29 Oktober 2014

TALIBAN DAKWA MENANG SELEPAS ASKAR US & BRITAIN MENINGGALKAN HELMAND

ANGGOTA Marin AS bersedia meninggalkan Helmand selepas tempoh khidmat mereka dan askar Britain di wilayah itu berakhir semalam.

Taliban dakwa menang

Kabul: Kumpulan Taliban Afghanistan semalam mengisytiharkan kemenangan ke atas Britain di Helmand, wilayah di selatan negara itu.

Ia memuji pejuangnya kerana membunuh ratusan tentera Britain dan mencacatkan puluhan ribu lagi dalam peperangan selama 13 tahun.

Pasukan terakhir tentera Britain diterbangkan keluar dari Kem Bastion, berhampiran Kaskhar Gah, ibu negeri wilayah Helmand semalam, menamatkan misi yang lebih lama berbanding Perang Dunia Kedua sehingga meragut 453 nyawa.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam laman web mereka, Taliban mengucapkan terima kasih kepada pejuangnya.

“Sudah pasti serangan berani mujahidin sepanjang 13 tahun lalu memaksa tentera penceroboh pulang,” menurut kenyataan itu.

Statistik rasmi Taliban menunjukkan 500 askar Britain terbunuh tetapi percaya jumlah itu jauh lebih tinggi. — AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...