26 September 2013

PANAS! MINYAK RON95 NAIK LAGI?...BERAPA 30 SEN?


Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.

Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.

Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebanan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.

Biarpun kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang terpaksa dihadapi rakyat bawahan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Laporan yang memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata, langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran
.




RON95 naik lagi?

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

13 ulasan:

Awanama berkata...

berapa persen jer penyeludupan minyak? jika benar adakah bermaksud pertahanan negara sememangnya mudah di bolosi?, ini juga sama seperti alasan menaikkan harga gula dulu...

Awanama berkata...

Setuju...1000000x like.

Awanama berkata...

Mungkin kerajaan boleh menggunakan sistem card subsidi untuk warga malaysia yg dihadkan penggunaan. MENGURANGKAN kerugian subsidi kepada warga asing dan diseludup. RAKYAT DAPAT NIKMAT DARI NEGARA SENDIRI PENGELUAR MINYAk dan kerajaan tidak tanggung rugi..

Awanama berkata...

Duit rakyat dibelanjakan dengan penubuhan UPP (unit pencegah penyeludupan). Jangan disebabkan kurang keberkesanan pegawai kerajaan dan rakyat dijadikan mangsa. Ada byk cara untuk mengelakan atau mgurangakn penyeludupan minyak dan alasan dikurangkan subsidi bagi mengurangkan penyeludupan seolah olah alasan orang tak bersekolah. Kita yakin para pemimpin kita tidak seumpama itu.

Awanama berkata...

Barang harian dah mula tiade stok dalam pasaran. Apabila sudah ada stok, pasti harganya melambung. Hendak cari bawang di kedai pun dah susah....

Awanama berkata...

rakyat terus diperbodohkan!!! selamat datang pilihanraya kecil Sg.Limau Kedah.

Awanama berkata...

Masalahnye ramai org2 kampong yg tak kesah hrga minyak nAik..sbb tu bn akn menang je smpi bile2.

Awanama berkata...

Sebelum pilihanraya janji mcm2.dah dpt apa yg dihajat,rakyat tk dipedulikn lg.ambil hati rkyat hanya untuk kepentingan dan agenda politik.kesian rakyat,kena tanggung semua ni.nasib2

Awanama berkata...

Seludup diesel ke negara Thai? Itu pun jumlah kecil, cukai masuk kocek pula banyak. Manisnya janji sebelum pilihan raya, tengok apa yang terjadi.

Awanama berkata...

Jangan cakap sebarangan segala keputusan dibuat diambil kira segala sudut

Awanama berkata...

ini suma poyo je..
janji mcm keling..

Awanama berkata...

Hentikan pemberian BRIM pada tahun depan jika itu antara faktor harga minyak nak dinaikkan...

Awanama berkata...

tengkorang kau segala sudut... sudut mana yg takda bau lagi..semua sudut dah berbau... hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...