26 Oktober 2014

BENARKAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG MODERAT?


Bila rakyat Malaysia terpaksa lari untuk mendapatkan keadilan



Aktivis Ali Abd Jalil yang paling terbaru melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan suaka politik. 

Pada minggu yang sama ketika Malaysia memenangi kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pendedahan seorang rakyat Malaysia yang terpaksa ke luar negara bagi mendapatkan suaka kerana tekanan daripada pihak berkuasa dan gangster mengejutkan negara.

Aktivis Ali Abd Jalil merupakan rakyat Malaysia kedua yang dilaporkan melarikan diri kerana tekanan undang-undang dan kurangnya kepercayaan terhadap sistem untuk melindungi haknya.

‎Melalui entrinya di laman Facebook Ali berkata "Sekarang saya berada di Sweden, memohon perlindungan suaka... kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah‎.

"Saya diugut gangster dan golongan Melayu yang rasis di Malaysia. Negara ini sudah tidak selamat buat saya, polis dan gangster mengekori saya setiap masa," katanya
.

Ali berdepan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana menghina kerabat Johor dan Sultan Selangor dalam laman Facebooknya.

Beliau dituduh memuat naik entri berunsur fitnah dalam Facebooknya yang bertajuk 'Kapital Bangsat'.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Alvin Tan juga berdepan dengan dakwaan jenayah di bawah Akta Hasutan dan Akta Lembaga Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi termasuk gambar menghina Islam dalam Facebook‎ turut memohon perlindungan suaka di Amerika Syarikat.

Secara dasarnya, kedua-dua mereka ini berdepan dengan tuduhan jenayah dan ia perlu dihentikan. Ia juga menyaksikan kebangkitan kata-kata lebih keras terhadap mereka yang didakwa oleh sesetengah kumpulan.

‎Namun pihak berkuasa cuba menyembunyikan perkara itu dari awalnya dengan tindakan mencari Ali dan Tan, di mana alasan itu dilihat terlalu naif.

Kerana itu, benar atau salah kedua mereka tinggalkan negara kerana percaya tidak akan mendapatkan keadilan di Malaysia.

Ia perkara yang memalukan buat kerajaan Najib ‎apabila sering menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang moderat dimana ia merupakan salah satu sebab mendapat undi di PBB iaitu berdasarkan nilai kecintaan keamanan dan moderat.

Dan banyak mana pun ucapan di negara bersatu atau acara antarabangsa ia tidak akan mengubah hakikat bahawa terdapatnya dua rakyat Malaysia yang percaya tidak akan mendapatkan keadilan di Malaysia.

Di Malaysia, apa yang kita fikirkan mengenai istilah moderat itu sepertinya langsung tidak wujud.


‎Malaysia menyaksikan kebangkitan pelbagai kumpulan yang menggunakan ucapan dan penyataan kebencian untuk menjatuhkan, mengugut orang termasuk umat Islam memegang anjing dianggap murtad dan apa saja yang diambil barat adalah bertentangan dengan Melayu dan Islam.

Apatah lagi orang seperti Ali yang berdepan dengan kes itu.

Ali bukan sahaja dikenakan perbicaraan malah berdepan dengan kumpulan yang mengugut beliau.

Dan tidak apa dapat dilakukan beliau selain memutuskan untuk melarikan diri.

Tiada sesiapa yang sepatutnya membiarkan kesalahan Ali namun tidak ada sesiapa juga boleh membiarkan mereka yang ingin menyakiti Ali kerana apa yang dilakukan.

Malaysia adalah sebahagian daripada PBB yang mahu memupuk keharmonian dan moderat. Ia perlu juga dilihat dalam negara. Jika tidak kita hanya menjadi negara yang hanya pandai berkata-kata.

Tidak ada sesiapa yang akan mendengar‎ apatah lagi menghormati Malaysia sekiranya kita membenarkan kepura-puraan itu terus berlaku


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-rakyat-malaysia-terpaksa-lari-untuk-mendapatkan-keadilan#sthash.bbBfbVeQ.dpuf

1 ulasan:

Awanama berkata...

Kerajaan Malaysia dan sultan layan kau macam sampah?? Kau dah maki orang pastu kau expect orang bagi layanan baik pada kau? Oi.. akal ada ke? Ni bukan lari mendapatkan keadilan, ini melarikan diri lepas buat salah! Bacul... Berani maki orang, berani la berdepan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...