: Batu 1, Jalan Segama, Lahad Datu
Tarikh Lahir: 29/11/1960

KES KELIMA


Rekod Umno Malaysia

Nama: BASNIR BIN SHIMBER KHAN
N0. KP: H0328180
No. Ahli: 1590542
Alamat: Hannie Travel Service, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 7/27/1991
Tarikh Lahir: 8/4/1954


Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: MAMAND B FAZAL RAHMAN
N0. KP: H0328180
Alamat: Klias, Beaufort
Tarikh Lahir: 11/10/1956



KES KEENAM

Rekod Umno Malaysia

Nama: FAZALDAD BIN GULAMAD
N0. KP: H0331388
No. Ahli: 1547463
Alamat: Peti Surat 159, 91109 Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 5/25/1991
Tarikh Lahir: 1/4/1944


Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: ABDUL MAJID BIN AJAR KHAN
N0. KP: H0331388 (580628-12-5057)
Alamat: Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Pahang
Tarikh Lahir: 28/06/1958


BERTUAH......Warga Pakistan ini bertuah kerana telah menjadi rakyat Malaysia dan kini sedang dalam proses kelulusan setelah adik beradiknya mendapat MYKad Malaysia.

Semakan saya mendapati seramai 47,000 warga Pakistan TULEN yang telah diterima sebagai Ahli UMNO dan menjadi pemilih berdaftar sejak memperoleh Kad Pengenalan Projek Mahathir.

Mereka ini adalah GHURKA POLITIK yang dilahirkan ketika era HARRIS-MAHATHIR dan begitu dominan dalam UMNO dan sektor ekonomi (Ceti) yang menjadi bank bergerak di Sabah!

Senarai berikut sebahagian daripada mereka dan kesemua mereka adalah pemilih berdaftar. Rekod mereka boleh disemak silang dengan rekod JPN;


01. H0352002 SHER B HUNARDAD (Sembulan)
02. H0352003 ATTAS B MAHMAD (Pasir Putih)
03. H0352004 SARDAR B JAMDAD (Kota Belud)
04. H0352015 NAINA MOHD A.KADIR (Semporna)
05. H0352016 ABD MAJID B BATHUSA (Sembulan)
06. H0352020 SAHUL HAMED RAHMATULLAH(Sembulan)
07. H0352021 MOHD ALI B JAMAL MOHAMAD (Sim-Sim, Sandakan)

LAGI SENARAI  NAMA DIBAWAH: 

SAMBUNG LAGI  SINI

Najib dalang Lahad Datu, Anwar kambing hitam?..Fakta-fakta Yang Meragukan..Lihat Sendiri..




Najib dalang Lahad Datu, Anwar kambing hitam?

Dalam rencana Manila Buletin Publishing Corporation “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi (MNLF), Nur Misuari menyebut peranan jahat Najib Razak di Lahad Datu.

"Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak," isi kandungan itu dipetik.




Video Lakonan Lahad Datu

tgk dan dgr videoni time 5:00-5:02... ade sebut "perlahan sikit, ade

malaysiakini tu.." motif??





Sebelum Najib Razak memainkan hati dan perasaan balu-balu askar lebih jauh, ada baik juga rakyat kembali mengkaji keterlibatan Najib Razak dengan Sulu sebelum ini.

Keterlibatan erat antara Najib Razak dan Sulu 'pengganas' inilah yang menyebabkan Najib enggan menamatkan perang Sabah bertujuan menyelamatkan politiknya.

Fitnah Umno yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan para penceroboh Filipina di Lahad Datu itu boleh menjadi senjata makan tuan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika memberi maklum balas berhubung hal itu berkata, Umno memperalatkan media untuk membuat tuduhan secara tidak profesional.

Tambah beliau, pertuduhan dan dakwaan ke atas Anwar sepatutnya dibawa bersama bukti-bukti yang jelas.

“Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.

“Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara,” katanya.

Dalam suatu kenyataannya kepada media Selangor, Johari berkata, keselamatan negara adalah hal penting yang perlu diutamakan dan individu tertentu tidak perlu dijadikan ‘kambing hitam’ untuk ‘menyelesaikan masalah’.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=V8WspOjbt_s

Dalam keghairahan BN mengaitkan Anwar, ada kisah yang mengaitkan Najib Razak dengan peristiwa Lahad Datu ini.
Di dalam Rencana Manila Buletin Publishing Corporation berjudul, “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi Barisan Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari menyentuh keterlibatan Najib Razak sebagai dalang peperangan itu.

"Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak," isi kandungan itu dipetik.

Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat dalam pencerobohan Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.

Sehubungan itu, Anwar memfailkan saman RM100 juta masing-masing ke atas akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.

Sumber rujukan lain:-


http://mynewshub.my/2013/03/03/lagi-gambar-palsu-kejadian-lahad-datu/
Suka
 ·

Sumber berita

Panas ! Pertembungan Mukriz-Bashah tak terbendung lagi...



Dua foto di atas... antara 300 orang dan 30,000 orang, terpulang nak letak jumlah pada foto mana

UCAPAN TUN M  SINI

Tanggal 16 Mac, hari di mana Bongkar 403 Juta mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah yang berjaya menghimpunkan kira-kira 30 ribu orang, UMNO Kedah dari team Datuk Mukhriz Mahathir turut mengadakan himpunan anak Kedah di perantauan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Sangat mengejutkan UMNO, himpunan yang mensasarkan 5,000 anak Kedah dengan cabutan bertuah sebuah Peugeot 205 rupanya tidak berupaya menarik kedatangan anak-anak Kedah yang di sana. Sebenarnya tidak sukar untuk difahami mengapa anak Kedah di sama tidak ‘terliur’ langsung dengan UMNO BN. Mereka yang bekerja di Lembah Kelang kebanyakannya adalah golongan terpelajar yang sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan politik di Malaysia, masakan golongan seperti ini sanggup hadir untuk mendengar propaganda murahan dan penipuan UMNO BN.


