05 Februari 2013

KAN DAH KANTOI ! PKR anjur tarian seksi sebab nak provoke MCA......

Kalau dah bangang tue bangang la juga. BODOH NAK MAMPOS.

Skandal terbaru membabitkan PKR.

1. Satu majlis sambutan tahun baru cina diadakan baru2 ini.

2. Dalam majlis tersebut beberapa penari telah dijemput.

3. Penari tersebut berpakaian sangat seksi, lucah dan porno.

4. Tujuan PKR aka adun Lim Soo Nee jemput penari2 seksi itu adalah untuk menepis tanggapan dan tuduhan MCA kepada DAP dan PAS kedah konon nya PAS kedah extremist. Tidak membenarkan kelucahan berlaku di Kedah.

5. Jadi sebab tue la Lim Soo Nee jemput penari2 tersebut. Lepas tue dia jemput pula CLS untuk hadir bagi melihat sendiri persembahan tersebut. Hah.. nampak tak? Kami boleh je di sini, di kedah. Apa yang extremistnya? Pas oke, kami pun oke berkerjasama dengan pas. Momantai ah.

CILAKAK punya orang.

Momantai kepala hotak kau.

Mana ada orang pergi jemput penari lucah semata2 nak bagitau yang PAS kedah bukan extremist?

Kalau lue nak cakap PAS kedah tak extremist lue jemput la penyanyi yang biasa2 seksinya bagi kalangan lue.

Kalau lue jemput penari lucah hatta kat mana2 negeri sekalipun memang perbuatan tersebut di anggap melampaui batas.

Lucah ma. Lucah.




Hadoi. Apa la nak jadi dengan PKR neh weh. Lepas tue siap jemput si CSL lagi. Nasib baik la DSAI tak hadir ke program tersebut. Nasib baik la DSAI dah keluarkan statement agar majlis tersebut di siasat.
Pendapat aku minta tolong check sekali otak Lim Soo Nee tue. Aku suspect dia ada masalah di otak. Orang gila mana tah sanggup undang penari berpakaian seksi gila [lucah] untuk menari dalam satu majlis yang terang2 babitkan parti politik lepas tue parti politik tue plak pusing satu malaysia bercakap isu moral. Kalau sakit.. makan ubat tau. Jangan berkawan rapat sangat dengan CSL. Nanti bertambah sakit tue oke?

KAH KAH KAH


amenoworld.blogspot.co


Nak mintak komen PKR Kedah hangpa masuk minit mesyuarat dak benda nie.......



TERPANAS ! USAHAWAN & AHLI POLITIK LARI KE SINGAPURA....PETANDA BN AKAN BUNGKUS...!!!


Usahawan, ahli politik Malaysia melabur di Singapura

Perkara ini dilihat semakin menjadi ikutan, yang dijangkakan pemerhati dan akan berterusan tahun ini, lapor akhbar republik itu “menimbulkan ketidaktentuan keputusan pilihan raya, yang telah menyebabkan kegelisahan di kalangan ahli perniagaan di sana”.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim adalah sebahagian besar daripada ramai ahli politik dan usahawan Malaysia yang melabur di Singapura, lapor akhbar Straits Times hari ini.

Zaid, 62, menyertai taikun media Datuk Tong Kooi Ong dan Datuk Dani Daim, anak kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, apabila membeli pegangan saham dalam syarikat tersenarai Singapura.




Perkara ini dilihat semakin menjadi ikutan, yang dijangkakan pemerhati dan akan berterusan tahun ini, lapor akhbar republik itu “menimbulkan ketidaktentuan keputusan pilihan raya, yang telah menyebabkan kegelisahan di kalangan ahli perniagaan di sana”.

Zaid (gambar) bulan lalu telah membeli 350 juta pegangan saham dalam syarikat berpangkalan di Singapura Ipco International pada harga S$6.9 juta (RM17.15 juta), yang memberikannya tujuh peratus pegangan dalam syarikat tersebut yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagan di seluruh dunia, termasuk pembinaan dan infrastruktur, serta sektor tenaga hijau.

“Syarikat ini telah pun sedia ada dalam aktiviti perniagaan dan saya mempunyai masa untuk menyumbang apa yang dimilikinya di China,” katanya kepada ST, dan menambah Singapura adalah lokasi terbaik untuk menjalankan perniagaan.

Pengasas firma guaman ternama di negara ini berkata kepada akhbar tersebut beliau ingin melabur di Ipco, yang mempunyai hak untuk menghasilkan minyak dan gas asli di China.

“Saya perlu bermula, dan Ipco berpangkalan di Singapura, sebab itu saya meminatinya. Lebih banyak peluang dan kecairan,” kata Zaid.

Akhbar Singapura itu melaporkan Tong, seorang broker saham ternama, bekas pegawai bank, penganalisis pelaburan dan sekarang ini merupakan Pengerusi Eksekutif The Edge Media Group — yang menerbitkan akhbar perniagaan di sini danSingapura — telah menjadi pemegag saham tunggal terbesar dalam UPP Holdings.




