04 Jun 2014

RON95 NAIK 20 SEN LAGI TAHUN INI?

NAK MINYAK MURAH PERGI DUDUK DI BERUNAI.....



Petrol RON95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini daripada RM2.10 kepada RM2.30 setiap liter.

China Press melaporkan, mengikut rancangan kerajaan, subsidi perlu dikurangkan setiap tahun dan RON95 juga tidak terkecuali.

Sumber memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-13 mendorong kerajaan menundakan rancangan kenaikan harga RON95 kepada 3 September 2013 iaitu daripada RM1.90 kepada RM2.10 satu liter.

"R0N95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini, ia merupakan sebahagian daripada rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan," katanya kepada China Press.

Kerajaan pada 12 Mei 2009 memperkenalkan RON95 menggantikan RON92. Harga RON95 pada masa itu ialah RM1.75 seliter tetapi dinaikkan kepada RM1.80 pada 1 September 2009.

R0N95 dinaikkan dua kali pada 2010 iaitu masing-masing ada 16 Julai dan 1 Disember menjadikan harga dinaikkan kepada RM1.90 seliter.

Harga itu dikekalkan sehingga 3 September 2013 dan dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.10 iaitu harga pada masa ini.

RON97 pula dijual dengan RM2.90 setiap liter mengikut harga pasaran.

Read more: sini

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib2 rakyat malaysia..nak tukar kerajaan xlepas2..ape nak buat..nasib badan

Tanpa Nama berkata...

Aku akan berkempen habis habisan supaya kerajaan umno/bn kekal kerajaan buat semua rakyat mampos, bila rakyat semua dah mampos maka tak ada lg kerajaan masa tu umno/bn pun akan mampos sekali. Hanya inilah caranya nak bagi kerajaan ni mampos selagi ada rakyat minoriti yg ngok dok menyokong umno/bn selagi ITU lah masaalah rakyat majoriti tak kan selesai.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa ada 47% rakyat yg sokong kenaikan minyak pd 5 mei 2013 dan 51% rakyat teluk intan pun sokong gst dan kenaikan minyak... percayalah trafik tetap sesak dgn kereta walaupun ron 95¢ naik ke rm3 seliter pun

Tanpa Nama berkata...

Harga rumah naik dari rm200k ke rm800k pun habis dijual.... apa salah nya harga minyak naik ?

Tanpa Nama berkata...

Yg habis tu sape yg beli.melayu mana....ker org luar or melayu super kaya utk rumah ke 100 utk disewakan.wat naga katakan

Tok janggut berkata...

Yang penting sekarang adalah duit..duit..duit..yang kaya terus lagi kaya..yg susah itu lu punya masaalah..sape suruh susah..ha ha ha.baik layan orang kaya..buat rumah harga mahal boleh untung banyak, sape boleh beli..? org kaya jugak..kerajaan dpt bnyak cukai..layan org kaya, kerajaan pun jadi kaya..layan orang miskin, kena keluar duit...kah kah..bijak tak So lebih baik tumpu pd keperluan lorang kaya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...