11 Januari 2013

Panas ! Kenderaan Peronda JPJ Dibakar Oleh penduduk Yang Berang..!!! ( + Video Kejadian )




Kemalangan dahsyat di Ayer Tawar , Perak.



Kemalangan ini berlaku kira-kira 12.20 tengah hari , semasa kejadian kenderan JPJ telah menghalang sebuah lori secara mengejut sehingga menyebabkan kemalangan. Semua kereta lain termasuk lori, terpaksa brek mengejut di trafik light Sek Methodist, antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas dan motor.

Semua ambulans dan bomba yang ada di Manjung dikerah ke sana tadi sehingga bantuan ambulans dari Lambor Kiri dan Hospital Changkat Melintang juga diperlukan. kanak-kanak sekolah di dalam bas juga ada yang cedera. ada juga yang dikhabarkan kehilangan nyawa. jumlahnya masih tidak pasti.

Akibat berang dengan apa yang berlaku, Toyota Fortuner milik JPJ diterbalikkan dan dibakar oleh penduduk Ayer Tawar







sumber : Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...