17 Mac 2013

TERPANAS ! DASAR LUAR MALAYSIA 1960 MENYOKONG PEMISAH FILIPINA MEMAKAN DIRI...? [ VIDEO ]


MALAYSIA MENGHADAPI  DASAR 'BLOWBACK' 


KAWALAN ...... Bekas pemberontak Filipina mengatakan pejuang sekali disokong oleh sebahagian kumpulan yang berjuang untuk TUNTUTAN negeri Sabah negara Malaysia.

BEKAS KETUA  NUR MISUARI  kumpulan pemisah Filipina, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), telah memberitahu Al Jazeera bahawa walaupun sokongan dari Malaysia pada tahun 1960-an, beberapa pejuang kini telah berpaling menentang kerajaan Malaysia.

Menurut Nur Misuari, pejuang MNLF telah menyertai Tentera Diraja Sulu, yang telah berjuang untuk tuntutan Malaysia timur Sabah.

Laporan  Al Jazeera Jamela Alindogan  dari ibu negara Filipina, Manila, sama ada dasar luar Malaysia pada tahun 1960-an telah memakan diri sendiri.



16 Mac 2013

TERHOT ! Gambar 5 Pengganas Sulu Yang Dihantar Berunding Dengan Pasukan Keselamatan Di Peringkat Awal Krisis Terdedah !!! [ UNDER CONTROL BEB... ]





EKSKLUSIF!!! Gambar 5 Pengganas Kiram Yang Dihantar Berunding Dengan Pasukan Keselamatan Di Peringkat Awal Krisis!!!

Buat julung kalinya gambar 5 wakil pengganas yang dihantar untuk berunding dengan pasukan keselamatan semasa di awal Ops Sulu dahulu didedahkan. Foto eksklusif ini didedahkan oleh Portal My News Hub. Bagaimana mereka mendapatkannya tidak pula dimaklumkan.

Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.


Pada peringkat itu mereka masih lagi dilihat boleh bersikap tenang.

Dipercayai ramai antara mereka telah terbunuh dalam pertempuran antara kedua pihak tidak beberapa lama selepas itu.


Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.



LAPORAN OPS DAULAT 16HB. MAC -SABTU [ Video menarik ]




Kemaskini 9.30 MLM




PASUKAN KESELAMATAN CADANG BERSIHKAN PENEMPATAN HARAM, PERANGI ANASIR NEGATIF DI SEMPORNA

Semporna, Pasukan keselamatan mencadangkan penempatan haram di beberapa kampung di daerah ini dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan dan aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata antara perkampungan air yang dicadangkan ialah Kampung Simunul, Kampung Halo, Kampung Panji dan Kampung Bangau-Bangau.

"Ini merupakan cadangan kita yang akan dimasukkan dalam laporan Kawasan Keselamatan Pemerintahan Timur Sabah (Esscom)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



 kemaskini :  5.30 Ptg. 
  Azzimudie masih di Sabah, dakwa 'kesultanan' Sulu

Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

Agensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia. -mk



PIHAK BERKUASA KUMPUL BUKTI UNTUK EKSTRADISI AZZIMUDIE

Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.

"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.

"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Terkini Ops Daulat
 Sabtu 11 pagi

Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib, dalam sidang akhbar sebentar tadi mengesahkan, seorang lagi pengganas sulu telah ditangkap jam 6.30 pagi tadi dikawasan Felda Sahabat 17, Lahad Datu. Saki baki pengganas dipercayai telah berpecah dalam kumpulan2 kecil untuk melarikan diri dari buruan Pasukan Keselamatan. Sila salurkan maklumat anda kepada pihak Pasukan Keselamatan sekiranya anda ternampak orang2 yg mencurigakan disekitar anda





Keadaan Kampung Tanjung Batu LAHAD DATU

Kampung Tanjung Batu LD: Keadaan semasa dan kisah 2 Beradik Berkurung 12 hari - sembunyi daripada Pengganas



HKR Bongkar 403j (RM 403 juta penyelewengan BN Kedah)..Tak ramai adale....





 Di Star Walk Alor Star, Kedah Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah, Hari Ini...

Kawan-kawan, janganlah ditipu lagi...UBAH SEKARANG demi masa depan yang lebih cerah!

Marilah tolak Barisan National yang korup dan kotor! Undilah Pakatan Rakyat (PAS / DAP / PKR) parti yang berwibawa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang!


Dianggarkan lebih 10 ribu yang hadir HKR pada petang ini  di Starwalk Alor Setar , pendedahan bersiri BONGKAR  403 juta salah tadbir duit rakyat Kedah zaman BN perintah Kedah.. BN menang Kedah senang..??..terbukti mereka tidak layak mengurus Kedah...duit rakyat depa gasak seropa.... 








GEMPAR ! DALANG SEBENAR " TRAGEDI LAHAD DATU " TERBONGKAR...DAKWAAN USNO...!!!

JIKA INGIN BEDAL, BEDAL SEMUA!



RAHSIA.....Apa hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk Datu Akjan (Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga mengabadikan kenangan bersama.

USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.

Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.

Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.

Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.

Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.

Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.

Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.


Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.


Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.

Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.


TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?.

Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGANAS SULU'


Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.

Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.


Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.

Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.



GAMBAR-GAMBAR PEMIMPIN MALAYSIA DI DALAM WALL ESMAIL KIRAM II  SINI

Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.

Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?



Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.

Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?

Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.

Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.

Salam Hormat,

ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO

SUMBER SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...