03 Januari 2013

TERHOT ! KEDUTAAN JEPUN SAHKAN SERAH WANG PAMPASAN RM207B KEPADA KERAJAAN UMNO@BN !!!


(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".

Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal

-maklumat dari Twitter

Di kedutaan Jepun KL bersama pimpinan persatuan kebajikan bekas pekerja paksa dan waris landasan keretapi maut siam- burma temu duta jepun moga isu ini dapat dibangkitkan kerana melibatkan RM 207 BILLION..

Pertemuan tersebut dengan Mr.Takahara suegami setiausaha  kedutaan Jepun memberi layanan baik serta kerjasama jaminan mengesahkn maklumt dan  status pampasan

TERKINI ! DEEPAK SERAH DOKUMEN KEPADA KEADILAN MELALUI ORANG KETIGA..!!!


Semalam Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah baca SINI 

Hari ini Rafizi  menjawap dakwaan Deepak tentang  dokumen tersebut :

Deepak Menyerahkan Dokumen Kepada Orang Ketiga, Pihak Berkuasa Wajar Siasat
Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.

Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:

1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;

2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;

3. Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;

4. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;

5. Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam;

6. Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.

Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak.

Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.

Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.



Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat.


RAFIZI RAMLI

HOT ! KOMPOM DEEPAK DARI KEM MAHATHIR...!!!



Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...


Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.

Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..

Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya di ( SINI )

Kenapa dan mengapa agaknya?

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..


14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.


Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..


Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.


Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..


Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...

By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam kenyataan media Rafizi itu di ( SINI ) atau di ( SINI )..

Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?

Rafizi menyatakan.."Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor."

Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi?? 

PENING ! " C4 UNTUK UMNO AKAN MELETUP " - SUMBER AHLI UMNO

Tekanan isu Deepak terlalu berat hingga tak mampu ditangkis, Najib-Rosmah jadi liability pada BN...


Muhyiddin bersiap sedia ambilalih sebelum PRU13

 Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.

Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.

Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.

Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.


“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”

“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.

“Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

02 Januari 2013

TERPANAS ! BENARKAH NAJIB SUDAH SERAH KUASA..???


Muhyiddin kudeta kuasa Najib?

Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.


Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.

Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.

Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?

Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.

Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya?

Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sylit itu dibawa jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak.

Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyiddin memenuhi beberapa slog kenegaraan sementera Najib pulang.

Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berehat di luar negara atau shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shopping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan menggelombangkan aspirasi tahun baru.

Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya perutusan Najib dipotong 15 minit dari time asal).

Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas.Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus.

Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai prestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib.

Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib.

Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiada apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat.

Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno di tangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina. Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang gentleman dan berdasarkan fakta kecewa degan Najib.

Selain itu pendedahan tauke karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak.

Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan ototnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendukung dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menunjukkan kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelongsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada prima facie.

Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendak diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah.

Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk di hadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyuddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu.

Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Muhyiddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya.

Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafei Apdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri! Hebat.

Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk menguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya.

Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerjakuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri.



Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein ataupun para diktator lain. Yang terbayang di mata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani.

Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri. -mso
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...