03 Februari 2013

Panas ! Kubu Umno Tuaran Pecah...280 Ahli Masuk PKR..


KUBU UMNO TUARAN MULA ROBOH


Ini bukan khabar angin. Ini betul betul! Syabas dan Tahniah kepada mantan ahli PKR dan pimpinan UMNO Sulaman Tuan Hj Ali Akhbar Kawi beserta 280 yang lain kerana telah keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ini membuktikan bahawa PKR adalah parti pilihan rakyat.


Kejadian yang kurang baik terhadap UMNO Tuaran supaya dapat mendidik penyokong  tidak 'mencuri' bendera PKR dan membocorkan tayar kereta penyokong pembangkang seperti yang terjadi pada 1 Februari 2013 di Kg Mengkabong dan pada 2 Februari 2013 di Kg Tajau.

Cukuplah dengan rakaman video oleh cawangan khas, Majlis Karaoke di rumah berhampiran dan jeritan dari jalan raya. Ini bukan budaya kita untuk menganggu majlis di rumah jiran. Kita mahu politik aman!

Selamat datang dan selamat bergabung kepada Hj Ali Akhbar Kawi dan 279 mantan ahli UMNO yang lain atas penyertaan mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat Tuaran.

Majlis penyerahan borang dan penyematan lencana PKR telah disempurnakan oleh YB Shuhaimi Safie, di satu majlis rapat rakyat bertempat di perkarangan Markas PKR Kg Tajau, Serusop, Tuaran pada malam semalam.

Tahniah kepada tuan-tuan semua. Kini kubu selamat UMNO Sulaman tidak selamat lagi. Seorang demi seorang pemimpin dan pengikutnya keluar dari UMNO dan menyertai PKR/PR.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO/BN Sulaman telahpun menyertai PKR. Antaranya, Hj Amin Ibrahim, Dominic Ombilod Onul, Mohd Fairuz Bandar, Balanting Erom dan malam semalam pula giliran Haji Ali Akhbar Ali Akbar Kawi.

Tahniah tuan-tuan semua. Membujur lalu, melintang patah! Lawan tetap lawan. Lawan sampai menang. Putrajaya kita tawan!

INI KALILAH!

Panas ! Left.Jeneral B Datuk Abd Ghafir...YAKIN PR Bentuk Kerajaan Pusat !!!


PRU13: Pakatan Rakyat mampu bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau yang berucap pada Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS memberitahu melihat kepada perubahan yang ketara sokongan rakyat serta penyertaan dari golongan profesional dan ahli perniagaan pasti kemenangan ini tidak boleh dinafikan.

Malah menurut beliau lagi, pada Pilihan raya Umum ke-12 (2008) telah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenangi Putrajaya.

"Saya pasti melihat kepada perubahan hari ini, Pakatan Rakyat pasti memenangi PRU13 seterusnya membentuk kerajaan.


"Jika sebelum ini pada PRU12, saya merasakan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya untuk tawan Putrajaya dan kali ini segalanya menjadi milik Pakatan," ucap beliau di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Beliau turut memberitahu Kementerian Pertahanan merupakan agensi kerajaan yang menerima peruntukan terbanyak setiap kali bajet diluluskan.

Namun, perbelanjaan tersebut banyak yang melanggari etika yang telah ditetapkan.

"Saya telah dedahkan sebelum ini, yang mana dalam Kementerian Pertahanan terlalu banyak membuat pembelian secara terus dan ini memberi ruang berlakunya rasuah.

"Saya akan terus mengeluarkan kenyataan, perkara ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan, semoga ia menjadi beban kepada kerajaan untuk menjelaskannya," ucap beliau di hadapan kira-kira 300 peserta.

Abd Ghafir memberitahu walaupun beliau tidak menyerta mana-mana parti politik tetapi akan terus memberi sokongan kepada parti yang membawa kebajikan dan kebajikan kepada rakyat khususnya negara ini.

Hadir dalam program hari ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Tamrin Ghaffar turut hadir.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Himpunan tersebut. Majlis dipengerusikan oleh bekas pelakon, Bob Lokman.

TERHOT ! LAMAN JAWI DIGODAM..INI KERJA DAP...???


Penggodam muat ceramah Azhar Idrus di laman JAWI

Laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjadi sasaran penggodam dalam satu kejadian yang dikesan pada malam tadi.

Penggodam berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Sofea Hana, menukar laman utamanya dengan satu video yang menunjukkan satu syarahan oleh penceramah popular Azhar Idrus.

Turut dimuatkan adalah sepotong hadis riwayat Imam Muslim berhubung bahaya fatwa oleh orang jahil.

"Bahawasanya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus dari (dada) manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.

"Maka apabila pemimpin yang hahil itu ditanya, mereka akan berfartwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain,"
hadis itu dipetik.

