27 November 2012

Sabotaj Dalaman Punca Umno Akan Tewas PRU13 - Akui Mahathir


MAHATHIR RAMAL UMNO MUNGKIN TEWAS JIKA....

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.


Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.
"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.
"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir.
Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan.

Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat.

Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan.

Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri.

"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri.


"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya.
Dalam pada itu, Mahathir turut meramalkan bahawa BN akan memenangi semula negeri yang telah tewas pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga terpulang kepada Umno itu sendiri.

"Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat- kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan Kelantan.

"Namun itu semua terpulang kepada Umno itu sendiri," katanya sambil menambah, sabotaj dalaman merupakan faktor utama yang menyebabkan kekalahan Umno.

26 November 2012

Panas ! Kejutan Dalam PAU..Hasan ali dan Nasharudin umum masuk UMNO..???


Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?
Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini.

Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkata pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sam-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya?

Lihat Pula Berita dari Blog Pro UMNO:

Sudah pecah berita daripada puak-puak Pakatan Rakyat sendiri, khususnya dari kalangan mereka yang berkopiah putih tetapi berhala di dalam hatinya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bahawa satu kejutan akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Kejutan yang dimaksudkan adalah kemasukan beberapa orang pemimpin PAS ke dalam UMNO di mana dua orang daripada mereka adalah bekas pemimpin tertinggi PAS.

Bagaimanapun, nama kedua-dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak disebut. Puak-puak yang memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu, agak berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana bimbang mereka akan menelan kahak sendiri.

Berdasarkan senario masakini, dua orang bekas pemimpin tertinggi PAS yang dimaksudkan itu menghala kepada Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Gombak Setia yang sekarang ini masih mengetuai JATI, sebuah NGO yang menentang hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR yang disifatkan sebagai menghalalkan pemurtadan.

Manakala Nasharuddin Mat Isa, dibenci dan seringkali ditohmah kerana beberapa kenyataannya yang memperkatakan perkara sebenar tentang PAS yang bernasib malang sepanjang berada di dalam Pakatan Rakyat, memperkecil-kecilkan usaha PARASIT dan IBLIS di dalam PAS.

Adakah yang dimaksudkan sebagai dua orang bekas pemimpin PAS tersebut adalah Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali?

Kantoi ! Hishamuddin Hussien Halang 2 Peguam Perancis Masuk Ke Malaysia, taklimat Scorpene hanya di Singapura esok

Najib Takut Dan Bacul : Halang masuk M’sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok



 Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.

“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).

“Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.
Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.

“Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter dan facebook. Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan secara langsung melalui internet,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily. 

Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.


Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Panas ! Sapa kata Najib Takada Telor...neh dah umum PRU13 bulan disember...


PRU13 boleh diadakan pada Dis walaupun musim tengkujuh
 
“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,”

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diada-kan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jen-tera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,” katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden UMNO, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

“Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Di-sember ini,” katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. — Bernama

PRU13 boleh diadakan pada Dis walaupun musim tengkujuh

“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,”


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diada-kan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.


Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jen-tera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.


“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,” katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden UMNO, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

“Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Di-sember ini,” katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Panas ! Adun Batang Kali Yang " Otak sek "....? ( + video )

Usul Tindakan Disiplin Terhadap Adun Umno Seksis Bakal Dicadangkan


Adun Pakatan Rakyat Selangor akan mencadangkan usul agar Adun Umno-BN, Datuk Mohd Isa Abu Kassim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berikutan kata-kata yang menghina kaum wanita yang dikeluarkan beliau Khamis lalu.

Usul yang bakal dicadangkan minggu ini akan menyeru agar satu tindakan disiplin di ambil terhadap Adun Batang Kali itu kerana kenyataannya semasa sesi pengulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2013 di dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

Cadangan tersebut bakal diusulkan kerana Mohd Isa sebelum ini enggan menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf dengan alasan beliau tidak menyebut kata-kata itu.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata hansad sidang Dewan Negeri Selangor jelas menunjukkan beliau menyebut kata-kata itu.

“Saya lebih meluat apabila ianya dibangkitkan oleh (Adun Subang Jaya) YB Hannah Yeoh, beliau menafikan kononnya beliau tidak menggunakan perkataan itu, tetapi terbukti apabila hansad diedarkan, terang-terang perkataan itu wujud.

“Sebenarnya pihak Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) telah pun berbincang dan dipersetujui supaya dibawa satu usul yang dibentangkan ke dalam dewan dalam masa seminggu ini untuk memanggil Batang Kali dibicarakan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Kenyataan seperti itu, tak menggambarkan rasa hormat dia pada wanita dan kalau orang menyebut seperti itu kepada isteri, ibu atau anak perempuannya, apa perasaan dia,” ujar Rodziah kepada TV Selangor hari ini.

Pada Khamis lalu, Mohd Isa didakwa mengeluarkan kata-kata tidak sopan semasa Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong membuat pengulungan tentang status hutan simpan di kawasan Taman Templer.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Haniza Talha pula mengingatkan bahawa semua wanita lain juga mempunyai hak untuk dihormati seperti mana ibu Mohd Isa sendiri.

“Boleh tak dia bergurau begitu kepada emak dia? Tentu tidak, kalau tak boleh apa bezanya dengan wanita lain sebab wanita lain juga ada hak untuk dihormati,” kata yang juga Adun Taman Medan.

Haniza juga menyarankan agar pengundi wanita di Dun Batang Kali ‘mengajar’ Adun tersebut dengan menolak beliau dalam pilihan raya akan datang.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata Mohd Isa wajar meminta maaf kepada Elizabeth.

Artis popular, Abby Abadi pula menyifatkan kenyataan Mohd Isa itu sebagai kenyataan biadab yang hanya dikeluarkan oleh individu yang kurang moral.

“Kenyataan seperti itu tak boleh terima, keterlaluan, keluar topik, lebih-lebih lagi bila dikeluarkan oleh seseorang yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat di kawasan yang dijaganya,” kata Abby kepada TV Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...