30 Januari 2013

EDISI KANTOI ! UMNO Cuba gagalkan MB agih geran kepada peneroka...perangai macam Zionis



Umno cuba gagalkan MB agih geran kepada peneroka. 

Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir hari ini.

Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.

Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.

Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din. 
Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.

Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.

Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.


P/S : Pelik puak-puak ni ... orang nak serahkan geran pun nak dihalangnya....weiiii mu nengok jelah pemimpin umno kalau nak tanah senang2 jer dapat ....mu rakyat yg dok jilat umno doklah lagu tu...nak beri peneroka geran pun mu buat demo....


Tok Guru singgah bersarapan pagi di Kedai Nasi Kerabu Kak Tie Sungai Durian dalam perjalanan ke Lebir, Gua Musang utk menyempurnakan majlis penyampaian geran tanah kpd peneroka RKT Kesedar.

TERKINI ! SELANGOR AKAN BUBAR DUN SELEPAS TAHUN BARU CINA...APA MACAM NAJIB...( +video )



Selangor akan bubar DUN selepas Tahun Baru Cina

SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.


Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.



PANAS ! ADUN, AHLI PARLIMEN BN BOIKOT MAJLIS DYMM SPP YDP AGONG...SEMUA JENIS PELAQ...!!!

Semalam berlangsung majlis Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil daerah Baling. 

Dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah  juga pelantikan dengan perkenan Tuanku melantik Dato Dr Afifuddin mantan Menteri Kewangan sebagai Pro Canselor KUIN. Seorang yang layak walaupun bekas pemimpin Umno. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 830 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar.

Tuanku  Sultan kelihatan sangat teruja dengan perkembangan luar biasa kampus ini. Dengan kos RM 330 juta dan tanah seluas 830 ekar adalah mercu tanda pembangunan ilmu di Kedah.

Pembinaan kampus ini tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan sering jadi bahan ejekan  oleh pemimpin Umno yang juga parti pembangkang di Kedah.

Lebih malang sekali dalam sejarah Adun-Adun,Ahli Parlimen BN dan Bebas tidak hadir walaupun dijemput dalam majlis yang melibatkan DYMM SPB YDP Agong, KCS semua hadir pada majlis tersebut, kalau kena kepada PR tentu isu ini dimainkan oleh media utama 7 hari 7 malam....Adakah perbuatan mereka ini  derhaka kepada  Raja..rakyat Kedah fikirlah sendiri tahap pemikiran mereka.....







HANGPA TAKDAK TELOK...?

Kedahkini

Panas ! Wa Tabik sama LGE Yang Berani Sekru Peguam Negara... AG Yang Paling Merapu Dalam Dunia...


LGE tanya AG: Bagaimana dengan Ibrahim Ali?
DAP berkata bahawa jaminan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa tindakan akan diambil terhadap laporan atau ketetapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah adalah tidak bermakna apabila beliau gagal untuk mengambil tindakan terhadap seruan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya dibakar Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.



Bukan itu sahaja, Abdul Gani juga telah gagal untuk menubuhkan
Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh RCI Polis, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

"Abdul Gani telah pun membuktikan bahawa beliau takut untuk mengambil tindakan dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin BN, kroni atau penyokong mereka.

"Contoh yang paling jelas bahawa beliau takut dan mengamalkan dwi-standard adalah keengganan beliau untuk mengambil tindakan terhadap PERKASA atas seruan mereka untuk membakar Bible dengan alasan yang tidak masuk akal bahawa belum ada Bible yang dibakar lagi, dan beliau hanya akan bertindak setelah ada Bible yang dibakar
!

"Pada masa yang sama, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin PR seperti Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh atas dakwaan hasutan," kata Lim.

Semalam, Gani berjanji bahawa kerajaan akan bertindak atas apa-apa laporan atau resolusi oleh RCI mengenai pendatang haram di Sabah, dan tindakan akan diambil jika unsur-unsur jenayah terlibat.

"Ya, jika terdapat kesalahan jenayah, kita akan bertindak. Ini adalah janji kerajaan. Itulah sebabnya RCI ditubuhkan,"
Gani dipetik sebagai berkata.

Lim berkata, jaminan Abdul Gani bahawa beliau akan bertindak sekiranya ada kesalahan jenayah merupakan janji kosong berikutan simdrom penafian kerajaan BN dalam kes kematian ngeri pengawal sekuriti C Sugumaran dalam keadaan digari oleh polis, dan kematian mangsa dalam tahanan seperti Chang Ching Te dan K Kugan serta kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, masa sudah tiba bagi rakyat Malaysia untuk menggugurkan Peguam Negara yang didakwanya bersifat politik dan yang tidak berfungsi melainkan untuk memenuhi keperluan tuannya.

"Rakyat Malaysia berhak mempunyai Peguam Negara yang menunaikan tanggungjawabnya secara profesional dan tidak berat sebelah mengikut undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

"Selagi para kroni dan penyokong pemimpin BN mempunyai imuniti undang-undang sementara rakyat yang tidak bersalah dihukum oleh Peguam Negara hanya kerana mereka berbeza pendapat atau menentang BN, selagi itulah tidak ada keadilan untuk semua," tegas Lim ~mk

29 Januari 2013

PANAS ! KONTRAKTOR HANTU 1M....SAPU PROJEK RM2.47 BILION



gamuda-power1

Kenyataan Media
29 Januari 2013
MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG
Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.
Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.
Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah  2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.
Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.
Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.
Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.
Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.
  • Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.

  • Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan
  • Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.
  • Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.
  • Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.
Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.
Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah
  • 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction
  • YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan
  • CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited
  • Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited
  • Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.
  • Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.
  • Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad
  • Genting Sanyen Power Sdn Bhd
  • Sime Darby Power Sdn Bhd
Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.
SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;
  • TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.
  • Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.
  • Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.
Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;
  • Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?
  • Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu  menjelang PRU ke 13.
SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.
Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.
Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...