09 Oktober 2013

Panas! Kerajaan Malaysia Mengaku Salah Kes Tahan Anggota PSM Bawah EO



Tahan anggota PSM bawah EO, kerajaan mengaku salah

Hari ini satu keputusan bersejarah telah dicatatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimana Kerajaan Malaysia setuju membayar gantirugi sebanyak RM 200,000 sebagai penyelesaian penahanan 6 orang pemimpin PSM pada tahun 2011.

Pagi ini Kerajaan Malaysia telah mengaku salah apabila bersetuju membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi pada 6 orang pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang telah di tahan oleh Polis DiRaja Malaysia daripada 25/6/2011 hingga 29/7/2011.


Enam orang PSM ini (yang dikenali sebagai EO6 – M.Saraswathy –Timbalan Pengerusi PSM, Dr. Jeyakumar- Ahli Parlimen PSM dan JK Pusat, M.Sugumaran – Ahli JK Pusat, Choo Chon Kai-Ahli JK Pusat, A.Letchumanan – SU Cawangan Sungai Siput dan Sarat Babu – Ahli Cawangan PSM Bercham) ditangkap Polis pada 25/6/2011 kerana “”disyaki” membawa senjata dalam bas mereka.

Pada 26/6/2011 mereka direman 7 hari untuk disiasat bawah Seksyen 122 Kanun Seksaan iaitu “mengumpul orang dan senjata untuk berperang dengan Yang Di Pertuan Agung”. Pada 2/7/2011 mereka 6 dilepaskan tetapi ditangkap sekali lagi di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance ataupun EO) kerana kononkan merupakan penggerak utama Bersih II.

EO6 telah menfailkan kes terhadap Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan 79 anggota polis yang lain pada 23 Mac 2012. Tuntutan PSM EO6 di Mahkamah adalah satu penghakiman penahanan EO6 adalah salah di sisi undang dan merupakan satu salahguna kuasa polis.

Selain daripada deklarasi Mahkamah ,EO6 juga memohon ganti rugi yang setimpal seperti dipertimbangkan oleh Mahkamah. Tujuan PSM dalam menfailkan kes ini adalah untuk mendedahkan kesalahgunaan kuasa pihak polis dan untuk membendungnya.

Kenyataan saksi ke enam orang telahpun difailkan dan antara isu-isu pokok yang dipersoalkan adalah:

- Siapakah pihak yang memberi makluman salah terhadap tomahan senjata di dalam bas kami? Adakah pihak itu disiasat oleh polis dan diambil tindakan?

- Siapakah yang mencipya tuduhan bahawa kami berhasrat berperang dengan Yang Di Pertuan Agung? Adakah pihak itu diambil tindakan?

- Siapakah pihak yang berputus menahankan kami di bawah EO?

Selepas meneliti fakta kes, dan ambil kenyataan pegawai-pegawai polis yang terlibat, Peguam Persekutuan Kanan Puan Siti Badariah telah menawarkan penyelesaian di mana Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi kepada EO6.

Dengan bersetuju membayar gantirugi dan membuat pengakuan ini di mahkamah terbuka, PSM berpendirian bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab dan bersetuju membayar bayaran gantirugi.

EO6 dinasihatkan oleh peguam kita bahawa istilah “ganti rugi”membawa makna bahawa Kerajaan mengaku salah dalam perkara ini. Ertinya, tuntutan kami melalui kes telahpun dipersetujui oleh Kerajaan.

Oleh itu, EO6 dan PSM setuju untuk merekodkan Persetujuan Bersama (Consent Judgement) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato Hue Siew Kheng di mana Kerajaan Malaysia dan 6 orang anggota polis yang menangkap kami pada 2/7/2011 di bawah Undang-undang EO akan membayar kami RM 200,000 sebagai ganti rugi.

Episod E06 mengajar kita bahawa segala undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan mesti dihapuskan. PSM mendesak bahawa undang-undang baru yang ingin diperkenalkan dibawah CPA adalah satu lagi undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan perlu ditentang habis-habisan kerana ia bertentangan dengan

Di sini PSM, ingin mengucap terima kasih kepada peguam-peguam kami yang diketuai oleh Sdr Edmund Bon dan Sdr Yudistra atas kerelaan mereka menghadapkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara ke Mahkamah.

Kami juga ingin mengucap beribuan terima kasih pada semua rakyat Malaysia yang berani keluar untuk membantah penahanan EO6 tanpa bicara pada Julai 2011. Bila rakyat bersatu, tiada kuasa yang boleh merampas hak asasi kita!

Kenyataan dibuat oleh

Dr. Jeyakumar
Ahli JK Pusat PSM mewakili
6 tahanan E06

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...