07 Januari 2013

TERKINI ! INI DIA PEGAWAI DAERAH YANG BUAT KERJA BODOH...!!!


Pegawai daerah baru untuk Seberang Perai Tengah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pertukaran pegawai daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail ke Seberang Perai Tengah berkuat kuasa hari ini.

Pertukaran itu dibuat ekoran operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menahan pegawai daerah Seberang Perai Tengah sebelum ini, Roslan Yahya pada 3 Januari lalu.


Lim dalam satu sidang media hari ini berkata kerajaan negeri tidak bertoleransi ke atas tindakan rasuah dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terjejas dengan kejadian tersebut.



"Ia adalah kes rasuah di mana kita akan beri kerjasama sepenuhnya jika diperlukan," katanya.

Lim berkata kes didakwa melibatkan Roslan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri yang sentiassa serius dalam memerangi rasuah.

“Semua yang kita tahu (berhubung kes ini) adalah daripada media. Kita akan ambil tindakan apabila mempunyai (maklumat) lanjut. Kita tidak akan sembunyikan kes ini," katanya.

Lim juga menyatakan bahawa SPRM – yang pada kebiasaannya tidak banyak membuat pendedahan mengenai kes yang disiasat – kali ini menukar modus operandinya.

"Kita berharap mereka akan tukar (modus operandi) di masa hadapan. Kita harap mereka akan teliti tiga laporan yang kita buat pada mereka, di mana seorang daripada tertuduh mengakui perkara itu.

"SRPM masih belum mengambil tindakan dalam kes ini,"
katanya.


Komen DS Anwar Ibrahim berhubung kejadian berkenaan:




Rasuah, pembaziran, tetap salah, sama ada RM30 ribu mahupun RM100 juta

KOMEN, Rasuah RM30,000 bagi menyembunyikan aduan gangguan seksual di Pulau Pinang mendapat perhatian cukup tinggi daripada rakyat di negara ini, menunjukkan bahawa tiada sesiapa pun di Malaysia harus menerima atau bertolak ansur dengan kegiatan korupsi ataupun salah guna wang di negara ini.



Rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima dengan apa sahaja gejala rasuah, pembaziran kewangan, mahu pun kebocoran dana. — Gambar AFPDengan berita yang yang masih segar dan media arus perdana ghairah memainkan berita kes penjawat awam dan pembantunya di Pulau Pinang itu, persoalannya sekarang, kenapa semua pihak berdiam diri terhadap projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang bernilai RM100 juta.

Mengapa mereka perlu berhabis dakwat untuk RM30,000 dan tidak mengendahkan projek yang menyaksikan tanah kerajaan ditukar dan dijual, namun tiada kelibat bangunan Puspahanas didirikan di Putrajaya.

Adakah RM100 juta hanya tukaran dengan projek berbilion ringgit kerajaan Persekutuan? Namun RM30,000 jumlah terlalu besar untuk berita kerana ia melibatkan pembantu pemimpin pembangkang?

Antara kedua-dua kes itu, yang mana satu adalah jenayah terbesar? Syarikat yang tidak mempunyai rekod mendapat projek pada 2005 dan dibayar dengan tiga lot tanah kerajaan bernilai RM72.5 juta dan RM27 juta tunai.

Syarikat ini, Awan Megah (M) Sdn Bhd dimiliki Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, gagal membangunkan Puspahanas pada 2011 namun berjaya menjual tanah itu bulan lalu kepada Boustead Holdings Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh dana pencen kakitangan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Namun tiada pihak yang membangkitkan perkara itu, termasuk daripada kerajaan mahupun media arus perdana berkenaan projek tersebut yang belum disiapkan? Atau persoalan bagaimana Boustead boleh membeli tanah itu yang mana telah dikunci firma Raja Ropiaah melalui perjanjian yang sangat rumit untuk membiayai projeknya.

Ini bermakna, pendedahan korupsi adalah tersangat kecil sekecil nilai nyawa Teoh Beng Hock pada 2009. Dan yang terbaru di Pulau Pinang. Turut dilihat berdasarkan laporan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) juga mengandungi elemen siapa yang korup dan tidak terlepas daripada gejala kotor.

Namun, “jerung” juga perlu ditangkap. Bagaimana kita boleh menutup mata dengan rompakan di siang hari, syarikat yang memperolehi wang yang banyak melebihi kos bangunan yang tidak pernah langsung dibina.

Bagaimana Menteri Pertahanan membisu mengenai perkara ini? Mana suara Kementerian Kewangan?

Tanah ditukar untuk projek yang berprestij namun tiada yang lengkap dan semua pihak membisu, mulut terkunci seperti mana lokasi projek Puspahanas.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menetapkan membanteras rasuah adalah keutamaan mereka melalui pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membentuk lebih banyak mahkamah anti rasuah.

Namun, tiada satu pun yang menyiasat skandal Puspahanas, tidak seperti siasatan teoh Beng Hock pada 2009, dan pembantu politik PKR tahun ini.

Harus ada kebenaran seperti mana pepatah Melayu, “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan”.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima dengan apa sahaja gejala rasuah, pembaziran kewangan, mahupun kebocoran dana.

Siasat dan hebahkan kes di Pulau Pinang kerana ia salah untuk merasuah pengadu supaya menggugurkan aduannya. Namun satu soalan ini harus dijawab, di mana projek Puspahanas bernilai RM100 juta, dan mengapa semua pihak membisu?


4 ulasan:

Awanama berkata...

Dalam.menyampaikan maklumat biar tepat.apa kah gambar yg dipaparkan sbg DO yg terlibat itu tepat?

Awanama berkata...

Tajuk awk misleading dgn pic yg susul slpsnya .apa tujuan..?

Awanama berkata...

woi.. tu bukan gambar DO yang berkenaan la mangkuk.. Tu golongan orang yang baik2,.. fitnah terang2 ni..

Awanama berkata...

jangan jadi bodoh nak salah kan manusia yang tak bersalah. Allah tahu segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...