05 April 2013

PECAH BERITA ! JUI MENG IKRAR SOKONG KIT SIANG DI GELANG PATAH..!!! [+ Video]



Jui Meng Sokong Kit Siang Tanding Gelang Patah

PETALING JAYA, 5 APR : Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berbesar hati terhadap pengumuman parti yang menempatkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Jui Meng berkata, Kit Siang adalah calon terbaik untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) kerana beliau adalah seorang individu yang berintegriti dan sentiasa berjuang membawa perubahan kepada pentadbiran negara.

Beliau turut menggesa semua rakyat di kawasan itu untuk memberi sokongan penuh kepada Kit Siang bagi memastikan kemenangan di Gelang Patah.

“Saya amat berbesar hati saudara Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah. Saya berjanji akan memberi sokongan padu kepadanya malah semua rakyat tanpa mengira bangsa juga perlu menyokong beliau.

“Saya juga akan membantu DAP dan PAS untuk berkempen kerana kami ibarat saudara dalam arena politik,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini

Jui Meng juga menegaskan, beliau tidak kisah sekiranya tidak ditawarkan sebagai calon memandangkan keutamaan baginya adalah memastikan kemenangan besar PR untuk ke Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan wujud perselisihan faham antaranya dengan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berhubung isu rebutan kerusi Parlimen Gelang Patah.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan beliau. Saya merasakan beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam politik dan saya harap beliau akan berjaya.

“Saya tidak masuk ke dalam sesuatu parti itu untuk bergaduh dengan sesiapa,” katanya lagi.


DATUK CHUA JUI MENG - 'Kabare' Orang Rengit & Al-Kisah Pancaran AES!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...