10 Mac 2013

[UPDATED ] LAPORAN OPERASI DAULAT -LAHAD DATU 10 MAC - SAKSIKAN GAMBAR DILAPANGAN....[ + PC Video ]

MENYUSUL LAGI

Dikemasikini dari masa ke semasa. KLIK SINI  UNTUK MAKLUMAT TERKINI







4.50 ptg - SIDANG Media PAT dan KDN


- KPN menegaskan kepada media dan orang awam supaya menjauhkan diri atau tidak memasuki kawasan operasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

4.40 - Sementara itu, di Semporna pihak keselamatan meneruskan siasatan dan serbuan telah dibuat di Kg. Perigi pada jam 6.30 pagi yang menghasilkan 4 lelaki dewasa ditangkap.

- Pada 8.50 pagi, satu lagi serbuan dibuat di Batu 1.5 Jalan Semporna lama dan 2 lelaki dewasa ditangkap. Kesemua yang ditangkap ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.


4.35 ptg - Pada jam 9.30 pagi tadi di Kampung Sungai Bilis, pasukan keselamatan telah menangkap sekumpulan manusia yang muncul dari belukar berdekatan (2 lelaki 3 wanita).

- ketika pemeriksaan dibuat ke atas 5 org ini , pihak keselamatan terdengar pergerakan dari arah belukar yang berhampiran dan demi keselamatan tembakan dilepaskan.

- Siasatan seterusnya mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an cedera di kaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan belasan tahun mati di tempat kejadian. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

- Sidang Media dibuat pada jam4.35 ptg tadi

3.15 ptg - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan termasuk 5 Kapal Marin yang dihantar dari semenanjung - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan


Untuk rekod setakat ini APMM mempunyai 337 anggota dan 79 pegawai selain 24 aset APMM dalam mengawal perairan sepanjang kawasan berkenaan.

2.50 ptg - Sidang Media KPN dan ATM

- Jumlah Musuh Yang Terbunuh rasmi sehingga kini ialah 52 orang

- Kita perlu mengambil tindakan berhati-hati demi keselamatan anggota keselamatan kita - PAT

- Terima Kasih kepada PM kerana perihatin dan melawat sendiri anggota-anggota keselamatan yang meningkatkan semangat moral mereka - PAT
2..00 ptg.


1.10 ptg - Kekecohan tadi disebabkan soerang wartawan wanita ternampak penceroboh berpakaian hitam dan bersenjata berada dalam semak di Kg. Tanjung Labian. Wartawan itu ketika ini masih dalam ketakutan dan berada di Balai Polis Cenderawasih


Dua polis cedera dalam pertempuran malam tadi

12:26 PTG. 10 MAC  2013

Dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia cedera akibat tembakan dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu pada jam 8 malam tadi – yang berlarutan selama lapan jam.



Hamza (tengah) berkata serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri. – Gambar Reuters
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun. dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.

“Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan,” katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.

Beliau berkata serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.


Anggota berkenaan dihatar ke Hospital Sandakan selepas menerima rawatan di lapangan oleh medik tentera, katanya. Kedua-dua anggota berkenaan, dari pasukan gerakan am, berusia 25 tahun dari MiriPolis nafi tembak pendatang Filipina di Sandakan.


Polis nafi tembak pendatang Filipina di Sandakan

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan laporan media Filipina bahawa pasukan keselamatan menganiaya dan membunuh pendatang Filipina di Sandakan.

Media Filipina boleh sebut apa saja, namun fokus operasi ini hanya di dua kawasan – Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Polis hanya menjalankan siasatan biasa berhubung pencerobohan tersebut di kawasan lain, selain dua kawasan tersebut.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

"Tiada apa yang berlaku di Sandakan, jadi apa yang saya perlu perjelaskan," soalnya.

The Philippine Inquirer semalam melaporkan pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan dan menyuruh individu berkenaan melarikan sebelum melepaskan tembakan ke atas lelaki berkenaan.

Sementara itu, ketua polis daerah Semporna Mohd Firdaus Abdullah berkata pasukannya menahan "ramai" pendatang asing Filipina tanpa izin di kawasan tersebut.

Penahanan berkenaan berlaku selepas enam pegawai polis terbunuh dalam satu serang hendap di Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya, Semporna, seminggu yang lalu.

Firdaus bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar yang ditahan. Tahanan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Hamzah berkata sehingga kini seramai 85 orang ditahan di seluruh Sabah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang dibaca bersama dengan Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan berhubung perbuatan pengganas.



Seramai 66 orang lagi ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, di Lahad Datu sejam operasi bermula pada hari Sel
asa.


11.40 pg - keadaan di pusat pemindahan sedikit kecoh
- lagi gambar operasi diedarkan oleh ATM

Bot pancung digunakan pengganas Sulu dimusnahkan.


Senjata yang dirampas dari pengganas Sulu.

11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi




Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata


5 ulasan:

mahadzira berkata...

Gila betul..media filipina pandai buat ceta..mcm nak perang sgt...

Unknown berkata...

Biar depa nak ulas ape pun yang penting kita teruskan perjuangan. Pengganas yang dah.ada tu mesti dihapuskan semua dulu. SEMOGA ALLAH TERUS MELINDUNGI PAHLAWAN2 NEGARA. . . .

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah melindungi pejuang2 kita..amin

Tanpa Nama berkata...

Apa pun...teruskan perjuangan untuk memburu pengganas dan tangkap c penkhianat negara...sempga perwira kita tabah dan jangan mengaku kalah sebelum berjuang...agih idup agih ngalaban....

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan media filipina...itu media kesultanan sulu punya n di tajah oleh bangsat yang ada tinggal di negara kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...