Laman berkenaan bagaimanapun dikesan kembali pada keadaan sedia kala pada kira-kira jam 9 malam tadi. ~ mk

Panas ! Punca Mahathir Pulun Kempen Terbongkar...Dia Nak Selit Anak la woi...!!! (+video)


Elak soal isu calon, pastikan BN menang pilihanraya umum, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Calon BN Parlimen dan DUN Merbok Bocoq...!!!
dari blog :  AnakKedah007

Ketua UMNO Merbok taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

Tajul Urus Md. Zain (dua, dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya menerima replika tajaan  kempen 1Rumah 1Utusan daripada Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (kanan) sambil diperhatikan oleh Opat Rattanachot (tengah) di Sungai Petani, semalam.

Apa habaq hangpa semua...lama kami tak update blog nie.... bukan apa dok pikiaq jugak nak update natang pa...nak belasah MB rasanya sehari dua nie kerja buat dia OK tak ada yang nampak lari dari landasan dia.... nak belasah NASA..rasanya biaq la dia meroyan seorang diri macam tu ja kot.... nak belasah UMNO BN..yang tu tak payah habaq laa...kami tak belasah pon hangpa dah tentu laksanakan tugas tersebut....


Psssssssssttttttttttttt... hari nie kami nak cerita bab pertarungaan tenaga batin di Parlimen Merbok...nampak nya sudah ada jurus santau menyantau antara orang-orang kuat merbok... semuanya ini bermula dengan senarai nama calon2 bagi parlimen dan dun di Merbok...


Hangpa nak tau sapa calon merbok..nie dia...depa dah mai lunggok adik tokey arak san miguel mai kat Merbok....nah hangpa tengok la senarai calon-calon depa...


parlimen:- y.bhg.dato' mokhzani tun dr mahathir

dun tg.dawai:- ir romli ishak
dun bkt.selambau:- dgr kata subra...



Jadi kepada  kawang-kawan kat MERBOK rasanya hangpa tau la kot nak cari peluru lagu mana....




Semalam di Langkawi orang kuat Tun dok sembang DUN Kuah dah nak bubuh Muhkriz bertanding kalau depa ambik balik Kedah tentu  calon utama nak ganti Ostaz Azizan.

Kedahkini

Panas ! Polis Berkerja Untuk Rakyat atau Untuk Mafia..???


Pengerusi MyWatch diancam akan ditembak polis
Hamdan menunjukkan dakwaan Sanjeevan dalam sebuah laman blog pada sidang media di IPK negeri, semalam.

SEREMBAN - Satu pasukan khas diwujudkan polis negeri bagi menyiasat insiden membabitkan Pengerusi Pasukan Tugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pasukan tersebut ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Sanjeevan yang kononnya diancam akan ditembak polis kerana cuba mendedahkan aktiviti perjudian siber di Jelebu.

“Kita sedang menyiasat kesahihan dakwaan Sanjeevan melalui laporan yang dibuatnya pada 29 Januari lalu, dan jika benar perkara ini berlaku, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada anggota yang terbabit.

“Bagaimanapun, kita menyangkal tohmahan beliau yang mengatakan, polis melindungi aktiviti perjudian siber di Jelebu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Hamdan berkata, pihaknya turut menafikan, kononnya polis di daerah berkenaan enggan mengambil sebarang tindakan terhadap premis judi terbabit sejak dua tahun lalu.

“Statistik kita pada 2011 menunjukkan, sebanyak 66 serbuan dilakukan, di mana 75 individu telah ditangkap dengan 52 daripadanya dituduh manakala dua lagi masih dalam siasatan, selain menyaksikan sebanyak 719 mesin judi dirampas.

“Pada 2012, sebanyak 153 serbuan dibuat dengan menyaksikan 41 daripada 70 individu yang ditangkap telah pun dituduh, serta mencatatkan hasil rampasan sebanyak 864 mesin,” katanya.

Menurut beliau, sehingga 28 Januari 2013 pula, sebanyak tujuh tangkapan telah dibuat dengan 84 mesin diperolehi, hasil 12 serbuan yang dilaksanakan.

“Justeru, tohmahan dilemparkan Sanjeevan bahawa polis membiarkan premis judi berleluasa di sekitar Jelebu ternyata tidak benar,” katanya.

Mengulas tentang tiga anggota polis yang enggan mengambil tindakan semasa di lokasi kejadian, Hamdan menjelaskan, keputusan dibuat mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 serta Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Peraturan tersebut menggariskan, hanya polis berpangkat Inspektor dan ke atas sahaja dibenarkan memasuki premis berkenaan untuk menjalankan serbuan dan rampasan.

“Lagipun, serbuan tidak boleh dibuat secara melulu berikutan perlunya persiapan rapi serta kehadiran pakar siber, demi menjamin hasil yang positif,” katanya.

Terdahulu, Sanjeevan dalam sebuah laman blog mendakwa, telah membuat laporan polis berikutan menerima ugutan melalui panggilan telefon kira-kira jam 3.43 pagi, bahawa akan ditembak oleh anggota polis kerana mendedahkan kegiatan perjudian siber di Jelebu.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila tiga anggota polis yang hadir ke lokasi perjudian di situ tidak mengambil sebarang tindakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...