Di sebalik perhimpunan yang tak dapat sambutan itu tersirat satu lagi cerita yang mungkin anak-anak Kedah penyokong Kedah di Lembah Kelang tidak tahu. Kalau mereka tahu hal ini, rasanya himpunan 300 orang itu akan dihadiri kira-kira 150 orang sahaja. Himpunan itu sebenarnya ialah untuk menaikkan imej Mukhriz sebagai persediaan untuk jadi MB jika BN menang di Kedah, lalu mereka mengheret bapanya Tun Mahathir untuk turut sama beri sokongan moral.

Kelmarin Pak Dee sempat berbual panjang dengan sorang rakan UMNO dari team Datuk Ahmad Bashah. Dia mendedahkan segala-galanya... bahawa Mukhriz memang seorang yang gelojoh dalam usaha menyingkirkan Ahmad Bashah. Dia buat secara terang-terangan, tak ada cover cover lagi.. sehingga Mat Bashah pun sedar permainan Mukhriz. Antaranya, menurut cerita rakan UMNO tadi, Mukhriz gunakan semua NGO Melayu seperti Perkasa dan Pekida untuk dapatkan sokongan dan terbaru Mukhriz gunakan KCS.

“Sepatutnya Mukhriz pulun bagi BN menang dulu di Kedah, lepas tu baru pulun angkat diri nak jadi MB pun,” kata rakan UMNO tadi. Dalam hati Pak Dee kata, “Ptuihh macam laa BN boleh menang sangat.”

Usaha terbaru puak Mukhriz (kalau ikut cerita rakan UMNO tadi) ialah nak lobi Najib gugurkan Mat Bashah dari jadi calon Bakar Bata sebab kononnya dah jadi liability BN Kedah. Tudia aih sampai tara tu sekali.
Pak Dee dan kawan2 punpun main isu Bongkar RM403 tapi tarak sapa sorang pemimpin BN berani jawab buat masa ini depa dok tengah pulun pejatuh antara satu sama lain. Semoga berjaya. ~ Pak Dee Jantan

GAJI MINIMUM - 5000 PEKERJA DIHALANG LAKUKAN PROTES AMAN

Pekerja ditangkap polis, majikan pula diberi tangguh laksana gaji minimum

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merujuk kepada berita bertajuk “Pelaksanaan Gaji Minimum: Lebih 100 Warga Nepal Terlibat Tunjuk Perasaan Ditahan”, Sumber: MStar Online yang diterbitkan pada 17 Mac 2013 dan juga beberapa media lain.

Berita itu dengan bangganya menyatakan pihak polis telah berjaya menggagalkan cubaan lebih 5,000 pekerja Nepal mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar tengah hari Ahad setelah mereka mendapat maklumat awal berhubungan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli turut memuji kecekapan pihak polis dalam menghalang protes itu.


Suaram menegaskan bahawa tiada apa yang patut dibanggakan dengan tindakan polis malah sebenarnya ini menunjukkan pihak polis gagal memahami isu sebenar protes tersebut malah pihak polis telah mencabuli hak asasi pekerja-pekerja ini untuk bebas berhimpun secara aman.

Isu pokok ialah majikan gagal laksanakan gaji minima. Golongan pekerja yang terdiri daripada warga Nepal ini, tiada pilihan lain selain daripada menunjukkan ketidakpuasan mereka melalui menganjurkan himpunan aman. Peliknya, semua ditahan sebelum protes berlaku. Apakah kesalahan dan pertuduhan ke atas mereka?

Bukankah tindakan majikan yang tidak mematuhi akta yang telah digubal satu kesalahan? Kenapa patut pekerja luar negara ini ditahan?

Kenapa pula majikan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut tidak dibawa ke muka pengadilan?

Apakah Kementerian Sumber Manusia tiada komen ke atas penangkapan pekerja-pekerja Nepal ini? Tidak memadai hanya menyatakan bahawa pelaksanaan gaji minima ditangguhkan ke satu tempoh lain kerana majikan tidak berupaya membayar gaji pekerja luar negara.

Suaram menggesa pihak polis untuk menghormati Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kebebasan berhimpun, bercakap dan berpersatuan.

Setiap individu harus diberi kebebasan dan hak mereka untuk berprotes secara aman bagi menyuarakan pendapat untuk kepentingan bersama.

Suaram menggesa pihak polis supaya segera melepaskan pekerja-pekerja luar negara yang ditangkap secara ‘random’ yang kononnya tidak mempunyai dokumen sah semasa operasi polis Ahad lepas.

PDRM harus memahami isu periuk nasi kaum pekerja tidak kira tempatan mahupun luar negara. Pekerja Nepal datang ke Malaysia untuk tujuan sara hidup tetapi dieksploitasi oleh golongan majikan bagi tujuan keuntungan kerana mereka umpama buruh murah untuk majikan.

Sekiranya polis tidak memahami fakta ini, maka negara hanya akan mempunyai pihak berkuasa yang pandai ikut arahan atasan tanpa sebarang sifat kemanusiaan dalam diri mereka.

Suaram memahami tanggungjawab pihak polis dalam melaksanakan sebarang arahan yang diberikan. Tetapi pengetahuan asas hak asasi patut difahami dahulu sebelum melaksanakan tugas atas arahan secara membuta tuli.


R Thevarajan
Jabatan Ketelusan dan Reformasi Polis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...