06 Oktober 2013

KES NANYA! PENYELUDUP MATI DIHEMPAP DADAH

PENYELUDUP MAUT DIHEMPAP STOK DADAH 500KG



MALANG bagi seorang penyeludup dadah di Brazil apabila dia maut selepas dihempap stok dadahnya yang seberat 500 kilogram setelah kereta yang dipandunya melanggar sebuah pokok.
Menerusi laporan Daily Mail, lelaki itu dalam perjalanan dari Mato Grosso do Sul menuju ke Sao Paulo sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan polis.

Bagaimanapun, dia cuba melarikan diri dan dikejar sejauh tiga batu sebelum terbabas dan melanggar sebuah pokok.

Perlanggaran itu menyebabkan lelaki itu tersepit dan dihempap stok dadah yang jatuh ke depan hingga menyebabkan tubuhnya tertolak ke stereng.


Menurut polis, dia mati serta-merta di tempat kejadian.

Kereta serta muatan dadah tersebut sudah dibawa ke balai polis Bataguassu yang berdekatan untuk siasatan.


Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit belum dapat dikenalpasti kerana dia tidak membawa sebarang kad pengenalan diri bersamanya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...