Dani, juga dilaporkan melabur di republik berkenaan, dengan nilai S$4 juta (RM10 juta) bagi pegangan saham 17.8 peratus dalam syarikat Asiasons WFG Financial Mac lalu. Syarikat itu kemudiannya ditukar kepada ISR Capital pada Disember lalu.


Akhbar berkenaan turut melaporkan pelabur akan mula mengejar saham apabila mereka yakin perniagaan mereka akan berkembang di sana.



ADAKAH RAMALAN INI BUAT MEREKA....GELABAH.....???? 




Kedahkini

Panas ! Bakal MB BN Yang Kurang Cerdik ...Kata Blogger Pro Umno..!!!


Admin Ada tulis pasai perkembangan KUIN yang berjaya direalisasikan oleh Kerajaan PR,  admin bukan nak puji Ostaz Azizan ini memang amanah setiap pemimpin yang dipilih bukan bagi alasan-alasan bodoh yang merugikan rakyat.  Tapi kalau hangpa baca SINI nilai sendiri alasan kurang CERDIK  Seorang pemimpin Utama Umno Kedah dikatakan bakal MB, memang hancurklah negeri Kedah kalau depa menang kali nie.

Ini disahkan sendiri oleh Blogger pro Umno  , iaitu Mummy Rokiah... kali ni dia tibai Datuk Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan oleh kerajaan BN Pusat. Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja secara bebas, tak terikat makan upah macam blogger dari team tertentu. Jadi pandangannya adalah bebas. Selamat membaca...


KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah



MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.

Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut.

MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya.

Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut.

Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata ‘not even a single cent from Federal Govement’. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari ‘self generated’ atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman.

Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat.

Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa para cerdik pandai dan golongan intelektual.

Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata.

Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.

Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS.

Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.

Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.

Panas ! Gangster Serang Ceramah PR di Felda Sg. Tengi...


Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam ini. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba2 hampir 200 orang yg dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit2 mahu saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dgn baik.

Oleh kerana, samseng2 tidak mau beredar dan bimbang keselamatan hadirin; ceramah di batalkan.

Provokasi samseng2 ini dirakam. Gelagat mereka disaksikan kira2 300 orang penduduk Sg Tengi.


Tindakan samseng Umno menghuru harakan majlis ceramah malam ini ditonton oleh penduduk Felda Sg Tengi. Gelagat mereka yg membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain diperhatikan hadirin. Menolak, menumbuk dan menendang petugas Unit Amal sengaja dibuat bagi memancing kita untuk 'bertempur'.

Alhamdulillah, pemimpin, ahli PAS dan hadirin bersabar. Kami berselawat dan berzikir beramai2. Saya ingat pesanan ACP Ramli Yusoof dan DSP Anuwal, pegawai kanan Bkt Aman, agar merakam kejadian dan tag individu mereka sebagai bahan bukti. Serahkan kepada Polis.

Memorandum yg diserah kpd polis semalam di Bkt Aman adalah lahir dari kesedaran bahawa polis wajar mempertingkatkan usaha menjaga keamanan negara. Umno tidak ada hak untuk menghalang sesiapa sahaja bebas bergerak, bersuara dan berhimpun.

Apatah lagi berlagak gangster dengan membelakangkan undang2. Sedihnya perbuatan mereka hanya diperhatikan sahaja oleh pihak polis. Walhal, seharusnya polis bertindak pantas mengusir para samseng yg membuat kacau bilau dalam majlis kami.

Sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap. Menjerit2 memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis. Umno, Seranta Felda membuat majlis di setiap felda menyerang peribadi saya. Buatlah, saya tak kacau pun. Mereka naikkan banner dan menulis perkataan yg mengaibkan saya. Kalau itu boleh memuaskan hati Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad, teruskanlah...

Apapun saya serah kepada kebijaksanaan pihak polis. Laporan polis telah dibuat malam tadi oleh YDP PAS Kawasan Ulu Sgor, Ketua Kampung Sg Tengi dll. Saya terharu, hampir seratus orang penyokong Pakatan Rakyat berada di IPD Ulu Sgor, hingga hampir jam 3 pagi tadi menunggu siapnya laporan polis.


Saya yakin provokasi samseng2 berbayar ini akan memakan diri mereka sendiri. Penduduk Sg Tengi, Gedangsa dan sueharto semakin meluat dengan Umno. Akhlak buruk mereka tidak akan mendapat sokongan pengundi.

Insyaallah, sokongan berganda kepada PAS dan PR. Terimakasih kpd YB Dr Rani Osman, YB Elizabeth Wong, Ketua Dewan Pemuda PAS, Hasbollah dan ramai rakan2 yg hubungi saya agar kita bersabar.


Fb- Mazlan Aliman


SYABAS TERKANTOI !!! Punca Air Terawat Tak Cukup Terbongkar....



Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji



 Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.

Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.

“Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka,” kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.



Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.

“Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

“Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek,” ujarnya lagi.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.

“Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya percaya Kerajaan Negeri merupakan ‘pay master’ yang bagus,” kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman salah sebuah syarikat anak emas terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...