23 September 2012

Sabah Antara Negeri Terkaya...Rakyat Apa Yang Dapat..?



Malas nak komen.....tengok dan nilai sendiri

Selepas tsunami 2008 dan september 16 kerajaan Najib telah banyak menumpukan peruntukan luar bandar ke Sabah kebetulan Menteri yang berkenaan dari negeri ini, jelas ada yang tidak kena dengan cara peruntukan diagih dan dibelanjakan.....

Gambar ini diambil dari rakan admin di FB :


Puteri Pas....komen penuh
8 jam yang lalu 

Gambar ini di ambil dri seorg sahabat fb...beliau mengatakan ini kawasan pendalaman di sabah....di manakah pemimpin2 umno yg melaungkan kebajikkan rakyat di utamakan??? sedarkah anda...ini berlaku di MALAYSIA.....
 — bersama Pak Tam Kamal, Kakarocts Dbz, Umno Nazak dan 47 yang lain

BERITA BERKAITAN:



JIKA Hang Tuah dibangkitkan semula, sudah pasti dia kebingungan kerana Petualang Negara seperti Naib Presiden UMNO boleh dijulang sebagai pemimpin dan dipuja sebagai 'Wira' sekalipun mengkhianati ibu pertiwi.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan demikian bagi membayangkan kelicikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperdaya Kerajaan Malaysia bahawa Projek NKRA yang dijalankan kementeriannya adalah efisyen, efektif dan ekonomik.

Kata Citra, mungkin disebabkan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Kabinet Malaysia, maka SPRM terlalu lembab menjalankan siasatan terhadap beliau yang telah dilapor melakukan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam beberapa projek NKRA sebelum ini.

Citra meluahkan kebimbangannya berhubung kemungkinan salah seorang Menteri Kewangan juga turut terlibat dalam Skandal Rasuah dan Salahguna Kuasa bersama Shafie meluluskan Projek NKRA kepada syarikat kroni dan kontraktor Ali-Baba dan tidak layak.

"Kita bimbang kerana terdapat indikator penglibatan Menteri Kewangan disebabkan Had Kuasa meluluskan projek Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja; sedangkan kebanyakan projek NKRA yang diluluskan kepada kroni dan kontraktor Ali Baba melebihi RM10 juta," ujar Citra yang mendesak agar SPRM tidak berdolak-dalih ketika menjalankan siasatan, lanjutan daripada beberapa laporan rasmi SPRM terhadap Shafie yang dilakukan beliau dan AMK.

Tegas Citra, siasatannya mendapati kebanyakan tender NKRA KKLW telah ditolak oleh Kementerian Kewangan Malaysia disebabkan gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan; namun agak menghairankan kerana akhirnya kontrak berkenaan diteruskan juga setelah mendapat Pengecualian Tatacara Tender Tawaran Biasa daripada Menteri Kewangan.

Contoh paling ketara kata Citra, tindakan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan CIDB meluluskan penukaran nama syarikat milik keluarga terdekat dan kroni Shafie daripada Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd tanpa alasan munasabah adalah jenayah terancang iaitu perbuatan jenayah menghapuskan bukti setelah membuat akuan palsu ketika menyertai tender kerajaan.

"SPRM, SSM dan CIDB tahu bahawa Sama-Sama Maju Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kelayakan untuk menyertai tender tertutup sehingga memaksa syarikat berkenaan memalsukan semua maklumat syarikat termasuk KWSP, kelayakan jurutera, kewangan, kakitangan dan pengalaman kerja syarikat; namun agak hairan bagaimana semua agensi ini oleh membenarkan penipuan dilakukan di siang hari?" tanya Citra yang mengakui telah memberikan segala masklumat syarikat berkenaan kepada SPRM dalam laporannya sebelum ini.

Bagi menghilangkan jejak, kata Citra, Shafie telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mempengaruhi semua agensi terlibat seolah-olah Sama-Sama Maju Sdn.Bhd tidak pernah melakukan kesalahan atau menipu kerajaan untuk mendapatkan tender berkenaan. 



 



"Begitu mudah mencuci dosa dan noda Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dengan menukar nama syarikat kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd yang menggunakan nombor pendaftaran SSM yang sama iaitu 789094-K," kata Citra yang merujuk nombor pendaftaran syarikat yang sama.

