08 Oktober 2013

KANTOI! Ketua Audit Negara Bidas Kenyataan PDRM, Zahid Hamidi Dan Shabery Cheek!


Ketua Audit Negara Bidas Kenyataan PDRM, Zahid Hamidi Dan Shabery Cheek!

Kantoi. Kantoi. Kantoi. Dan kantoi.

Gila kaw2 Ketua Audit punya statement.

Ketua Audit negara cakap ;

1. PDRM tak pernah beri penjelasan, laporan ataupun jawapan mengenai kehilangan aset PDRM kepada audit selama neh. Ini bermaksud Zahid bagi statement palsu, bohong. Pasal sebelum neh Zahid tampil membuat kenyataan bahawa penjelasan kepada audit sudah dibuat sebelum ini. Tiada unsur2 penyelewengan mengenai kehilangan aset PDRM sebanyak 1.3juta.

2. Dalam rekod PDRM, tiada pistol yang hilang dalam laut. Memang takde. Audit dah check laporan kehilangan. Satu pun tak menunjukkan dalam laporan2 tersebut bahawa ada pistol jatuh dalam laut. Namun audit tak menolak kemungkinan itu wujud insiden seperti itu. Cuma ia diluar dalam pengetahuan audit la kan menerusi semakan audit mengenai pentadbiran PDRM.

3. Menurut audit ada 3 faktor utama yang menyebabkan POLIS hilang aset ;

- Kecuaian oleh PDRM.

- Kelemahan dalam menjaga aset.

- Kecurian.


Pistol, kereta hilang: Ketua Audit nafi polis ada beri penjelasan

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya berhubung kehilangan pistol dan peralatan polis lain yang hilang.


4. Dalam isu KPOP pula, audit menegaskan begini ;

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.
“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,”
Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aset-pdrm-hilang-ketua-audit-negara-sangkal-polis-ada-beri-penjelasan

Audit ada buat semakan terperinci. Ada buat perjumpaan, perbincangan, ada buat soal selidik, pertanyaan, sebelum memuktamadkan hasil audit mereka kepada umum. Ini bermaksud perkara ini dalam pengetahuan KBS juga bahawanya AUDIT telah pun memastikan bahawa adakah konsert KPOP dibiayai oleh swasta mahupun duit pembayar cukai?

Nah, audit bukan BODOH nak membuta tuli menuduh.

Sekarang mengaku aje la.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...