30 Oktober 2014

KLIA2 JADI BAHAN LAWAK ANTARABANGSA -VIDEO

'Isu mendapan di KLIA2 jadi lawak antarabangsa'

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata pihak berkuasa masih tidak bertindak walau isu mendapan landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat di KLIA2 kini menjadi “lawak antarabangsa”.

Pua berkata, pemilik KLIA2 Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga gagal menyerahkan laporan penuh mengenai status operasi lapangan terbang itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC).

Dalam sidang media di bangunanan parlimen hari ini, Pua berkata MAHB diminta berbuat demikian sejak empat minggu lalu.

"Masalah ini telah menjadi lawak antarabangsa. Kita sekarang mahu tahu adakah masalah ini kecil seperti yang didakwa mereka (MAHB)," kata Pua.

Katanya, masalah mendapan itu boleh dilihat melalui satu video menunjukkan pekerja KLIA2 mencedok ari dari jalan rayap landasan ke parti kerana permukaan tidak sekata

Video dimuatkan di Youtube itu, yang ditunjukkannya kepada para wartawan, menunjukkan masalah di permukaan berkenaan menyebabkan air bertakung di jalan rayap landasan.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Memalukan negara, airport negara termiskin didunia ketiga pun tidak macam ini, kalau dah jadi kemalangan baru nak sibuk tak tentu arah,ini lah masalahnya bila projek dibuat oleh kroni yang tidak profesional, tahu nak untung saja, keselamatan lansung tidak diendahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...