12 Mac 2013

GEMPAR ! INFO ORANG UMNO PECAH LOBANG...JOHOR NAK TUMBANG..!!! [ + Video pendedahan ]




TRANSFORMASI UMNO-BN membawa Negeri Johor mencapai satu tahap dimana negeri kelahiran UMNO selaku KUBU UMNO akan berupah menjadi KUBUR UMNO. Orang dalaman UMNO jugak la yang pecah lobang.. Hati diorang dah berubah sebenarnya..

Kalau foto macam ni pun boleh lepas dan berita pertemuan tertutup ni pun boleh sampai kepada awam, ini bermakna BN di Johor semakin reput dan rapuh di mamah usia.


Di Taklimat rumah MB Gani pd 9/2 beberapa hari sebelum Najib turun semalam. Kegusaran amat jelas diraut mukanya bila lapuran 6 kawasan Parlimen dikategorikan kawasan HITAM.
1-KULAI
2-KLUANG
3-BAKRI
4-GELANG PATAH
5-SEGAMAT
6-PULAI


Kawasan-kawasan lain yangg PR ada kelebihan Pasir Gudang, Tebrau, Batu Pahat, Muar, Labis. Tak percaya tanya mereka yang hadir dalam meeting tu..

Lihat gambar MB Johor diatas mungkin reaksi muka dia ni mewakili seribu makna, tapi coretan white board merungkaikan segala-galanya.. Tak boleh nak sorok dah!!


Berita Berkaitan :

Benarkah Johor akan jatuh kepada Pakatan

Realitinya, gabungan pembangkang itu hanya enam kerusi DUN daripada 56 pada PRU 2008.

 
Mungkinkah pilihan raya umum ke 13 ini, Johor akan tumbang kepada Pakatan Rakyat. Kubu-kubu kuat Umno akan ditawan oleh PAS dan kawasan majoriti Cina jatuh kepada PKR dan DAP.

Andaian ini memang telah meniti dari bibir ke bibir pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka meramalkan Johor yang sekian lama menjadi kubu kuat BN khussunya Umno akan tumbang. Banyak pertanda yang menuju ke arah itu.

Bagaimanapun, bagi Umno dan BN dakwaan BN sekadar mahu menyedapkan penyokong pembangkang sahaja. Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, Pakatan tidak kuat. PAS hanya menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Abong dan Maharani manakala DAP empat – Bentayan, Mengkibol, Skudai, Senai.

Manakala parti yang bercita-cita besar iaitu PKR tidak menang sebarang kerusi DUN dan parlimen. Johor mempunyai 56 kerusi DUN dan 26 kerusi parlimen.

Malah kerusi parlimen hanya satu iaitu Senai oleh calon DAP. Ini bermakna pembangkang tidak kuat dan jika andaian mereka akan merampas Johor ia hanya cakap kosong. Sudah tentu kita tidak membuat ukuran kepada kehadiran orang ramai terhadap ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor.

Pengaruh Umno kuat

Pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh Umno masih kuat di kebanyakan kerusi pengundi Melayu. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Bagi pilihan raya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Mereka dikatakan kepada kempen `berbahaya, Umno yang dibantu Perkasa dan NGO-NGO tententu.

Pengundi India pula tidak banyak berubah. Malah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mahmod mengakui jumlah pengundi India kecil walau mendakwa menyebelahi pembangkang.

Tetapi dari pandangan orang bukan politik, tahap sokongan pengundi India di Johor ialah 50-50.

Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada orang Melayu dan Cina. PAS bergantung kepada orang Melayu, manakala DAP kepada orang Cina. PKR pula berharap kepada semua kaum di kawasan-kawasan bercampur.

Tetapi sebanyak mana orang Cina dan orang Melayu menyokong DAP dan PAS? Tidak ada butiran terbaru tetapi sumber memberitahu sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sekitar 20 peratus lebih banyak berbanding 2008.

Manakala pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat ialah sekitar 70 dan 75 peratus. Jika berdasarkan andaian ini, hanya calon DAP yang boleh menang di Johor dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Peluang PAS masih sama kerana 19 kerusi DUN mempunyai pengundi kurang 50 peratus Melayu. Barangkali kerusi-kerusi ini, calon PKR lebih sesuai.

Rakyat tak puas hati

PAS hanya mempunyai peluang lapan kerusi DUN sahaja kerana jumlah pengundi Melayu mencapai 60 peratus.

Kerusi-kerusi berkenaan ialah Kamelah, Jorak, Gambir, Bukit Naning, Parit Yani dan Sengarang selain Sungai Abong dan Maharani yang dimenangi pada 2008.

Manakala PKR pula mempunyai peluang di DUN Jementah, Tenang, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Pengaram, Layang-Layang, Paloh, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang, Pangkalan Ranting. Skudai, Nusa Jaya, Bukit Batu, Senai, Mengkibol dan Pekan Nanas yang mana pengundi Melayu sekitar 50 peratus.

Kerusi DUN Buluh Kasap, Pemanis, Sungai Abong, Maharani, Tiram, Permas, Kempas, Bukit Permai dan Mahkota pengundi Melayu sekitar 55 peratus dan mungkin boleh menimbulkan perebutan kerusi antara PAS dan PKR.

Adun Umno Semerah, Datuk Ariss Shamsuddin berkata, rakyat Johor bijak membuat penilaian antara penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.

“Mereka akan memilih rekod kerajaan BN yang sudah berpuluh tahun memerintah negara. Mereka mahu keamanan dan keselesaan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PAS mendakwa banyak isu yang menyebabkan rakyat Johor akan mengundi Pakatan Rakyat kali ini.

Antaranya pengambilan tanah di Pengerang serta projek mega pembangunan Iskandar yang menurut mereka rakyat Johor tidak mendapat manfaat sewajarnya.




Kedahkini


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...