05 April 2013

TERHANGAT ! MB KEDAH OK, TAK MASUK WAD PUN....HARI NIE BOLEH BUBAR DUN...


Selagi punggung tak cecah tanah, bukan JATUH namanya...

Ada mamat UMNO mana tak tau dok kata Mb terjatuh lepas mengadap YDP Agong. Kami mengadap pada jam 10 pagi di Istana Negara, lepas itu ke Pej Agong PAS di jln Raja Laut. Selepas mkn tengahari di rumah, dan menyalin pakaian, kami ke Mesyuarat PR di Merchant Square, Pej PKR.


 Di sana di adakan sidang akhbar. Selepas semua wartawan turun, Ust Azizan dan TG Nik Aziz turun. Oleh kerana kenderaan TGNA belum sampai, kami menunggu sebentar di kaki lima, sambil Ust Azizan berbual dengan beliau di situ. Di depan kami ada dua anak tangga untuk turun dari kaki lima ke kereta. 

Saya memegang tangannya dan dia melangkah sambil menanggalkan cermin mata kerana keadaan panas dan silau. Dia menyangka hanya satu anak tangga, dan langkahnya terus ke anak tangga kedua, dan dia hilang imbangan badan. Lututnya terlipat dan dia terduduk di situ. Dia bangun dibantu oleh Pak Din Gayong dan ketawa...katanya kepada wartawan yg mengambil gambar...esok hampa boh dlm surat khabaq laa nooo...~setpol

Foto

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...