10 Oktober 2013

6 Penjenayah Mati Ditembak Polis Dalam 2 Hari - Saksikan


TIGA PEROMPAK DITEMBAK MATI, EMAS RM1.8 JUTA DITEMUI SEMULA

IPOH, 10 OKTOBER 2013 – Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku. Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh. Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit.

Penjenayah Ditembak Mati Di Perak dan KL Bukan Geng Sama - KPN

Dua geng penjenayah yang ditembak mati di Ipoh hari ini dan di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur semalam tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain serta bukan daripada kumpulan yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki yang ditembak mati di Ipoh merupakan anggota geng kongsi gelap yang aktif menyamun kedai emas di sekitar Perak.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun di kedai emas di negeri itu. "Manakala penjenayah yang ditembak di Kuala Lumpur semalam adalah geng yang menyamun orang yang baharu keluar daripada bank. "Dua kumpulan itu tiada kaitan, bagaimanapun siasatan lanjut masih kita dijalankan," katanya kepada pemberita semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Cantas di Melaka baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi di Perak, polis menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.

Sementara seorang lagi suspek yang dipercayai mengalami kecederaan akibat kejadian itu berjaya melarikan diri.



Semalam 3 lelaki tidak sempat belanja wang rompakan ditembak mati polis







KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.



Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.



Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYABAS PDRM.....
Bertindak bagitu pantas sehingga boleh dikatakan beyond reasonable doubt mereka ini penjenayah.....
Rompakan mereka ditemui semula.... Itu bukti utama....
Jiaka dah berhari-hari..... Ask first shoot later
Syabas Pdrm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...