17 Oktober 2012

Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Biadap Dan Hina Islam


Pemuda PAS lapor polis isu twitter Tan Keng Liang


“Twitter Tan benar-benar ‘kurang ajar’ dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki ‘jambu’ di dalam PAS terangsang.


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS memandang serius isu tulisan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang dalam twitter yang didakwa telah menyentuh sensitiviti umat Islam.




Laporan diketuai Ketua Dewan Pemuda Ustaz Labib Abd Jalil bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor Azhar Achil.
Kandungan tulisan itu (gambar) antara lain mempersoal dan mempersenda arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang Islam.
Laporan polis itu akan dibuat Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) di Balai Polis Dang Wangi pagi ini.

Rombongan mereka akan diketuai ketuanya Kamaruzzaman Mohamad bersama pimpinan DPPWP yang lain.

Sementara itu semalam, PAS kawasan Sabk Bernam turut membuat tindakan serupa, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.
Dalam polis itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tulisan itu yang didakwa telah menghina agama Islam.

Tan bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam.

“SAMM mendesak polis membuka kertas siasatan dan Tan perlu ditahan dan telefon bimbitnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya, “ kata Azhar.


Laporan sama turut dibuat Pemuda PAS Negeri Sembilan yang diketuai ketuanya Mohd Khairil Anuar Wafa dan ketua penerangan, Norazman Mohamad.

Turut serta wakil SAMM Negeri Sembilan yang diketuai penyelaras bersama negeri, Norazizi A Aziz.

“Twitter Tan benar-benar ‘kurang ajar’ dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki ‘jambu’ di dalam PAS terangsang.

“Malah Tan lebih ‘kurang ajar’ apabila berkata seandainya jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang,"
kata Norazizi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...