07 Oktober 2013

MALAYSIA SYURGA ROKOK SELUDUP, BERBILION CUKAI HILANG


Rokok seludup ada JUAL dimana-mana hari ini......

Kerajaan berkata operasi besar-besaran menangkap pendatang tanpa izin (PTI) akan dilaksanakan selepas Hari Raya. Tetapi, di Inanam PTI bebas menjual rokok seludup tanpa rasa takut.

Di Sabah, pekan atau bandar mana yang tiada rokok seludup?

Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia!




Nampaknya “ubat batuk” kalangan perokok tegar di Malaysia telah naik (SEPERTI DI SINI). Berapa ramai kalangan rakyat Malaysia terus setia berada dalam kumpulan ini walaupun harga rokok telah naik bermula minggu lepas?

Berkesankah langkah menaikan harga rokok atas nama mengekang kadar penyeludupan yang semakin berleluasa di Malaysia?

Melihatkan sudut gambaran yang lebih Besar, Berita Semasa merasakan sememangnya adalah menjadi hak kerajaan Malaysia samada untuk melaksanakan kenaikan duit eksais ke atas rokok di Malaysia. Tetapi….

Tetapi persoalannya sekarang ini adalah kenaikan harga rokok di Malaysia sehingga 14% mencapai matlamat yang diidamkan kerajaan Malaysia? Samada :

Kerajaan lebih memikirkan habuan yang bakal diterima dek kerana kenaikan cukai eksasi terhadap rokok ataupun…
Mahu membendung gejala penyeludupan yang terus bersarang di Malaysia ketika ini?
Risau mengenai kesihatan rakyat Malaysia (KLIK SINI)
Rokok Cukai VS Rokok Seludup @ Rokok Halal VS Rokok Haram

Walaubagaimanapun, realiti yang berlaku apabila rakyat Malaysia dilihat telah beralih arah dan lebih gemar menghisap “rokok seludup”

Harga “rokok haram” @ rokok yang diseludup @ rokok yang tidak membayar cukai eksais adalah sekitar RM5 sahaja
Harga rokok halal @ rokok yang bayar cukai eksais dijual di Malaysia pada harga RM12
Apa pilihan perokok?
Duti Cukai Eksais Rokok : Meningkat 14% Tahun 2013. Kesannya?

Semakan Berita Semasa menunjukkan di sini untuk beberapa tahun terkahir ini telah berlaku kenaikan duit eksais terhadap rokok. Antaranya :

Kenaikan duit eksais rokok : 15% (tahun 2010)
Kenaikan duit eksais rokok : 19% (tahun 2008)
Kenaikan duit eksais rokok : 25% (tahun 2007)
Kenaikan duit eksais rokok : 170% (tahun 2004)


Dan setiap kali berlakunya kenaikan harga rokok di Malaysia, setiap kali itulah kegiatan penyeludupan rokok ke Malaysia terus melonjak.

Sehingga Berita Semasa tertany-tanya mengapa langkah pengawasan dan pencegahan pihak berkuasa begitu longgar?

Walaupun negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok, malangnya Jabatan Kastam masih belum menemui “penawar” & masih kelihatan lesu bertempur dengan kalangan sindiket penyeludupan di Malaysia.


Statistik Lonjakan Rokok Seludup di Malaysia

Semak satu persatu data dan statistik penting di sini sebagai rujukan..



Yang mengejutkan adalah apabila semakan Berita Semasa menunjukkan sekali lagi Malaysia menempa nama di persada dunia apabila :

Malaysia berada di kalangan 5 negara di dunia yang menajdi sarang penyeludupan rokok di dunia.

Kadar permintaan rokok haram di Malaysia telah meningkat ke paras 5% tahun 2012
Kadar permintaan rokok haram di Malaysia dijangka akan terus meningkat pada tahun 2013 kepada 7% mengambil kira kenaikan cukai duti eksais dan harga rokok di Malaysia yang terbaru.


Bertambah malang lagi, Undang-undang semasa di Malaysia tidak memperuntukkan hukuman penjara mandatori kepada pesalah. Mengapa tidak kalangan penyeludup mengambil risiko semata-mata mahu memperolehi pulangan jutaan ringgit?

Andaikata ditangkap sekalipun, bermasalahkah untuk mereka menyelesaikan denda sejumlah RM100,000 sebagai contoh andaikata tiada hukuman penjara tidak dikenakan ke atas mereka?

Diharapkan isu kenaikan harga rokok bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara semata ataupun menggunakan alasan kesihatan perokok di Malaysia tetapi juga isu keselmatan pintu masuk & sempadan negara perlu terus diambil perhatian serius seterusnya dipertingkatkan agar tidak dibolosi dengan mudah.

P/S : Sangkaan Berita Semasa tahap kesihatan kalangan perokok Malaysia semakin membimbangkan, walaubagaimanapun selepas meneliti beberapa maklumat & statistik yang Berita Semasa perolehi rupa-rupanya “kewangan negara yang agak tenat” sebenarnya ketika ini….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...