30 Oktober 2014

TOKEY UDANG DILANTIK JADI MENTERI!!!

Susi gementar berucap

Jakarta: Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti mengaku gemuruh berucap di depan pegawainya kerana di antara mereka dibezakan taraf pendidikan.

Kata Susi, hampir semua pegawai di bawahnya mempunyai ijazah sedangkan dia hanya memiliki sijil sekolah menengah.

“Namun keraguan saya hilang selepas pertemuan pertama berlangsung dengan lancar.

“Sejak pagi hingga senja, kami tidak kehabisan topik untuk dibincangkan,” katanya mengenai pertemuan diadakan kelmarin.

Susi dilantik Presiden Jokowi mengetuai kementerian itu walaupun tidak mendapat pendidikan peringkat universiti.

Susi dilahirkan pasangan saudagar lembu dan kerbau di Pangandaran, Jawa Tengah.

Walaupun memasuki sekolah menengah atas, Susi tidak menamatkan pengajiannya.

Pada 2004 dia membeli pesawat ringan melalui pinjaman bank untuk mengangkut udang karang dan ikan segar dari pantai Indonesia ke Jakarta dan Jepun.- Agensi


Masuk, keluar sejam awal

 Susi Pudjiastuti, memulakan tugasnya sebagai Menteri Kelautan dan Perikanan dengan mengarahkan kakitangan masuk kerja sejam lebih awal, lapor media semalam.

Kata Susi, langkah itu dibuat bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, terutama ketika pulang.

“Saya mahu waktu kerja 7 pagi berbanding jam 8 pagi sebelum ini dan pulang 3 petang.

“Perjalanan pergi dan balik yang terlepas daripada kesesakan membolehkan mereka datang semula ke pejabat dalam keadaan segar,” katanya.

Susi berkata, sebelum membuat arahan itu dia terfikirkan nasib anak serta keluarga kakitangannya di rumah.

Katanya, jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kebanyakan masa mereka dihabiskan di jalan raya berbanding untuk keluarga.

Susi, 49, adalah seorang daripada lapan wanita dilantik Presiden Jokowi menganggotai Kabinet Kerjanya, baru-baru ini.

Sebelum ini Susi dikenali sebagai ahli perniagaan marin serta memiliki syarikat penerbangan Susi Air.

Sementara itu Susi juga berkata, statusnya sebagai menteri tidak akan mengubah penampilannya menjadi lebih feminin.

“Saya akan tampil seadanya, sama seperti sebelum ini,” katanya.

Imej Susi memang dilihat lebih keras dan maskulin.

Katanya, dia sudah biasa dengan imej itu dan sering berseluar panjang untuk ke mana-mana.

“Jika saya disuruh berubah seperti birokrat, seperti ibu yang manis feminin, saya tidak boleh.

“Sejak hampir 50 tahun saya seperti ini,” katanya.

Kata Susi, dia ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak seorang cucu.

Dia pernah berkahwin dua kali sebelum ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

He he he diMalaysia tokey udang pula dari menteri kena buang jadi samseng Parlimen.Kat Indo tokey udang jadi menteri untuk kongsi pengetahuan dan penagalaman utk memewahkan nelayan.
Hai Noh lebih baik migrate ka Indo kut kut bolih jadi Menteri kembali!

Tanpa Nama berkata...

TU MENTERI OTAK UDANG.... TU PASAL LA ASAL BUKAK MULUT JE MENYUSAHKAN ORANG

Tanpa Nama berkata...

TU MENTERI OTAK UDANG.... TU PASAL LA ASAL BUKAK MULUT JE MENYUSAHKAN ORANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...