15 Mac 2013

GEMPAR!!! MERDEKA.COM MENDEDAHKAN KIRAM MINTA BANTUAN KETENTERAAN INDONESIA!!!


GEMPAR!!! MERDEKA.COM MENDEDAHKAN KIRAM MINTA BANTUAN KETENTERAAN INDONESIA!!!

Mengikut laporan merdeka.com yg berpengkalan di Indonesia, nama sebenar Muizullail Kiram adalah Faizal Abdul Naim, warga negara Malaysia dan berasal Malaka. Menurut laporan itu juga, KIRAM mengaku telah memohon kepada Yang Mulia Presiden Indonesia (Soesilo Bambang Yudhoyono) untuk menolong mereka. Kononnya beliau merujuk kepada Perjanjian Mafilindo yg mengatakan pemerintah Indonesia mempunyai hak terhadap Sabah dan Sarawak.

Kiram menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia asalkan Indonesia mau membantu merampas Sabah dan Sarawak. KIRAM mengatakan pemerintah Malaysia bersifat munafik bedasarkan janji janji yg pernah mereka ditawarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Ternyata KIRAM FRUST MENONGGENG kerana Najib yg didakwanya pernah berjanji sesuatu pada mereka tapi tidak ditunaikan..


Apa yang aku risaukan, bagaimana jika KIRAM berjaya mempengaruhi Indonesia? Ini bukan masalah BN atau PR, tapi masalah rakyat Malaysia! SIDANG PARLIMEN KHAS HARUS DIBUAT!!! Jangan lengahkan lagi sampai apa yg berlaku di Lahad Datu berulang..


Sultan Sulu: Kami ingin bergabung dengan Indonesia


Sumber SINI

SUMBER ASAL DARI MERDEKA.COM INDONESIA

HOT ! VIDEO BAS MERDEKA RAKYAT DISERANG LAGI..DI KUALA KRAU, PAHANG SEMALAM...SAKSIKAN





Bas Merdeka Rakyat ‘dilencong’ ke ceramah Umno diserang samseng

PAHANG 15 MAC: Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.
“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.
“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.







Anwar Ibrahim: Pastikan Ambil Melayu Yang Cerdik & Bersih



MAMPUSDAH...UMNO TERSEPIT MENGHADAPI PRU13 ?


Umno tersepit?

Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti. Umno seolah-olah tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti.

 Rakan utama — MCA dan MIC — dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina tidak perlu menyorokkan realiti sudah nampak menolak MCA secara total. Kempen mereka sudah tidak jelas dan MCA sendiri masih tidak nampak bergerak selain bergantung harap kepada Umno. Begitu juga keadaan kempen dalam MIC bergantung harap pada Umno. Maka politik komponen dalam BN bergantung harap pada Umno dan kaum Melayu dalam mengundi.

Perlu kita melihat bahawa penolakan bangsa lain khususnya Cina merangkumi kegagalan MCA sendiri dalam membentuk perjuangan untuk kaum Cina. Persoalan utama kegagalan MCA sebenarnya amat subjektif. Ada pendapat yang mengatakan MCA terikat dengan Umno lantas perjuangan sebenarnya kaum Cina terbatas dengan gerakan Umno dan NGO yang menyokong Umno. Ini menjadikan MCA tersepit.

Apa pun keadaan sebenarnya amat kritikal apabila BN terpaksa hanya bergantung harap pada undi kaum Melayu dan penyokong Umno. Sedang dalam PR undi menyeluruh berlaku gabungan undi Melayu, Cina dan India seakan terbentuk.

Umno kini tersepit — undi kaum lain penting. Dalam masa yang sama Umno perlu memperjuangkan juga kaum Melayu. Dalam keadaan yang sama juga memperjuangkan kaum Melayu akan menjarakkan sokongan kaum lain terhadap Umno. Keadaan seakan memerangkap Umno. 


Politik perkauman tidak memberi manfaat kepada Umno sungguhpun realiti yang ada – kepentingan orang Melayu dalam keadaan ekonomi yang masih memihak jauh ke hadapan menyebelahi kaum lain perlu dijaga. Ketidakseimbangan pecahan pegangan antara kaum dalam ekonomi seakan menjadi keperluan untuk orang Melayu masih diberi ruangan subsidi. 

Harapan untuk memberi kesedaran kepada rakyat khususnya dalam masyarakat majmuk khususnya kepada Cina gagal dilakukan oleh MCA. Ini adalah kerana perjuangan DAP agak tetap dan keras untuk orang Cina dan perjuangan DAP ini ada disokong oleh orang Melayu dalam konteks politik yang ada.

Umno tersepit, komponen BN juga tersepit kerana meniti dalam garisan realiti. Bagi Pakatan Rakyat mereka meniti persepsi, meniti kepada keindahan dalam kedudukan antara kaum, tidak merujuk kepada keadaan sebenarnya.

Jelas apa yang kelihatan, dalam BN-Umno adalah harapan dan harapan itu semakin membebankan. Keselarasan perjuangan antara komponen BN semakin tidak berlaku dan akhirnya, antara bangkit berjuang dan menang atau tersedut dengan keadaan yang tidak selesa dalam komponen BN yang tidak lagi mengikut aliran semasa. — umno-reform2.com

TERHANGAT ! KERANA NAK TAWAN KELANTAN NAJIB AKAN RASMI PROJEK RUMAH HARAM..?



Najib rasmi pojek perumahan tidak sah petang ini


KOTA BHARU- Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri.

Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.

Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.


Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.

"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat kampung itu selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Raja Udang malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Beliau difahamkan sebanyak 1,000 borang akan diberikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan rumah tersebut.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana.

Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.

"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.

Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki.

Katanya lagi, jika demikian ia akan berlaku masaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan.

Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.

"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.

"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.

Menurutnya, Syarikat Perumahan Negara tidak pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina Rumah Awam Kos Rendah sejak tahun 1990.

Tetapi, tambahnya sekarang tiba-tiba mereka datang untuk membina rumah di negeri ini.

Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.


Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi.

Ismail turut menyatakan kekesalannya di atas perkara itu.

 -harakahdaily

PANAS ! GEMPUR TERAKHIR OPS DAULAT HAPUS SAKI-BAKI MILITAN SULU ...


 


Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.



Menurut maklumat yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.



Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Adalah difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.



Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.



walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.


Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakkan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...