16 Mac 2013

LAPORAN OPS DAULAT 16HB. MAC -SABTU [ Video menarik ]




Kemaskini 9.30 MLM




PASUKAN KESELAMATAN CADANG BERSIHKAN PENEMPATAN HARAM, PERANGI ANASIR NEGATIF DI SEMPORNA

Semporna, Pasukan keselamatan mencadangkan penempatan haram di beberapa kampung di daerah ini dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan dan aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata antara perkampungan air yang dicadangkan ialah Kampung Simunul, Kampung Halo, Kampung Panji dan Kampung Bangau-Bangau.

"Ini merupakan cadangan kita yang akan dimasukkan dalam laporan Kawasan Keselamatan Pemerintahan Timur Sabah (Esscom)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



 kemaskini :  5.30 Ptg. 
  Azzimudie masih di Sabah, dakwa 'kesultanan' Sulu

Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

Agensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia. -mk



PIHAK BERKUASA KUMPUL BUKTI UNTUK EKSTRADISI AZZIMUDIE

Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.

"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.

"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Terkini Ops Daulat
 Sabtu 11 pagi

Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib, dalam sidang akhbar sebentar tadi mengesahkan, seorang lagi pengganas sulu telah ditangkap jam 6.30 pagi tadi dikawasan Felda Sahabat 17, Lahad Datu. Saki baki pengganas dipercayai telah berpecah dalam kumpulan2 kecil untuk melarikan diri dari buruan Pasukan Keselamatan. Sila salurkan maklumat anda kepada pihak Pasukan Keselamatan sekiranya anda ternampak orang2 yg mencurigakan disekitar anda





Keadaan Kampung Tanjung Batu LAHAD DATU

Kampung Tanjung Batu LD: Keadaan semasa dan kisah 2 Beradik Berkurung 12 hari - sembunyi daripada Pengganas



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...