Polis Tahan 11 Lelaki Termasuk 6 warga Asing, Rampas Dadah RM20 Juta
ALOR SETAR: Polis menahan 11 lelaki termasuk enam warga asing dan merampas dadah jenis ecstasy dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses dadah secara haram pada Jumaat lepas.
Operasi serentak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Kedah kira-kira pukul 5 pagi itu berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dadah antarabangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.
Katanya seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.
"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Noor Rashid berkata dalam kedua-dua serbuan itu, polis berjaya merampas 240 liter cecair dipercayai ecstasy (di Alor Setar), 34 kg dadah dipercayai syabu (di Pulau Pinang), bahan prekursor safrole, acetone dan pelbagai bahan cecair kimia serta peralatan-peralatan memproses dadah.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ahli kimia mendapati kedua-dua makmal itu adalah makmal khas yang digunakan untuk memproses dadah.
Noor Rashid berkata semua suspek yang berumur antara 24 dan 60 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis turut merampas empat kereta jenis Mercedes Benz (dua buah), Toyota dan Tata, wang tunai Malaysia dan matawang asing Singapura, Euro, Kemboja dan Thailand bernilai RM39,000," katanya.
Beliau berkata pihaknya percaya dadah yang diproses itu adalah untuk pasaran tempatan dan siasatan masih dijalankan.
"Semua rakyat asing itu masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial dan siasatan awal mendapati semua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Noor Rashid berkata pihaknya telah membuat pemantauan beberapa bulan dan serbuan yang dilakukan itu adalah yang terbesar daripada segi nilai dan penglibatan-BERNAMA
13 November 2011
DAKWAT KEKAL TAK PERLU PINDA PERLEMBAGAAN: PRF.AZIZ BARI
Dakwat kekal tak perlu pinda perlembagaan
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan.
Menurut Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip 'jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan'.
“Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu,” kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini.
Beliau juga dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.
Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.
“Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.
“Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?
Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan.HD

PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH?
Oleh : CITRA MASADI
PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids’ berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan.
Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh ‘Golden Eye Boy’, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.
Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.
Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.
Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan ‘Top-Up’ harga adalah budaya ‘samseng’ yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor ‘muflis’ bukan bumiputera, Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.
Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.
Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja.
Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.
KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua ‘Desperado’ dalam UMNO
Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh ‘dikenduri’ oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.
Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan.
Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.
Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?
Tindakan ‘pecah amanah dan rasuah’ Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada ‘Political Reject’ di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan ‘Kuda Tunggangan’ untuk menghancurkan UMNO Sabah.
SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.
Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai ‘Kuasa Eksekutif’ untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.
Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.
Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai ‘Pengacau’.
Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.
Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya ‘Akauntan Bertauliah’ yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.
Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti ‘Surat Khabar Lama’ kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.
Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.
Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).
UMNO kini dilihat sebagai ‘Gudang Sampah Sarap’ kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.
Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada ‘Bill Collector’ utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?
sumber:http://www.sabahkini.net/

WAN AZIZAH: TAHNIAH SELANGOR
Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.
Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri tidak bertindak berbelanja secara tidak wajar. Sebaliknya, simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi.
Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM 400 bilion. Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah.
Tidak seperti kerajaan sebelumnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid berjaya menghentikan ketirisan dan rasuah dahulu yang merugikan rakyat sehingga ratusan juta ringgit. Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM 391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor. Walaubagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.
Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah, ratusan juta ringgit berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat. Bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambahkan lagi RM 300 juta (hampir 15% belanjawan sepenuhnya) di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana untuk meringankan beban ekonomi rakyat.
Kita mengalu-alukan semua progam kebajikan ini yang memanfaatkan rakyat yang menghadapi cabaran ekonomi yang semakin perit. Sasaran bantuan negeri termasuk rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan, serta orang kelainan upaya.
Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan 'one-off' sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Pendekatan ini menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup.
Keadilan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid atas kejayaan dalam pengurusan hasil negeri untuk rakyat dan harap kerajaan persekutuan akan meneladani pendekatan yang memprioritikan rakyat ini.
Dr Wan Azizah Wan Ismail ia lah Presiden Parti Keadilan Rakyat
Langgan:
Catatan (Atom)