11 Mac 2013

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT LAHAD DATU 11HB. MAC [ VIDEO ]



UPDATED 5.00 PM

SIDANG MEDIA SEMASA - 11 MAC 2013 (4.30 PM)

Keadaan di bandar Lahad Datu kembali normal yang mana premis-premis perniagaan berjalan seperti biasa. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Usaha-usaha untuk mengeluarkan saki baki mayat-mayat penceroboh sedang giat dilaksanakan dari kawasan operasi. Pihak PDRM sekali lagi menegaskan kepada orang ramai agar tidak menghampiri atau memasuki zon larangan Operasi Daulat. Pasukan keselamatan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan.


4.00 pm -Ketua pengganas Jeneral Haji Musa disahkan terbunuh

LAHAD DATU: Seorang daripada 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat hari ini disahkan ketua pengganas yang dikenali jeneral Haji Musa.

Ia disahkan Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan





 Gambar Pengganas Yang Dibawa Keluar Ops Daulat


Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.


Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.

Mayat2 Pengganas yang dibawa keluar telah ditempatkan di Hospital Tawau dan Hospital Lahad Datu..

Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.

Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu


11.40 Gambar- gambar di kawasan Operasi diedarkan

Operasi di Tanjung Batu.

Pokok kelapa sawit dijadikan persembunyian pengganas

11.20 pg - SIDANG MEDIA

- Jumlah ditembak 54 orang, 22 Mayat berjaya dibawa keluar
- 97 ditangkap dibawah SOSMA, 127 ditangkap kerana memasuki kawasan larangan
- PDRM nafi kekejaman ke atas budak belasan tahun yang mati tertembak semalam
- Polis harap krisis di Lahad Datu berakhir dengan segera



KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH, 97 PENCEROBOH DITAHAN

Lahad Datu, 11 Mac - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari
ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.- BERNAMA

TIADA TEROWONG BAWAH TANAH DITEMUI

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.

"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.

"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.


Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...