18 Oktober 2012

Panas ! Pakatan Sabah Beri Air Percuma..macam mana nie....


Pakatan Sabah tunjuk cara guna royalti minyak 20%

Pakatan Rakyat Sabah melancarkan belanjawan alternatif yang membayangkan bagaimana kehidupan rakyat berpendapatan rendah boleh berubah sekiranya negeri itu menggunakan dasar royalti minyak negeri 20 peratus yang dicadangkan mereka.

Setiausaha PKR Sabah Dr Roland Chia berkata, Putrajaya sekarang membayar royalti RM800 juta setahun (5 peratus) kepada negeri di bawah bayu itu dan peningkatan 15 peratus lagi akan menjadikan jumlah itu RM3.2 bilion

"Tahun lepas, belanjawan negeri RM4 bilion. Dengan tambahan royalti minyak, kita bercakap tentang RM7.2 bilion.

"Dana tambahan ini boleh disalurkan kembali kepada rakyat," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakinisemalam.

Chia menjelaskan bahawa belanjawan alternatif itu bertujuan mempamerkan cadangan Pakatan untuk menaikkan pendapatan meningkatkan pendapatan boleh guna dan taraf sosio-ekonomi rakyat Sabah.

Antara lain, belanjawan itu juga menggariskan pemberian air percuma untuk 20 meter padu yang pertama seperti yang dilaksanakan di Selangor sekarang ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...