Mengikut rekod KKLW dan CIDB kata Citra, pihaknya mengesan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah dianugerahi dua projek NKRA iaitu KKLW/BALB/100/2011-Projek Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau pada 11-07-2011 bernilai RM35.5 juta dan KKLW/BALB/63/2011-Projek Sistem Bekalan Air Di Kampung Maligan, Sipitang pada 27-06-2011 bernilai RM26.640 juta.

Lembaga Pengarah Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kata Citra ialah orang yang sama ketika syarikat berkenaan mendapat projek iaitu Harlinah Binti Abd Kadir dan Khairul Aziah Binti Hassan.

"Kita sudah mengenalpasti bahawa Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dimiliki oleh saudara terdekat Shafie iaitu Hj.Hassan Bin Osman. Tetapi oleh kerana Haji Hassan telah bankrap, maka beliau melantik anaknya Khairul Aziah Binti Hassan agar terus menjadi proksi Shafie Apdal," kata Citra yang telah mengecam pejabat baru operasi Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah berpindah ke bangunan yang sama dengan Restoran Kak Nong di Harbour City, Sembulan.

Kedua-dua adik Shafie iaitu Datuk Mohd Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal, kata Citra, telah mengambil alih operasi Sama-Sama Maju sejak bergabung dengan Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan dalam masa yang sama sedang diburu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beberapa kes pemalsuan dokumen syarikat dan identiti.

"Kita yakin bahawa semua tuduhan yang kita kemukakan kepada SPRM sebelum ini adalah berasas dan mempercayai ada bukti yang melampaui keraguan munasabah. Jika tidak mereka tidak akan tergesa-gesa menggabungkan dua syarikat berkenaan dan memusnahkan semua bukti. Tidak apa, CCTV Tuhan tidak pernah padam walau mereka sorok ke lubang cacing," ujar Citra sambil tersenyum sinis dengan kelicikan Shafie dan adik beradiknya selama ini.

Citra membayangkan pihaknya akan membongkar Skandal Projek Top-UP yang dilakukan Shafie dengan bantuan adik beradiknya; terutama komisyen RM2 juta seetiap seorang daripad mereka dan bukti wang haram simpanan Yusof Apdal di sebuah Bank Perdagangan di Singapura, sekurang-kurangnya USD 300 juta; sebahagian besar untuk kegunaan PRU-13 jika beliau dicalonkan di Parlimen Silam.


Dalam salah satu laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa;

“Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. 

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan.

 Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu. Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”

Anda mungkin berminat mengikut laporan ini;




Atau anda mungkin berminat menonton video PENTING ini;

JACKPOT! NKRA UNTUK KRONI?  - Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

Kedahkini

Sistem Radar Subang AATC Perlu Audit Bebas



KENYATAAN MEDIA

23 September 2012

Untuk Edaran Segera
Pusat Kawalan Trafik Udara Subang: Audit Bebas Wajib Dilaksanakan
Kenyataan terkini dari Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman cuma mengesahkan bahawa sistem radar dan radio gagal berfungsi akibat terputusnya bekalan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang (Subang ATCC) pada 12 September 2012 antara jam 2.50 pagi hingga 4.15 pagi.

Yang lebih membimbangkan adalah para pegawai bertugas tidak sedar bekalan elektrik telah putus sehingga Uninterrupted Power Supply (UPS) telah habis bekalan elektriknya.
Demi keselamatan awam dan kepentingan negara, satu audit bebas yang wajib melibatkan International Civil Aviation Organization (ICAO) mestilah dilaksanakan secepat mungkin, dan mesti membangkitkan persoalan-persoalan berikut:

a) adakah sistem kawalan trafik udara di Subang ATCC menepati piawaian antarabangsa?
b) mengapa tiada sistem pengawasan dan sistem kawalan jauh digunakan sewaktu kegagalan ini berlaku?
c) mengapa tiada sistem janakuasa sandaran digunakan, dan jika ada, mengapa ia gagal berfungsi?
d) adakah senibina sistem ini cacat sepenuhnya (totally flawed) bagi sebuah sistem misi kritikal (mission-critical system) di Subang?
e) dan bagaimanakah sistem sebegini telah diluluskan dan diterima untuk operasi?

