09 Januari 2013

Hot ! Kontraktor Tutup Sekolah..Memalukan Menteri BN dan Kementerian Pelajaran !!!



Panas!! Sekolah Di Tutup Ketika Sessi Persekolah Baru Bermula Akibat Pergaduhan Kontraktor

Dalam sejarah Malaysia mana ada Sub-Kontrator berani menutup Sekolah hak miliki Kerajaan. Biasanya dalam kontrek projek kerajaan sub-kontraktor tiada hak langsung untuk mempertikai perjalanan projek  semua dibawah tanggungan Kontraktor utama dan segala pembayaran dan urusan melalui mereka,  maknanya hak untuk menutup atau menyita sebuah projek dalam apa keadaan bukan kuasa kontraktor kecuali mendapat perintah mahkamah.

Kejadian ini amat memalukan kementerian tersebut, mungkin ada sesuatu yang tidak betul diatas tindakan berani sub-kontraktor  tersebut.


Lapuran Keadilan daily dibawah: 

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2 Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain menanggung kerugian RM2 juta.

Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi penjelasan.

“Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku,” katanya kepada Keadilan Daily. ~kd


Komen kementerian melalui bernama :

Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah


Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi sekali lagi memberi amaran bahawa kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek sekolah mengikut jadual.

Beliau berkata kementerian telah menyenarai hitam sebuah syarikat kontraktor berpusat di Sarawak dan sebuah lagi akan disenarai hitam tidak lama lagi.

Kedua-dua kontraktor itu terlibat dalam pembinaan sistem kabin bilik darjah baharu, dewan makan dan asrama di beberapa sekolah, katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sibu di sini, malam tadi.

Mohd Puad berkata walaupun satu daripada syarikat itu menyiapkan tujuh projek, berlaku kelewatan dan kualiti kerja tidak memuaskan.

"Mereka mencemarkan reputasi kementerian. Pada masa sama, mereka menyebabkan banyak masalah dan ketidakselesaan kepada pelajar serta mengganggu proses pembelajaran," katanya.

Terdahulu Mohd Puad melawat SMK Pakan di Pakan di Bahagian Sarikei untuk melihat sendiri kemajuan pembinaan satu projek baharu bernilai RM7.8 juta.

Mohd Puad turut melahirkan rasa kesal dan marah terhadap kontraktor berpusat berkenaan yang gagal menyiapkan 18 bilik darjah baharu, empat asrama dan satu dewan makan selepas mendapat projek itu pada awal 2010.

Walaupun diberi lanjutan masa sehingga Ogos 2012, kontraktor berkenaan masih gagal menyiapkan 10 peratus daripada kerja-kerja itu, antaranya dewan makan.

"Kami akan melantik kontraktor baharu dan pada masa sama mencadangkan kontraktor berpusat itu disenarai hitam," katanya.

Mohd Puad berkata walaupun terdapat beberapa projek sakit di negeri ini tahun lepas, 58 daripadanya berjaya disiapkan.

Beliau berkata terdapat dua sekolah baharu yang memulakan sesi persekolahan tahun ini iaitu SMK Julau di Julau dan SM Sains Kuching Utara di Kuching
.

Kedahkini

2 ulasan:

Awanama berkata...

projek kroni umno bn haram jadah apa bolih tindakan di buat, pr cabar umno bn rasuah

Awanama berkata...

kontrektor mesti dipilih dari kalangan kroni umno/bn, perkara begini terlalu biasa berlaku, dasar dan budaya umno: rasuah, seleweng, tak amanah, umno semua boleh. Mahkamah pun tak boleh ambil tindakkan. hancur umno, mari kita kuburkan dalam PRU I3 nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...