01 Februari 2013

Panas ! Sapa Pulak Pedajai Shafie nie...SPRM Dah Buka Kes Zahida..?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyiasat pemberian RM1.5 juta kepada seorang artis terkenal, Zahida Rafik.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, seorang pegawai SPRM memberitahu akan memanggil Shafie selepas mendapat keterangan daripada Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

“Memang sepatutnya amalan neutral mana-mana siasatan, kedua pihak pengadu dan yang diadu dipanggil memberi keterangan.

“Peranan SPRM yang sepatutnya ialah menyiasat mana-mana transaksi yang mencurigakan, tanpa perlu menunggu aduan orang ramai,” katanya kepada Keadilandaily.


Bekas pemandu Zahida Rafik dipanggil ke SPRM

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.

Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau percaya Azman dipanggil berhubung kes dakwaannya sebelum ini yang melibatkan Zahida (kiri) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.

Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.

Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.

Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari. Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.

Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).

"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA."Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.

"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.

Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa. Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini.

TERKINI ! Selangor Ambil Alih Air, Tempoh 14 Hari..Ini Bukan Gempak Real Punya..!!! ( + Video )

Cover SelangorKini Februari 2 2013

MB: 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara itu semalam.

“Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri.

“Tapi kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada bahagian-bahagian maklumat yang sensitif,” kata Khalid pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).

Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut.

“Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita tulis selanjutnya supaya dia terima,” jelas Khalid.

Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).

“Ini akan dibuat selepas 14 hari,” kata Khalid.

Semalam, kerajaan Selangor menulis surat kepada Fah Kui memaklumkan pengambilalihan perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Pengambilalihan akan diteruskan dalam tempoh itu sekiranya kementerian tidak memberi sebarang maklum balas, menurut Khalid.

Fah Kui dalam kenyataan berkata, Pusat tidak akan menghalang Selangor mengambilalih perkhidmatan air jika semua pihak bersetuju.

Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini pula menyatakan Pusat tiada halangan untuk Selangor mengambilalih perkhidmatan air.



Komen : TS Khalid tentu ada Strategi koprat dia...admin harap benda ini berjaya melalui pengalaman beliau berbanding khir toyo yang tidak boleh diharap untuk mengurus ekonomi Selangor.....

TERKINI ! SHAFIE HANTAR BONEKA DALAM PKR....??


NAZMAWATI FOR SALE?




NAZMAWATI Binti Walli adalah pendatang baru dalam arena politik, khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semporna. Namun apa yang membimbangkan ramai penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati ini tidak mempunyai pengikut atau penyokong yang ramai baik dalam PKR mahupun dalam daerah Semporna itu sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan penyokong PKR Cabang Semporna, sejak kebelakangan ini tindak-tanduk Nazmawati dapat mengatasi kuasa Ketua Cabang PKR Semporna, seolah-olah dia bertindak atas kapasiti Ketua Cabang.

Situasi ini, jika tidak dibendung boleh mendatangkan perpecahan dalam PKR cabang Semporna seterusnya akan mendatangkan kesan negatif dalam PRU-13 nanti.

Perkara yang menjadi tanda tanya kepada seluruh penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati bersama ayahnya, Walli adalah masih ahli UMNO.

Seandainya dakwaan ini benar, maka matlamat Nazmawati menyertai PKR adalah semata-mata ingin menghancurkan PKR Cabang Semporna. Dakwaan ini ada asasnya kerana ayahnya telah diberikan projek atau kontrak sebagai pembekalan makanan bermasak di SMK Tun Sakaran.

Mengikut hukum logik akal, tidak mungkin Walli diberikan projek atau kontrak jika beliau benar-benar berjuang dalam PKR. Tidak  mustahil pemberian kontrak atau projek ini sebagai habuan atau penghargaan seandainya Walli berjaya melaksanakan misinya untuk menghancurkan PKR Cabang Semporna.

Ini bermakna penyertaan Nazmawati bersama ayahnya dalam PKR Cabang Semporna ada makna sebaliknya. Lagi dibimbangi oleh penyokong PKR seandainya Nazmawati dicalonkan PKR untuk menentang Datuk Shafie Afdal di kawasan Parlimen Semporna, kebarangkalian Nazmawati akan umumkan undur/tarik diri dan akhirnya Shafie Afdal diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Situasi ini tidak mustahil kerana kita sedia maklum dunia politik ini penuh dengan pelbagai strategi atau tipu helah bagi memperolehi kemenangan untuk diri sendiri. Oleh itu diharap kepada Ketua Cabang menyiasat hal ini sebelum nasi menjadi bubur atau sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Salam Hormat,

PENGUNDI SUNTI PRU-13

Panas ! Perhimpunan Anak Muda BN Kedah..2 juta Yang Hadir..?

BN Kedah terima pukulan maut... hanya 2,000 (anggaran maksimum) anak muda hadir bertemu PM


Himpunan syok sendiri BN untuk 'menipu diri sendiri'

Oleh: Sudin Ishak

BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.

Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini. Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.

Tidak ada perkara besar dalam ucapan Najib... mungkin kerana sudah terlalau banyak berjanji tapi jarang tertunai, kali ini Najib menjanjikan sebuah litar lumba untuk mat rempit apabila mendapati ramai yang hadir terdiri dari mat rempit. Biasalah tu cara Najib tagih sokongan... kalau yang datang tu ramai peminat rock mungkin Najib akan janjikan pentas rock percuma di setiap daerah. Beliau akan buat apa saja untuk membeli undi... di saat nazaknya BN.

BN semakin gelabah dengan kebangkitan anak-anak muda menolak BN. Ia adalah fenomena biasa bagi golongan muda di seluruh dunia.. iatu menolak sebuah kerajaan yang terlalu tua, tidak pernah bertukar sejak merdeka.


(Bosan menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba)

(Ramai yang hadir ialah bakal anak muda dan bekas anak muda)

(Para peniaga tiada mendapat manfaat)

(Ramai peniaga mengeluh.. pelanggan kurang)

(Suasana macam dilanggar geruda)

(Waktu PM sampai agak ramai sedikit... itupun tak sampai 1000 yang berada bawah khemah, yang lain berlegar di luar khemah mungkin bosan menatap wajah PM)



Hot ! Mad Bashah Jangan Bagi Kenyataan Merapu....














Ini Kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah tentang KUIN rakyat Kedah cuba fikir tahap otak bakal MB cuma tahap Jkkp bukan nak pelekeh tapi teruk sangat.

 Ini semua pinjaman atas pertimbangan perniagaan bukan dasar politik, kalau dasar politik mampuih bank tidak akan lulus tentu tidak akan boleh bayar punya. 

Itu sebab masa rakyat bagi hangpa memerintah hutang negeri lebih RM2 bilion semua projek GLC hangpa buat macam syarikat umno dan bapak hangpa punya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...