Apa-apa kelewatan dari pihak Menteri Pengangkutan untuk melaksanakan satu audit bebas secepat
mungkin hanya membuktikan pihak berwajib cuba untuk mengelak penemuan bukti kemungkinan berlakunya salah laku, atau pihak berwajib enggan bertanggungjawab langsung meletakkan nyawa dan keselamatan ruang udara negara dalam bahaya.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN
=====


MEDIA STATEMENT
23 September 2012
For Immediate Release
Subang Air Traffic Control Centre: Demand for Immediate Independent Audit
The latest explanation by the Department of Civil Aviation Director-General, Azharuddin Abdul Rahman only confirms that there was a radar and radio system failure caused by a power outage on 12 September 2012 from 2.50am to 4.15am at the Subang Air Traffic Control Center (ATCC).
What is even more damning is that the power failure when the circuit-breaker tripped was not even noticed by the staff until uninterrupted power supply (UPS) was exhausted.
In the name of public safety and national interest, an independent audit which should also involve the International Civil Aviation Organisation (ICAO) must be immediately convened, and must include some of the following questions:
a) does the air traffic control system at the Subang ATCC meet international specifications?
b) why was there no system failure remote control and monitoring system in place?
c) why was there no emergency back-up electrical generator set in place and if there was – why did it not function?
d) is the design architecture totally flawed for a mission-critical system in Subang?
e) and how was the system installation approved and accepted for operation?
Any reluctance or delay by the Minister of Transportation in calling for an immediate independent audit will only imply that the authorities are attempting to avoid any discovery of possible wrongdoings or is just abdicating accountability and responsibility in a manner that puts lives at risk and placing our national air safety in jeopardy.
Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai
Vice President of KEADILAN

Najib Tidak Berani Sentuh Taib Kerana Simpanan Tetap BN..?


Najib  Arah SPRM Jangan Siasat Taib Mahmud?


DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Najib menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap Abdul Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak USD21 bilion (RM64 bilion).
 Dakwaan tersebut disini

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak USD15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong dengan USD12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

Antara Mahathir dan Soros Siapa Penyangak....


 JAWAPAN SOROS KEPADA RAKYAT MALAYSIA. 
''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.
Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri.Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu.
Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.
Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena, gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.
Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia.
Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD.
Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.
Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?
Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja, Begitu juga kebodohan.Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.
Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.
Dan jambatan diseberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda.
Anda memanggil saya penyangak. Bagaimana penyangak boleh mendapatkan begitu banyak wang?
Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.
Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu tandalah sebenarnya penyangak.
Sekarang anda tahu sudah terlambat untuk menyesal.
Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat, di UK sebagai perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.
Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia.
Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang.
Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.
Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang Rasuah. 
Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM atau Mulut Tempayan antarabangsa.
Di Jepun mereka memanggil anda si otak kecil.
Di pulau-pulau Pasifik, di panggil Santa Claus kerana memberi nasihat kiri dan kanan.   
Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda burung nuri kerana seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya. 
Di Manila Marcos yang masih hidup.
Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.
Begitu hebat senarai salah laku anda , Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak di monopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.
EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa?
Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja iaitu kamu.
Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan?
Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih. 
Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta.
Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang?
Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka.
Lihatlah Selangor, bekas Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan.
Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.
Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan.
Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuah dibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja?
Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setiap pengusaha tanpa tender, menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan, menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '.
Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai .
Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku.
Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun.
Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.
Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda.
Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat, adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?
3 bilion hilang dari skandal timah London, anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak?
Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang.
Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara, si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia, yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis dan bukan Malaysia, 
dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.
PM kedua yang paling korup di dunia?
Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.
Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Dr Mahathir, Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini.
Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh?
Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia.
Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan.
Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.
Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah.
Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar. 
Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk tanah kroni-kroni mereka.
siapa si penyangak?
Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Tuhan, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi. 
Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman.
"Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion yang anda telah curi, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan.
Lihatlah diri anda di cermin. kamu akan melihat betapa teruknya kamu.
Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri.
Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia. dan rakan sekerjanya, Karpal Singh selama 2 tahun. 
Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini? 
3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat.
Adakah mereka di didik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia?
Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang.
Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran. 
Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar.
Sekarang anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki?
Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia. - Soros. 
Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...